omniture

Sercomm Lancar Penyelesaian Sel Kecil LWA Pertama Dunia

Sercomm Corporation
2017-02-23 18:06 635

TAIPEI, Taiwan, 23 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Sercomm Corporation (TWSE: 5388), pengeluar utama dunia bagi peralatan telekomunikasi dan jalur lebar, hari ini melancarkan Sel Kecil Perusahaan pertama dunia, yang menyokong Pengagregatan LTE-WLAN (LWA). Diguna pakai oleh Chunghwa Telecom, syarikat perkhidmatan telekomunikasi bersepadu terbesar di Taiwan, Sel Kecil LWA Sercomm bakal memulakan rancangan pelaksanaan komersialnya.

LWA diselaraskan oleh 3GPP sebagai sebahagian daripada Pelancaran 13 (Release 13) pada tahun 2016. Penyelesaian Sel Kecil LWA Sercomm memungkinkan ia mewujudkan Rangkaian Berheterogen (HetNets) LTE dan WiFi bersepadu yang cekap, membolehkan pengendali Syarikat Telekomunikasi menyokong penghantaran data kepada 32 pengguna secara serentak dengan kelajuan muat turun sehingga 400 Mbps. Selain itu, Sel Kecil LWA turut membantu mengurangkan kesesakan trafik Internet dengan memunggahkan trafik data selular dengan lebih cekap selain menyediakan pengalaman pengguna yang lancar.

Sebagai respons kepada perkembangan pesat rangkaian pra-5G generasi seterusnya, aplikasi yang memerlukan jalur lebar tinggi, seperti video 4K HD dan permainan realiti maya (VR), dilihat menjadi lebih pelbagai dan popular. Bagi memaksimumkan penggunaan sumber spektrum yang terhad dan menghadapi arus perkembangan ke arah penumpuan rangkaian berheterogen (HetNet), LWA menjadi penyelesaian alternatif untuk pengagregatan syarikat telekomunikasi bagi menghubungkan jalur berlesen dan tidak berlesen.

"Sercomm telah memperuntukkan sumber penyelidikan & pembangunan (R&D) yang banyak dalam usaha mencari penyelesaian inovatif bagi mendayakan penumpuan mudah alih-tetap. Menerusi Sel Kecil LWA Sercomm, pengendali mudah alih dapat menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui penyepaduan lancar antara 4G LTE dan WiFi," kata James Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Sercomm. "Kami berbesar hati dapat berganding bahu dengan Chunghwa Telecom untuk perkhidmatan mudah alih yang dinaik taraf di Taiwan. Kami akan bersama-sama membuka era baharu untuk perkhidmatan telekomunikasi."

Sercomm akan mempamerkan Sel Kecil LWA baharunya serta siri lengkap penyelesaian IoT (Internet-Komunikasi-Benda) di Kongres Dunia Mudah Alih 2017 (MWC 2017) akan datang di Barcelona, Sepanyol. Reruai syarikat berada di dewan 2, 2G11.

Untuk maklumat lanjut tentang Sel Kecil LWA Sercomm, sila layari: 
http://www.sercomm.com/contpage.aspx?langid=1&type=news-detail&L1id=4&L2id=1&newsid=724&pageid=1

Latar Belakang Sercomm Corporation

Sercomm Corporation ialah pengeluar utama dunia bagi peralatan telekomunikasi dan jalur lebar. Ditubuhkan pada tahun 1992, Sercomm memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan penyelesaian terbenam, demi menjadikan perangkaian mudah dan berpatutan. Beribu pejabat di Taipei, Taiwan, jaringan operasi global Sercomm merangkumi pasaran di Amerika Utara, Eropah dan rantau Asia Pasifik, manakala kumpulan pelanggannya melibatkan ODM terkemuka dunia, vendor telekomunikasi serta penyepadu sistem. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sercomm.com

Maklumat Perhubungan Media

Carol Lee 
Pengurus MarCom
No. Telefon: 886-2-2655-3988 samb. 2106 
Emel: carol_lee@sercomm.com

Source: Sercomm Corporation
Related Stocks:
Taiwan:5388
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Contracts New products/services Trade show news