omniture

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2017 Himpunkan Jenama Terkemuka Bawakan Idea Inovatif Dalam Acara

International Signs and LED Exhibition
2017-02-24 17:14 590

GUANGZHOU, China, 24 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2017 melabuhkan tirainya pada 18 Februari, memperkenalkan teknologi-teknologi terkini selain membuka peluang perniagaan kepada penggiat industri bagi berkongsi idea-idea inovatif. Lebih 208 ribu ahli profesional, termasuk misi pembelian daripada lebih 100 negara seperti A.S., India, Jerman, Rusia, Arab Saudi, Mesir, Thailand, Malaysia dan banyak lagi, berhimpun di Guangzhou.

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2017 telah membawakan idea-idea rintis kepada 208 ribu ahli profesional.
Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2017 telah membawakan idea-idea rintis kepada 208 ribu ahli profesional.

Malek Alwazzan, Konsul Jeneral Kuwait di Guangzhou kagum dengan pameran ini dan beliau menyatakan produk-produk LED China kini digunakan di Kuwait untuk beberapa projek mega. "Pameran ini memberikan peluang kepada saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang paparan LED pic halus, skrin melengkung, skrin lutsinar serta teknologi pencahayaan LED solar serba baharu."

Salah satu produk penting bagi ISLE tahun ini, paparan pic halus telah menunjukkan inovasi yang mengubah industri memandangkan paparan LED dalaman P2.5 (jarak piksel kurang 2.5mm) menjadi produk-produk konvensional pada pameran tersebut. Para penggiat global seperti Leyard, Abson dan Ledman membawa produk-produk paparan LED P1.81, P1.5 ke tapak pameran, manakala beberapa syarikat lain mendedahkan bahawa produk-produk berjarak mikro P1.5 dan P0.6 dijangka akan tersedia pada masa terdekat.

Selain teknologi-teknologi inovatif, ISLE tahun ini mengadakan pelbagai forum dan ceramah yang membolehkan rakan-rakan niaga berkongsi maklumat pemasaran dengan para pemimpin daripada industri peralatan LED dan pengiklanan. Dalam forum sidang kemuncak industri yang diadakan oleh efi, penyedia produk dan perkhidmatan utama dunia yang mentransformasi pengimejan analog kepada digital, Dr. Wang Bing, pengarah urusan efi Rantau Besar China, berkongsi kaedah penghasilan logo terkini dan turut memperkenalkan trend industri inkjet terkini dalam forum tersebut.

En. Lee Yingjie, pengarah ISLE, berkata ISLE tahun ini telah meraih lebih banyak pencapaian teknologi. "Kami akan terus menyepadukan sumber bagi menggalakkan ahli-ahli industri menginovasi demi pembangunan yang mampan."

Latar Belakang ISLE

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2018 bakal dianjurkan oleh Canton Fair Advertising Co., Ltd. dan China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp (CFTE) mulai 3 hingga 6 Mac. Pameran ini adalah khusus untuk membangunkan platform penyelesaian rantaian industri LED bersepadu sepenuhnya melibatkan papan iklan bertaraf profesional, berkarisma dan pintar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.isle.org.cn/en/

HUBUNGI:

Linda Chen
+86-20-8926-8256
chenyanhui@cantonfairad.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170223/0861701486

Source: International Signs and LED Exhibition
Keywords: Computer/Electronics Household Products Trade show news