omniture

AdVoice Lancar Rangkaian Iklan Telekomunikasi Pertama Dunia di India

AdVoice
2017-02-24 18:26 794

MUMBAI, India, 24 Februari 2017 /PRNewswire / --

Pengiklan India kini boleh mengakses inventori terbesar di India untuk iklan audio mudah alih yang disasarkan melalui rangkaian iklan telekomunikasi AdVoice yang terus berkembang di peringkat global.

AdVoice membolehkan pengiklan untuk memainkan iklan audio kepada pemanggil telefon mudah alih. Ia menggantikan nada panggilan menunggu pelanggan Bharti Airtel yang telah memilih perkhidmatan Reward Tunes. AdVoice menyediakan teknologi, platform kempen tempahan dalam talian dan menguruskan jualan iklan, manakala rangkaian Bharti Airtel memberi pengiklan jangkauan yang lebih meluas daripada mana-mana media lain di India.

Iklan audio mudah alih yang disasarkan ini mendapat antara 10-15 saat perhatian penuh seseorang pengguna ketika memulakan panggilan telefon. Ia benar-benar berada di dalam telinga mereka. Terdapat jumlah inventori belum diterokai yang mengejutkan berdasarkan statistik: purata 500 minit setiap pemanggil setahun digunakan untuk menunggu panggilan dijawab. Dengan anggaran 1800 panggilan setiap pelanggan setahun, terdapat potensi kesan pengaruh sebanyak 1.8 trilion di India.

Menyajikan iklan audio ini dan bukannya nada panggilan menunggu tradisional mempunyai jangkauan yang lebih meluas berbanding medium lain. Terdapat satu himpunan hubungan telefon mudah alih yang aktif di India yang tidak pernah diperolehi sebelum ini. Lebih 1 bilion, dengan 65% daripada penduduk masih menggunakan telefon berciri, daripadanya 30% tinggal di kawasan luar bandar yang masih buta media.

Telefon mudah alih menjangkau skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini.Bilangannya mengatasi bilangan TV, PC, Tablet dan Radio atau akhbar harian. Pengiklanan mudah alih ialah industri $100 bilion di peringkat global, namun pengendali mudah alih tidak mendapat manfaat daripadanya kerana inventori mereka tidak dapat diakses oleh pengiklan digital.

Pada tahun 2020, 1 daripada 3 dolar pengiklanan dibelanjakan untuk pengiklanan mudah alih dan AdVoice memperlengkapi Syarikat Telekomunikasi dengan memasukkanya ke dalam eko-sistem ini. Kami memprofilkan pangkalan dengan mematuhi piawaian industri iklan digital dan membolehkan jenama, agensi-agensi media dan DSP untuk mencapai audiens pilihan mereka melalui saluran Syarikat telekomunikasi.

TV, Radio, mahupun Digital tidak mampu mencapai semua perkara ini - apatah lagi - kesemua segmen audiens India. AdVoice mampu melakukannya.

Dennis Oudejans, Ketua Pegawai Eksekutif AdVoice, menyatakan bahawa: "Melayani iklan semasa panggilan menunggu menmanfaatkan pengiklan dengan kebolehukuran, pembaziran sifar, penyasaran lanjutan, penawanan audiens dan keupayaan penjanaan prospek yang mana pemanggil boleh menyatakan minat terhadap produk dengan menekan kekunci."

Jingel audio yang disasarkan boleh berfungsi pada mana-mana telefon dan dengan jutaan inventori kesan pengaruh harian AdVoice menempatkan dirinya di kedudukan tertinggi dalam rangkaian iklan terkemuka di negara ini seiring Facebook dan Google.

Di peringkat global, terdapat 15 bilion kesan pengaruh iklan audio harian. Ini adalah empat kali ganda carian Internet. Pengembaraan AdVoice baru sahaja bermula.

Latar Belakang AdVoice 

AdVoice adalah rangkaian iklan syarikat telekomunikasi global pertama dan satu-satunya di dunia yang membolehkan pemasar menyasarkan audiens pengguna menerusi SMS, USSD, Penstriman Video dan format Audio seperti Ring  Back  Tone, IVR dan penstriman. Perantara muka dalam talian AdVoice dan enjin pemprofilan membolehkan inventori syarikat telekomunikasi boleh diakses secara digital dan programatik, oleh itu memberikan pengiklan tahap jangkauan terbaik, penyasaran, penjanaan prospek dan analitik.

AdVoice
Igor Hendriksen
Pengarah Pemasaran
igor.hendriksen@advoice.com
+971(0)56-899-6945

Source: AdVoice
Keywords: Advertising Telecommunications New products/services