omniture

Telepizza bakal Peroleh "Pizza Blitz" di Switzerland

Telepizza
2017-02-27 08:50 373

MADRID, 27 Februari 2017 /PRNewswire/ --

  • Telepizza meterai perjanjian kukuh peroleh "Pizza Blitz", jenama penghantaran piza pertama di Switzerland
  • Pemerolehan 10 restoran tambahan menjadikan jumlah rangkaian milik Telepizza seluruh dunia sebanyak 1,352 
  • Telepizza terus melabur dan berkembang di peringkat antarabangsa, melalui restoran syarikat, JVC dan restoran francais induk 

Telepizza, syarikat penghantaran piza terbesar dunia di luar AS, dengan sukacitanya mengumumkan pemerolehan "Pizza Blitz", jenama penghantaran piza asli Switzerland.

generated by system

Tambahan 10 restoran menjadikan jumlah rangkaian global Telepizza kepada 1,352 restoran yang mengagumkan, menyokong rancangan peluasan agresif jenama ini yang menyasarkan untuk menggandakan bahagian pasaran kepada tiga kali ganda dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Telepizza, Juantegui Azpilicueta, mengulas, 'Di Telepizza, kami berbangga dapat memperkenalkan jenama kami ke dalam pasaran baharu. Bagi kami, Switzerland merupakan satu langkah menarik untuk jenama ini. Kami telah mengambil kira ciri-ciri tersendiri penduduk Switzerland untuk menyesuaikan resepi kami dengan citarasa mereka, sentiasa mengekalkan intipati jenama kami: rahsianya ialah dalam adunan.'

Presiden Antarabangsa, Giorgio Minardi, mengulas, 'Kami gembira dengan pemerolehan baharu ini memandangkan ia menjadi satu lagi langkah ke arah merealisasikan rancangan peluasan kami yang bercita-cita tinggi. Switzerland ialah pasaran penting buat kami; kami yakin khidmat pelanggan unggul dan kualiti produk kami yang cemerlang akan menarik perhatian pengguna Switzerland.'

Nota untuk Editor 

Telepizza ialah syarikat penghantaran piza bukan berpangkalan di A.S. yang terbesar di dunia berdasarkan bilangan restoran. Beribu pejabat di Madrid, Sepanyol, Telepizza beroperasi di lebih 15 negara menerusi rangkaian restoran sendiri, pemegang francais dan pemegang francais induk, berserta 1,342 restoran di seluruh dunia, termasuk 456 restoran milik sendiri (34%) dan 886 restoran francais dan restoran francais induk (66%) setakat 30 September 2016.

Termasuk pesaing kami yang berpangkalan di A.S., kami merupakan pengusaha global keempat terbesar bagi penghantaran piza berdasarkan bilangan restoran. Kami merupakan peneraju pasaran untuk pasaran teras kami berdasarkan bilangan restoran (nombor satu di Sepanyol, Portugal, Chile dan Colombia manakala nombor dua di Poland).

Jumlah jualan dalam rangkaian kami, termasuk restoran milik sendiri, restoran francais dan restoran francais induk, dicatat sebagai jualan rantaian, yang berjumlah EUR506 juta dalam tempoh dua belas bulan berakhir 30 September 2016, dengan EBITDA asas sebanyak EUR63.4 juta bagi tempoh yang sama.

www.telepizza.com

Miguel Justribo
Telepizza - +34-91-6576200
prensa.telepizza@telepizza.com

 

Source: Telepizza
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Restaurants Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion