omniture

CLX Communications dan Waterfall Modenkan Pesanan Mudah Alih melalui Program Akses Awal Google kepada Pesanan Perniagaan RCS

CLX Communications AB (publ)
2017-02-27 08:55 557

SAN FRANCISCO dan STOCKHOLM, 27 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Penyedia komunikasi berasaskan awan, CLX Communications, dan platform pemasaran mudah alih awan, Waterfall, mengumumkan satu perkongsian dengan Google untuk menyediakan perkhidmatan pesanan generasi seterusnya kepada pemasar jenama menggunakan standard Perkhidmatan Komunikasi Beraneka (RCS) yang dibenamkan terus ke dalam aplikasi pesanan natif pengguna.

generated by system

generated by system

Perkongsian ini merupakan sebahagian daripada Program Akses Awal Google (EAP) yang diumumkan hari ini dan diperkenalkan buat julung kali di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona minggu hadapan. Program ini akan membolehkan jenama-jenama mendekati pelanggan melalui kaedah "seperti aplikasi mudah alih" yang baharu dan dinamik secara terus dalam perkhidmatan pesanan natif telefon pintar Android, menyediakan ciri-ciri termasuk balasan dan tindakan yang dicadangkan, media beraneka dinamik dan penjenamaan syarikat.

Bersama 27 syarikat telekomunikasi dan pengeluar peranti yang komited untuk melancarkan RCS kepada pengguna Android dengan Google, Program Akses Awal ialah kemajuan pertama ke arah merealisasikan penyediaan pesanan RCS ke seluruh dunia. CLX dan Waterfall berusaha menyediakan perusahaan dengan akses kepada kumpulan pengguna RCS global yang terus berkembang, mendayakan komunikasi beraneka ciri dengan pengguna yang menggunakan Android dan telefon bimbit lain yang menyokong RCS pada masa kini dan masa depan.

Menerusi EAP, CLX dan Waterfall akan membolehkan perusahaan untuk membangun bersama teknologi, mempengaruhi pelan tindakan, dan menjadi syarikat yang pertama menawarkan pelanggan pengalaman pesanan yang dipertingkat. Pemasar boleh menggunakan Pesanan Perniagaan RCS untuk berhubung dengan pengguna, menambah pelanggan dan memacu transaksi tanpa perlu meninggalkan aplikasi pesanan natif.

Populariti aplikasi pemesejan OTT yang semakin meningkat mengesahkan permintaan terhadap pilihan pesanan yang lebih hebat dan lancar yang kini tersedia secara natif. Perkhidmatan pesanan baharu bertindak sebagai satu alternatif kepada aplikasi dengan menyediakan ciri-ciri serupa kepada jenama-jenama secara terus dalam aplikasi pesanan tanpa perlu membangunkan audiens aplikasi.

Sebagai awan perisian pertama mendayakan RCS untuk perusahaan dan pemasar jenama, Waterfall akan mewujudkan satu titik hubungan untuk pemasar bagi menyiarkan pesanan kepada seluruh kumpulan pelanggan mudah alih mereka. Penyelesaian ini yang dilaksanakan oleh Waterfall dan CLX secara automatik mengenal pasti pengguna menggunakan telefon bimbit didayakan RCS dan mengoptimumkan kandungan untuk demi menghantar pesanan terbaik kepada audiens masing-masing.

Telefon bimbit tanpa didayakan RCS atau tutup talian secara automatik akan beroperasi terus menggunakan standard SMS dan MMS, agar penghantaran pesanan terjamin kepada seluruh audiens jenama tersebut. Sewaktu kadar penembusan RCS meningkat, lebih ramai pelanggan akan mengakses pengalaman yang dipertingkat yang disediakan dalam platform Waterfall layan diri.

Pengarah Urusan di CLX Communications, Robert Gerstmann berkata, "Pesanan Perniagaan RCS mempunyai banyak ciri dan manfaat yang dijanjikan oleh MMS namun tidak pernah dihantar disebabkan masalah kerumitan teknikal, kos dan fragmentasi pasaran."

"Program Akses Awal Google akan memberikan CLX keupayaan untuk menyediakan rakan kongsi kami, pelanggan mereka, perusahaan dan jenama dengan instrumen demi memberikan komunikasi yang lebih beraneka, lebih bermakna dan imersif, yang mengukuhkan usul tersebut secara mendadak."

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Google dan rakan-rakan kongsi kami di CLX Communications untuk menjadi ASP pertama yang membawakan keupayaan Pesanan Perniagaan RCS yang benar-benar dinamik kepada jenama-jenama pengguna terbesar di dunia," kata Matt Silk, Ketua Bahagian Strategi di Waterfall. "RCS memudahkan cara pengguna melaksanakan tugas-tugas penting setiap hari seperti mengatur temujanji, mengisi semula preskripsi atau mencari arah serta merta, tanpa perlu meninggalkan aplikasi pesanan. Ia merupakan satu paradigma baharu yang akan merangsang kebolehan jenama untuk meningkatkan penglibatan dan memperhebatkan penukaran."

Berminat untuk mendapatkan demo di Kongres Dunia Mudah Alih? Emelkan kepada sales@clxcommunications.com atau sales@waterfall.com untuk mengatur pertemuan.

Latar Belakang CLX Communications 

CLX Communications menghubungkan perusahaan kepada orang ramai dan benda. Kami menggabungkan API boleh atur cara dan pengkomputeran awan dengan Rangkaian Super Tahap 1 kami yang tiada tandingan bagi memudahkan perniagaan membenamkan telekomunikasi global, termasuk fungsi suara, SMS dan ketersambungan ke dalam aplikasi, proses perniagaan dan peranti IoT.

Platform-sebagai-Perkhidmatan komunikasi (CPaaS) utama kami memberikan tahap perkhidmatan tertinggi dalam industri ini sambil memproses lebih 1 bilion panggilan API setiap bulan merentasi enam benua. Kami menyediakan perkhidmatan kepada 4 daripada 5 syarikat CPaaS terkemuka, serta 3 daripada 5 jenama internet global terbaik dengan fungsi ketersambungan Tahap 1 yang diperlukan oleh kebanyakan perkhidmatan mereka.

Saham CLX Communications didagangkan dalam NASDAQ Stockholm - XSTO: CLX.

Layari http://www.clxcommunications.com untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang Waterfall 

Waterfall ialah penyedia utama bagi SaaS dan penyelesaian pemasaran mudah alih yang membolehkan jenama-jenama membangunkan pangkalan data pelanggan sedia ada mereka dan menjana pendapatan tertinggi menerusi kandungan mudah alih yang disasarkan dan relevan. Diasaskan pada tahun 2005, Waterfall beribu pejabat di San Francisco dan pejabat-pejabatnya terletak di Austin dan Boston. Menerusi penyelesaian pesanan RCS, SMS, MMS, Wallet, media beraneka, Push atau Beacon, teknologi Waterfall memberikan pengalaman pemasaran rentas saluran yang lancar dan bersepadu dengan perisian atau pangkalan data pihak ketiga. Syarikat-syarikat seperti 7-Eleven, Cabela's, Jack in the Box, Papa Murphy's, Pier 1 Imports, Tailored Brands dan TGI Friday's menggunakan penyelesaian teknologi dan kepakaran strategik untuk meluaskan komunikasi pemasaran mereka kepada saluran mudah alih.

Layari http://www.waterfall.com untuk maklumat lanjut.

Source: CLX Communications AB (publ)
Related Stocks:
Stockholm:CLX
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Joint ventures New products/services