TOKYO, 27 Februari 2017 /PRNewswire/ - LONGi Group baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah menamakan semula jenama luar negara mereka LERRI Solar, yang merangkumi sel suria dan modul perniagaan sebagai LONGi Solar. Syarikat ini akan mengambil bahagian dalam Ekspo PV 2017 di Tokyo, Jepun dari 1 Mac ke 3 Mac 2017, dengan identiti baharunya.
LONGi Group, peneraju global dalam industri silikon monohabluran, telah membina keseluruhan rantaian nilai industri yang merangkumi industri suria huluan (jongkong dan wafer silikon), pertengahan (sel dan modul suria) dan hiliran (utiliti dan stesen kuasa penjanaan teragih) dengan sokongan teknologi monohabluran yang maju. Pelancaran strategi penyepaduan jenama ini menunjukkan komitmen LONGi Group untuk menjadi syarikat teknologi suria global terkemuka.
Dengan memanfaatkan kekuatan keseluruhan kumpulan dalam teknologi monohabluran, LONGi Solar memfokuskan kepada penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk fotovolta monohabluran yang berkecekapan tinggi dan menjimatkan bertujuan untuk menyediakan pemilik kemudahan suria dan pelabur mereka dengan penyelesaian yang mengurangkan kos per kilowatt jam bagi elektrik yang dijana menggunakan sel dan modul LONGi Solar. Rangkaian yang luas bagi produk monohabluran berprestasi tinggi syarikat termasuklah modul PERC 60-sel 305W akan dipamerkan di Ekspo PV Jepun.
Presiden LONGi Group Li Zhenguo berkata, "Sebagai pembuat wafer monohabluran terbesar di dunia, LONGi Group meneguhkan kedudukan peneraju pasaran dan pengiktirafan jenama bertahap tinggi di pasaran wafer monohabluran global. Baru-baru ini dinamakan sebagai pembekal modul Tingkat Satu oleh Bloomberg New Energy Finance merupakan bukti pencapaian kami merentasi rantaian nilai suria. Penamaan semula jenama LERRI Solar yang terdiri daripada perniagaan sel dan modul suria sebagai LONGi Solar menonjolkan kesungguhan dan keyakinan LONGi Group dalam mengembangkan perniagaan sel dan modul solar di pasaran luar negara. Kami percaya bahawa strategi penyepaduan jenama LONGi Group akan membantu menguasakan evolusi kepentingan perniagaan kami di seluruh dunia."