omniture

Tinggal Sasar Jadi Platform Operasi Tentuan untuk Hotel Kecil

Tinggal
2017-02-27 10:00 458

JAKARTA, Indonesia, 27 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Tinggal, pasaran dalam talian untuk hotel-hotel berkualiti tinggi, mula beroperasi sejak awal tahun 2016 dengan matlamat untuk menyediakan penginapan bajet berkualiti tinggi di Indonesia. Tinggal memperkenalkan teknologi disruptif bagi merapatkan jurang antara pilihan luas penginapan bajet dengan pengguna masa kini yang mengutamakan teknologi. Syarikat ditubuhkan tidak sampai setahun yang lalu bersama beberapa rakan hotel. Kini, ia menawarkan lebih 400 pilihan hotel dan penginapan dengan lebih 3,000 bilik berkualiti tinggi setiap hari di lebih 16 bandar serata Indonesia.

 Tinggal uses disruptive technology to connect customers with small hotel owners
Tinggal uses disruptive technology to connect customers with small hotel owners

Sektor pelancongan jelas sekali menjadi salah satu segmen tumpuan dan keutamaan kritikal untuk kerajaan Indonesia selain sektor pembuatan dan juga pertanian. Menyasarkan 20 juta pelancong menjelang tahun 2019, Indonesia perlu berkembang dan memanfaatkan hartanahnya dengan menghubungkannya dengan Internet, seperti mana pelancong celik digital masa kini. Tinggal mengambil peluang ini dengan menyediakan bilik-bilik berkualiti tinggi di destinasi-destinasi terkenal Indonesia seperti Bali, Jakarta, Surabaya, Bandung, Lombok, Bogor, Manado, Yogyakarta, dan Malang.

Arjun Chopra, Pengasas Bersama Tinggal berkata, "Kami sentiasa percaya dengan peluang luas yang ditawarkan oleh Indonesia kepada para pelancong. Tumpuan 100% kami terhadap pasaran ini membolehkan kami menjana tambahan 40% tempahan berbanding bulan sebelumnya untuk rakan-rakan hotel kami. Ini jelas menunjukkan perkembangan pesat segmen pelancongan bajet di Indonesia. Kini, terdapat 40,000 hotel kecil dan dijangka bertambah sebanyak 30% dalam tempoh 2-3 tahun akan datang. Kebanyakan hotel kecil ini merupakan perniagaan yang dikendalikan oleh keluarga yang sentiasa bergelut dengan jualan, pemasaran, sokongan serta operasi."

Tinggal memberikan kesemua rakan hotel dengan antara muka khusus, teknologi imej 360 darjah berserta data dan trend pelancongan hebat, secara langsung daripada platform bagi membolehkan para pemilik hotel mengukuhkan kedudukan hartanah mereka secara kompetitif, sambil membantu mereka menjana keuntungan yang layak diterima. Tinggal turut menawarkan bilik-bilik berkualiti kepada pelanggannya, bermula dengan harga IDR125,000.

Tinggal turut menandatangani perjanjian kerjasama penting, antaranya dengan - Booking.com, Expedia, Permata Bank dan Line demi menawarkan lebih nilai kepada para penggunanya. Tinggal turut memperhebat hampir seluruh kategori pelancongan untuk Qoo10 Indonesia, dengan menawarkan hotel-hotel secara percuma dan berkualiti tinggi selain pakej-pakej eksklusif.

Latar Belakang Tinggal 

Tinggal ialah pasaran dalam talian untuk pelancong menempah hotel-hotel bebas berkualiti tinggi yang menyediakan lebih 400 hotel. Tinggal disokong oleh Mangrove Capital Partners, Vikas Saxena (Ketua Pegawai Eksekutif, Nimbuzz), Prafulla Mathur (Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, WudStay), serta Simile Venture Partners.

www.tinggal.com

Hubungi:

Jessica Theresia
+62-21-7988411
press@tinggal.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170223/8521701122-a
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170223/8521701122LOGO

Source: Tinggal
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Web Site Contracts Corporate Expansion New products/services