omniture

ZTE Perkenal Telefon Pintar "5uper Generation" Inovatif dengan Kelajuan Muat Turun Cecah 1Gbps

ZTE Corporation
2017-02-27 12:44 734

BARCELONA, Sepanyol, 27 Februari 2017 /PRNewswire/ -- ZTE, pembuat peranti mudah alih bertaraf global yang terkemuka, kembali ke Barcelona buat kali ke-13, untuk memperkenalkan Gigabit Phone, telefon pintar pertama dunia dengan kelajuan muat turun yang mencecah 1Gbps. Hasil penyelesaian Pre5G Giga+ MBB ZTE yang dibangunkan sendiri dan peranti pintarnya, pengunjung acara dapat menyaksikan kejayaan ujian kelajuan muat turun yang mencapai sehingga 1Gbps menerusi Gigabit Phone, penunjuk bagi kekuatan teknologi ZTE untuk "5uper Generation" akan datang.

ZTE Gigabit Phone
ZTE Gigabit Phone

Mencapai 1Gbps Melalui Sistem Termaju & Peranti Terminal
ZTE Gigabit Phone, dikuasakan oleh platform mudah alih Qualcomm® Snapdragon™ 835 dengan modem Snapdragon X16 LTE yang disepadukan, memanfaatkan kombinasi antara pengagregatan syarikat telekomunikasi, teknologi antena 4x4 MIMO dengan modulasi 256-QAM untuk mendapatkan kelajuan muat turun LTE sehingga 10x lebih pantas berbanding peranti LTE generasi pertama.

Hasil kekuatan teknologi ZTE dalam 5G dan penyelesaian Pre5G Giga+ MBB, ZTE Gigabit Phone adalah tiga kali lebih hebat dalam meningkatkan keupayaan pemprosesan data dalam rangkaian sedia ada. Ia merupakan asas penting ZTE dalam memperkenalkan rangkaian 5G kepada 4G dan menyediakan syarikat komunikasi seluruh dunia dengan penyelesaian Pre5G.

Pada masa depan, dengan kelajuan muat turun sehingga 1Gbps sebagai satu standard dan kekuatan teknologi ZTE dalam sistem serta rangkaian 5G, pengalaman mudah alih dalam peranti pintar akan ditingkatkan ke tahap yang belum pernah dibayangkan sebelum ini.

Sehingga 1Gbps Kelajuan Muat Turun Ubah Kehidupan Manusia Selama-lamanya
Telefon bimbit Gigabit akan mencabar segala batas dunia dan mengubah usaha memburu deria manusia yang utama. Kelajuan yang tidak terbayang sehingga 1Gbps akan meningkatkan gaya hidup pengguna dengan menyediakan kemudahan video VR berpanorama 360°, storan awan segera, naik taraf hiburan, dan cache pantas untuk muzik Hi-Fi ultra dan filem, selain APP segera, yang tidak memerlukan muat turun mahupun pemasangan aplikasi.

Pengenalan telefon bimbit kategori Gigabit daripada ZTE menandakan asas penting menuju era mudah alih 5G. Telefon bimbit ini bukan sahaja merevolusikan segmen komunikasi, malah turut mengubah hubungan sesama manusia menerusi standard kelajuan baharu, membawakan lonjakan kualitatif terhadap dunia pengalaman mudah alih yang serba baharu.

"Kami berasa teruja memperkenalkan telefon pintar pertama dunia dengan kelajuan muat turun sehingga 1Gbps. Menerusi peranti baharu ini, cara orang ramai kekal terhubung akan berubah selama-lamanya," kata jurucakap ZTE. "Tumpuan terhadap teknologi 5G akan menjadi salah satu keutamaan penting dalam pembangunan global ZTE. ZTE berasa sangat gembira untuk memanfaatkan kekuatan teknologinya dan pengalaman dalam 5G untuk bekerjasama dengan kerajaan serta rakan-rakan niaga demi membincangkan dan melancarkan kemunculan era 5G yang akan datang."

Di MWC 2017, ZTE akan memberi tumpuan untuk menerajui evolusi 5G, memajukan infrastruktur awan, mewujudkan 'Internet of Everything' dan melancarkan peranti canggih. Reruai ZTE di MWC 2017 akan ditempatkan di 3F30, Dewan 3, Fira Gran Via, Barcelona. Para pengunjung diundang melihat demo teknologi rintis terkini untuk era terhubung baharu, selain menonton video holografik yang menyeronokkan serta meneroka kawasan pengalaman Axon 7 & Google Daydream dan juga zon pengalaman tangkapan foto Axon7 Max dan Blade V8 3D.

Latar Belakang ZTE Mobile Devices
ZTE Mobile Devices ialah sebahagian daripada ZTE Corporation, syarikat peralatan komunikasi, rangkaian dan peranti mudah alih bertaraf global yang beribu pejabat di Shenzhen, China. ZTE ialah sebuah syarikat dagangan awam yang tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen.

ZTE pernah bekerjasama dengan 231 syarikat telekomunikasi utama, termasuk 50 syarikat telekomunikasi terbaik di serata dunia. ZTE mengungguli kedudukan ketiga selama enam tahun berturut-turut dari segi bilangan paten antarabangsa PCT yang dimohon sejak tahun 2011.

Sebagai salah satu pembuat peranti pintar utama dunia, ZTE telah terlibat dalam segmen penyelidikan, pembangunan dan pembuatan telefon bimbit sejak tahun 1998, 19 tahun melakar sejarah. ZTE menjalankan perniagaan di lebih 160 negara dan rantau di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ztedevice.com/

Maklumat Perhubungan Media:                     


Li Kai                                     


ZTE Corporation                       

WE Communications

Tel: +86 21 68895357                

Tel: +86 10 59001278

Emel: li.kai@zte.com.cn             

Emel: ztechina@we-worldwide.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170226/0861701575

Source: ZTE Corporation
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services Trade show news