omniture

Huawei Lancar HUAWEI P10 dan P10+ Baharu dengan Ciri Pemolekan Foto

Huawei Consumer Business Group
2017-02-27 23:49 436

BARCELONA, Sepanyol, 27 Februari 2017 /PRNewswire/ --

HUAWEI P10 dan P10+ jadikan setiap tangkapan seperti gambar muka depan – tersedia secara eksklusif dengan warna trend terkini

Huawei Consumer Business Group hari ini mengumumkan pelancaran HUAWEI P10 dan P10+ baharu, telefon pintar inovatif dan bergaya, dibangunkan bersama Leica, yang membawakan kesan mirip studio profesional untuk meningkatkan fotografi potret. Melalui perkongsian khas dengan Pantone Color InstituteTM, peneraju pemikir unggul dunia bagi warna, peranti ini diperkenalkan menerusi warna trend terkini, dioptimumkan khusus untuk kemasan Potongan Berlian Hiper unik mereka. Dilengkapi dengan inovasi berteknologi canggih di dalamnya, termasuk Huawei SuperCharge, HUAWEI P10 dan P10+ merupakan telefon pintar fotografi paling canggih yang terdapat dalam pasaran.

Buat pertama kali untuk telefon pintar, HUAWEI P10 dan P10+ menampilkan kamera hadapan Leica, bagi melengkapkan kamera belakang Dwi Leica mereka. Dengan memanfaatkan teknologi fotografi paling canggih di dunia untuk menghasilkan potret artistik moden dengan gaya imej terkenal Leica, HUAWEI P10 dan P10+ menyertakan instrumen studio berciri artistik. Dengan ciri-ciri termasuk teknologi pencahayaan semula mirip studio dan pengesanan wajah 3D, gambar yang cantik boleh diambil dalam sebarang keadaan.

Kamera hadapan baharu dapat menangkap gambar potret dengan sempurna menurut gaya imej Leica, sementara kamera belakang menangkap ciri-ciri wajah dengan butiran yang amat terperinci. Zum Hibrid Huawei ialah ciri tambahan yang membolehkan pengguna fokus terhadap kawasan imej tertentu sambil mengekalkan ketajaman kualiti imej.

Selain menafsir semula fotografi potret melalui teknologi fotografi terkini, HUAWEI P10 dan P10+ menetap standard baharu untuk warna dan reka bentuk. Direka bersama Pantone Color Institute, peranti ini dilancar dengan dua warna Pantone yang dipilih khusus: PANTONE Greenery*, Warna rasmi PANTONE Tahun 2017 dan lorekan biru gelap menawan yang ditawarkan oleh Huawei sebagai Dazzling Blue (Biru yang Mempesonakan).

Hasil ketukangan teliti yang memakan masa yang lama dan kolaborasi silang antara Huawei dan Pantone Color Institute ialah dua kombinasi warna yang dioptimumkan khusus untuk permukaan dan tekstur HUAWEI P10 dan P10+ bagi memberikan telefon pintar ini rupa yang begitu indah dipandang seperti mana ia dapat digunakan. Warna hijau memberikan kemasan hembus pasir yang bersih dan bergaya, manakala Potongan Berlian Hiper unik dalam Biru Mempesonakan dihidupkan melalui kesan berkilau yang mengagumkan. Bagi melengkapkan kombinasi warna unik ini, HUAWEI P10 dan P10+ turut tersedia dengan seleksi warna lain termasuk Putih Seramik, Emas Mempesonakan, Emas Prestij, Hitam Grafit, Emas Ros dan Perak Mistik.  

Sebagai sebahagian daripada siri P Huawei, HUAWEI P10 dan P10+ menampilkan bentuk ultra nipis dan minimalis dengan lengkung bulat. Reka bentuk berkualiti tinggi ini turut dilanjutkan kepada fungsi berprestasi tingginya termasuk pengecasan yang amat pantas, hasil teknologi SuperCharge proprietari Huawei.

Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group berkata: "Dengan HUAWEI P10 dan P10+ kami telah mencipta telefon pintar yang merevolusikan dan menakrif semula fotografi potret. Hasil evolusi perkongsian kami dengan Leica Camera, pengguna kini berpeluang mendapat kamera hadapan Leica yang hebat pada peranti Huawei mereka selain kamera belakang. Agar sepadan dengan inovasi ini dalam peranti tersebut, perkongsian Huawei dengan Pantone Color Institute memastikan bahawa peranti tersebut adalah sama cantik seperti di luarnya. HUAWEI P10 dan P10+ merupakan telefon pintar bergaya yang berfungsi."

Laurie Pressman, Naib Presiden Pantone Color Institute menambah, "Melihatkan pengguna yang semakin selesa menggunakan warna sebagai bentuk ekspresi, kami mendapati semakin banyak eksperimentasi dan penggunaan warna yang kreatif. Warna sememangnya medium yang membolehkan individu mengekspresikan diri mereka kepada dunia di sekeliling mereka. Huawei menyedari dinamik pengguna yang semakin berubah ini dan menerusi perkongsian kami, kami berharap dapat menyediakan pengguna Huawei dengan keupayaan untuk menonjolkan warna dengan berani."

Huawei turut memanfaatkan hubungannya dengan Saatchi Gallery dan Leica Camera bagi menakrif semula fotografi potret. Tujuh jurugambar[1] terkenal yang disyorkan oleh institusi-institusi ikonik ini telah menghasilkan koleksi karya artistik yang memukau menggunakan telefon pintar HUAWEI P10. Dengan memberi perhatian terhadap evolusi pemotretan, jurugambar tersebut menghasilkan interpretasi fotografi potret mereka sendiri menggunakan telefon bimbit.

Karya artistik ini akan dipamerkan buat julung kalinya di pameran pop-up istimewa di Barcelona, mulai 26 Februari - 28 Februari 2017. Hasil karya terpilih akan dipamerkan dalam pameran 'Daripada Swafoto kepada Ekspresi Diri' di Saatchi Gallery London mulai 30 Mac ini.

[1] Berndnaut Smilde, Manfred Baumann, Jacob Aue Sobol, Stéphane Lavoué, Josephine Meckseper, Chris Levine, Laura Pannack

* 15-0343

Hubungi: Hannah.Moseley@hkstrategies.com +44-(0)20-7413-3205

Sumber: Huawei Consumer Business Group

Source: Huawei Consumer Business Group
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services