BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Alcatel hari ini mengumumkan pelancaran Alcatel A5 LED sempena Kongres Dunia Mudah Alih. Telefon pintar diliputi LED interaktif pertama dunia, A5 LED menerusi enjoy.now Alcatel yang menjanjikan inovasi untuk pengguna berjiwa muda yang bertenaga.
"Dengan A5 LED, Alcatel membawakan ciri-ciri baharu yang menyeronokkan, seperti pemberitahuan dengan nyalaan cahaya dan corak serta tema muka depan LED unik, ciptaan anda sendiri, selain pengalaman multimedia dipertingkat, dan banyak lagi cara untuk mengambil dan berkongsi swafoto, amat sesuai untuk mereka yang mementingkan keseronokan dan membolehkan personaliti mereka terserlah," kata William Dowie, Pengarah Pengurusan Portfolio, Alcatel.
Menyerlah daripada yang biasa
Menawarkan pengalaman unik dan interaktif yang hanya boleh didapati dalam A5, Alcatel membolehkan anda menentukan bagaimana anda ingin memperagakan personaliti telefon bimbit anda dengan pelbagai pancuran cahaya LED yang mempesonakan:
Prestasi mantap dan ciri-ciri swafoto menyeronokkan
A5 LED juga memberikan anda pengalaman multimedia yang hebat. Ia mempunyai fungsi ketersambungan 4G LTE pantas dan pemproses okta-teras yang memastikan foto, permainan dan filem dimuatkan dengan lancar pada paparan HD 5.2-inci bersaiz besar.
Alcatel A5 LED juga mempunyai kamera hadapan 5MP dengan denyar swafoto bagi memberikan swafoto yang lebih cerah walau dalam keadaan cahaya rendah. Ia didatangkan dengan perisian Face Beauty bagi menghasilkan imej tanpa cela dan Face Show, yang membolehkan anda mengubah swafoto anda menjadi klip video terperibadi untuk keriangan tambahan. Terdapat juga kamera belakang 8MP dengan denyar dwitona. Di samping itu, anda juga boleh menikmati Mod Peribadi, dengan log masuk berbeza bagi melindungi foto serta aplikasi tersembunyi anda.
Alcatel A5 LED selesa untuk dipegang, dengan reka bentuk ergonomik yang mempunyai profil nipis serta bahagian tepi yang tidak bersegi.
Untuk maklumat lanjut tentang A5 LED, sila layari http://www.alcatel-mobile.com/.
Maklumat Perhubungan Media
Joseph Haagensen, TCL Communication
Emel: globalpr@tcl.com
Latar Belakang Alcatel Mobile Devices
Diperbadankan di Hong Kong, TCL Communication Technology Holdings Limited, mereka bentuk, mengeluarkan dan memasar portfolio yang sedang berkembang bagi produk serta perkhidmatan mudah alih dan internet seluruh dunia. Portfolio produk syarikat kini dijual di lebih 160 negara di seluruh Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Menurut firma penyelidikan telekomunikasi IDC dan data syarikat, TCL Communication mengungguli tempat ke-7 dan tempat ke-10 masing-masing bagi pengeluar telefon dunia dan pengeluar telefon pintar dunia pada suku ketiga tahun 2016. Syarikat turut mengungguli tempat ke-7 dalam kalangan pengeluar tablet global.
Peranti berjenama Alcatel daripada TCL Communication memberikan pengalaman inovatif dan beraneka ciri yang menjadikan akses terhadap teknologi mudah alih masa kini mudah; menawarkan pelbagai portfolio dengan produk padat nilai dilengkapi teknologi yang paling diingini oleh orang ramai. Produk dan penyelesaian daripadanya diterima baik oleh golongan milenia dan Gen Z menerusi pendekatan yang ringkas, bersifat peribadi, asli dan menyeronokkan. Dengan menggabungkan pemahaman terhadap pasaran tempatan dengan kawalan terhadap proses pembuatan hujung-ke-hujung, peranti berjenama Alcatel daripada TCL Communication membawakan pengalaman pengguna tersuai dengan peranti mudah alih yang inovatif, beraneka ciri dan berprestasi tinggi yang membolehkan pengguna meneroka serta menggandakan keriangan setiap hari.
TCL ialah tanda dagangan berdaftar TCL Corporation. Semua tanda dagangan adalah hak milik pemilik masing-masing. Alcatel ialah tanda dagangan Alcatel-Lucent digunakan di bawah lesen TCL Communication. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.alcatel-mobile.com.
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170227/8521701183
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170104/8521700038LOGO