omniture

Dame Natalie Massenet Sertai Farfetch

Farfetch Group
2017-02-28 22:10 549

LONDON, 28 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Farfetch Group mengumumkan Dame Natalie Massenet, Pengasas Net-A-Porter Group dan Pengerusi British Fashion Council, akan menyertai Lembaga Pengarah selaku Pengerusi Bersama bukan eksekutif Farfetch, bekerjasama dengan José Neves, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengasas dan Pengerusi Bersama eksekutif Farfetch untuk terus merevolusikan cara seluruh dunia membeli belah untuk fesyen mewah.

generated by system

generated by system

Massenet, salah seorang pelopor sebenar industri fesyen mewah, akan memanfaatkan kebijaksanaan perniagaan beliau yang terbukti, rasa intuitif dan minat berhubung cara teknologi dapat mengubah pengalaman pengguna untuk perniagaan Farfetch. Beliau akan memberi tumpuan khusus untuk mengembangkan jenama global dan mengukuhkan perkongsian dalam industri fesyen.

Wawasan strategik yang dikongsi antara Massenet dan Neves berhubung sejauh mana fesyen dan teknologi dapat diganding bersama untuk memperhebat pengalaman pengguna memberikan mereka kedudukan yang tiada tandingan untuk bekerjasama sebagai Pengerusi bersama dan menumpu pada peringkat kemajuan Farfetch yang seterusnya sebagai platform global utama bagi fesyen mewah.

Neves berkata: "Sejak Net-A-Porter dilancarkan, saya telah menjadi peminat setia Natalie, dan beliau BENAR-BENAR pelopor yang tidak dapat dinafikan lagi, membuka jalan untuk kami semua dengan menunjukkan bahawa kemewahan bukan sahaja dapat dijual dalam talian, bahkan internet akhirnya akan menjadi cara utama pengguna berhubung dengan jenama-jenama, di seluruh dunia."

Natalie mempunyai naluri keusahawanan yang tiada tandingan, memahami pengguna mewah dan mengetahui cara untuk memajukan jenama-jenama global berbanding orang lain. Ia ibarat impian menjadi kenyataan apabila saya dapat bekerjasama dengan Natalie, dengan wawasan yang dikongsi bersama dan keazaman yang amat besar – sekali lagi – untuk membentuk masa depan kemewahan."

Massenet berkata: "Saya berbesar hati dan teruja dapat menyokong José dan pasukan Farfetch tatkala mereka terus membangunkan wawasan unik dalam membentuk masa depan fesyen dan teknologi. Segala yang Farfetch lakukan untuk menetapkan semula standard berhubung sejauh mana teknologi dapat berfungsi bersama-sama kedai fizikal demi meningkatkan pengalaman pengguna menyerlah dalam industri – apabila José meminta saya untuk menyertai lembaga, ia merupakan satu peluang yang tidak akan saya lepaskan. José ialah penginovasi sebenar, dan saya berasa gembira dapat menyertai beliau sewaktu beliau mengembangkan Farfetch untuk menjadi platform pilihan dalam talian untuk fesyen mewah."

Massenet mengasaskan Net-A-Porter.com, kedai dalam talian beli belah fesyen mewah pertama pada tahun 2000, membangunkan syarikat dalam tempoh 15 tahun menjadi The NET-A-PORTER GROUP berserta TheOutnet.com, MrPorter.com PORTER Magazine dan platform beli belah sosial NETSET, mewujudkan salah satu jenama runcit dalam talian global yang paling hebat dan mengubah kaedah membeli belah mewah buat selama-lamanya.

José Neves mula memprogram pada usia 8 tahun, melancarkan perniagaan teknologi pertama beliau pada tahun 1993 ketika berusia 19 tahun dan label kasut Swear di London pada tahun 1996. Pada tahun 2008, Neves menggabungkan dua minat beliau terhadap fesyen dan teknologi dan melancarkan Farfetch, platform e-dagang global pertama untuk fesyen mewah. Farfetch yang bermula sebagai syarikat baharu Eropah meningkat maju menjadi "perniagaan unikorn" (syarikat baharu bernilai melebihi $1 bilion) dan kini merupakan destinasi harga penuh nombor satu untuk membeli belah mewah dari segi trafik, menurut Alexa, ComScore dan SimilarWeb.

Nota untuk Editor 

Terma 'Farfetch Group' merangkumi kesemua subsidiari, pejabat dan unit perniagaan global Farfetch dalam platform Farfetch.com, Browns, Black & White dan Store of The Future.

Segala butiran tentang Store of The Future akan dimaklumkan dalam persidangan pertama syarikat, FarfetchOS, pada 12 April dengan Neves dan Massenet akan memberi ucapan umum pertama mereka. Maklumat lanjut tentang FarfetchOS: https://www.farfetchos.com/

@Farfetch @JoseFarfetch @Nat_Mass #FARFETCHforFASHION

Latar Belakang Dame Natalie Massenet 

Dame Natalie Massenet mengasaskan pusat beli belah gergasi mewah, Net-A-Porter pada tahun 2000. Dekad seterusnya menyaksikan Natalie menubuhkan salah satu kumpulan runcit, media dan penerbitan dalam talian global yang paling hebat merangkumi net-a-porter.com, theoutnet.com, mrporter.com dan the Net Set. Bersama pasukan yang terdiri daripada lebih 2,500 kakitangan di serata London, New York, Hong Kong dan Shanghai, Massenet mewujudkan pengalaman luar biasa untuk pengguna fesyen mewah global. Pada tahun sebelum Natalie meletakkan jawatan beliau ekoran penggabungan YOOX Net-A-Porter, Net-A-Porter-Group mencatat perolehan bersih sebanyak $1 bilion.

Natalie memulakan kerjaya beliau sebagai wartawan dan editor fesyen, selain berkhidmat dengan WWD dan Tatler. Pada tahun 2009, Natalie meraih anugerah MBE, manakala pada tahun 2016 beliau dilantik sebagai 'Dame Commander of the Order' British Empire; kedua-duanya bagi mengiktiraf sumbangan beliau terhadap industri fesyen dan peruncitan UK. Natalie telah menyandang jawatan Pengerusi British Fashion Council sejak tahun 2013 dan dilantik sebagai Duta Perniagaan DTI UK pada Mac 2016.

Latar Belakang Farfetch 

http://www.farfetch.com

  • Farfetch bekerjasama secara langsung dengan lebih 750 pereka dan butik fesyen merentasi 40 negara, menyediakan mereka dengan platform e-dagang tiada tandingan untuk berhubung dan menjual kepada lebih 1 juta pelanggan di lebih 190 negara yang menjual pakaian wanita dan juga pakaian lelaki
  • Farfetch mempamerkan seleksi mewah terhebat dunia daripada lebih 1,500 jenama
  • Farfetch ialah platform omnisaluran yang benar-benar bersifat global dengan API hujung-ke-hujung yang proprietari sebagai teras teknologi dan rangkaian logistik yang tiada tandingan
  • API memperkasa platform Farfetch.com dan aplikasi beli belah dengan 9 bahasa; manakala Farfetch Black & White, bahagian label putih memperkasa laman sesawang BrownsFashion.com, ManoloBlahnik.com dan ChristopherKane.com, antara lainnya
  • Farfetch menawarkan penghantaran hari yang sama di 10 bandar: London, NY, Paris, LA, Miami, Madrid, Milan, Barcelona dan Rome; klik & ambil serta pulangan di kedai.
  • "Store of The Future" ialah suit teknologi disuai khusus yang dibangunkan bagi membantu jenama-jenama dan butik-butik meningkatkan perjalanan pengguna dengan merapatkan dunia luar talian dan dalam talian
  • Farfetch Group berkembang pada kadar lebih 70% sepanjang 12 bulan berakhir 31/12/16 berdasarkan nilai barangan yang diniagakan merentasi platform
  • Pada tiga bulan berakhir 31/12/16 pasaran teras memberi keuntungan asas yang penting
  • Pasaran teras meningkatkan nilai barangan dagangan melebihi 75% dalam Suku Keempat
  • Jualan kasar sebanyak $800 juta USD dalam Farfetch Group bagi tahun kalendar berakhir 31/12/16
  • Kira-kira 10 juta kunjungan laman sesawang setiap bulan
  • Lebih 60% trafik daripada telefon bimbit dan tablet
  • 9 laman berbahasa tempatan: Bahasa Rusia, Jepun, Cina, Jerman, Korea, Sepanyol, Perancis, Inggeris dan Portugis 
  • Pejabat-pejabat di 11 lokasi global dengan hampir 1,500 kakitangan: London, Porto, Guimarães, Lisbon, Moscow, New York, Los Angeles, Tokyo, Hong Kong, Shanghai dan São Paulo
  • Pelanggan membelanjakan purata $700 USD setiap pesanan
  • Kumpulan pelanggan berkembang melebihi 65% dalam 12 bulan lalu
  • Platform omnisaluran pertama API proprietari dibangunkan oleh pasukan dengan 500 jurutera dan pakar produk, dirancang ditambah menjadi 1000 menjelang tahun 2018
  • Browns, est. 1970, diperoleh pada Mei 2015, dengan Holli Rogers dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Di bawah kepimpinan Holli, kadar pusing ganti meningkat tiga kali ganda sejak 12 bulan lalu
  • Mei 2016 Farfetch memperoleh satu pusingan pelaburan Siri F bernilai US $110 juta, dipimpin oleh pelabur baharu Temasek, IDG Capital Partners dan Eurazeo, manakala pelabur sedia ada Vitruvian Partners turut terlibat dalam pusingan ini.
  • Pada masa ini, syarikat bernilai melebihi US $1 bilion
Source: Farfetch Group
Related Links:
Keywords: Electronic Commerce Fashion Internet Technology Publishing/Information Service Retail Personnel announcements