omniture

ZTE Meterai Perjanjian Usahasama dengan Intel untuk Inovasi IoT

ZTE Corporation
2017-02-28 23:55 673

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2017 / PRNewswire / - ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), pembekal antarabangsa utama untuk telekomunikasi, penyelesaian teknologi perusahaan dan pengguna untuk internet mudah alih, dan Intel, secara rasmi menandatangani perjanjian usahasama strategik pada forum IoT di Barcelona, Sepanyol. Kedua-dua pihak akan berkerjasama menubuhkan sebuah makmal inovatif untuk penyelidikan dan pembangunan teknologi utama IoT masa hadapan, termasuk penentusahan eksperimen, penilaian, penyelidikan dan pembangunan teknologi berkaitan, dan dengan itu menyediakan penyelesaian IoT bersepadu berorientasikan pasaran.

ZTE Meterai Perjanjian Usahasama dengan Intel untuk Inovasi IoT
ZTE Meterai Perjanjian Usahasama dengan Intel untuk Inovasi IoT

ZTE komited untuk menjadi peneraju industri dalam penggunaan komersial IoT dan 5G dalam bidang IoT. ZTE dan Intel sebelum ini telah bekerjasama dalam pelbagai bidang, seperti teknologi akses IoT, kolaborasi sumber terbuka, platform IoT, dan penyelesaian integrasi.

Rose Schooler, Naib Presiden Kumpulan Jualan Intel dan Pengurus Besar Jualan Internet Komunikasi Benda Intel berkata, "Dalam visi Intel, 5G akan membawakan Internet yang lebih pintar dan melengkapi dunia keterhubungan dengan cara yang lebih fleksibel, efektif dan murah. Kami sedang memandang ke arah kemungkinan yang tidak terbatas yang datang daripada 50 bilion peranti pintar. Intel dan ZTE akan menjayakan usaha sama untuk makmal IoT. Dengan pengalaman yang meluas dan inovasi yang berterusan, kita akan mewujudkan satu generasi baru penyelesaian IoT bagi menggalakkan pembinaan ekosistem aplikasi IoT serta pembangunan dan kemakmuran industri IoT. "

Chen Jie, Ketua Pegawai Maklumat ZTE, berkata, "IoT bukan hanya sebahagian penting dalam pelan 'Buatan China 2025' dan  strategi Internet+, tetapi juga satu cara yang penting untuk menggalakkan kemajuan perindustrian China dan pemulihan ekonomi. Selaku peneraju dalam inovasi bebas, ZTE terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, untuk mengekalkan inovasi berterusan dan daya saingan, memperoleh kejayaan cemerlang dalam teknologi utama. Selain itu, ZTE secara aktif meneroka model perniagaan, dan memberi fokus dalam mewujudkan dua platform sokongan utama: Sebuah platform ekosistem IoT dan platform modal. Saya amat berpuas hati dengan kemajuan Intel dan ZTE dalam usahasama R & D di bidang IoT dan pembinaan Makmal Inovasi IoT. Saya berharap kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk menempa kejayaan cemerlang di bidang terminal, rangkaian, dan IoE PaaS. Kami akan menggalakkan pembinaan ekosistem aplikasi IoT serta pembangunan dan kemakmuran industri IoT dengan mengukuhkan kerjasama industri, menghapuskan pengasingan maklumat, dan mewujudkan kesan skala industri. "

ZTE telah membina hubungan yang terbuka, pengurusan, dan platform aplikasi bersama-sama dengan Intel untuk menyediakan perkhidmatan bagi pelanggan huluan dan hiliran dalam rantaian industri. Sistem pengendalian Smart IoT ZTE (OS) menyediakan keupayaan pintar untuk terminal IoT, dan platform pengurusan IoT membolehkan peralatan dan pengurusan pengguna yang lebih ringkas untuk pelanggan. Selain itu, ZTE membantu rakan kongsi memanfaatkan nilai setiap "BIT" dengan menyepadukan data besar dan keupayaan pengkomputeran awan.

Sebagai penggerak ICT untuk industri IoT, ZTE menyediakan penyelesaian Internet Segalanya (Internet of Everything) (IoE) yang melibatkan band sempit IoT (NB-IoT), evolusi jangka panjang (LTE), LTE-M ASIC,modul, OS untuk peranti pintar dan kit pembangunan perisian, mempercepatkan pembangunan pelbagai teknologi sensor dan memudahkan penyelidikan dan pembangunan applikasi gerbang IoT, sensor, dan modul.

Di bidang terminal, ZTE memberi tumpuan kepada cip, OS, modul komunikasi, dan gerbang pintar, dan terlibat secara aktif dalam usahasama industri bagi mewujudkan platform IoT terbuka untuk perkakasan dan perisian terminal bagi membantu pelanggan industri mempercepatkan pembangunan terminal pintar IoT.

Manakala di bidang raingkaian, ZTE komited untuk menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan keterhubungan yang lebih baik dan mengoptimumkan rangkaian kawasan luas (WAN), rangkaian kawasan metropolitan (MAN), dan teknologi rangkaian teras, yang berjarak dekat untuk memenuhi keperluan yang berbeza untuk aplikasi IoT. ZTE melaksanakan inovasi teknologi dan penambahbaikan dalam lengah, kapasiti, dan keandalan.

ZTE telah merumuskan penyelesaian keselamatan hujung-ke-hujung bagi menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan keselamatan untuk perancangan, pembinaan, dan operasi serentak. ZTE berusaha menyesuaikan penyelesaian dengan strategi keselamatan dalam senario yang berbeza dan mewujudkan persekitaran aplikasi, platform OS, dan penyelesaian aras cip yang boleh dipercayai untuk pelanggan.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Hubungan Media:

 

Margrete Ma

Daniel Beattie

ZTE Corporation

AxiCom

Tel: +86 755 26775207

Tel: +44 (0)20 8392 8071

Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Emel: daniel.beattie@axicom.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170228/0861701602

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Joint ventures