omniture

Gionee Lancar Keluaran A1 / A1 Plus Baharu dalam Swafoto berfokus

Gionee
2017-03-01 08:08 681

BARCELONA, 1 Mac 2017 /PRNewswire / -- Gionee mengumumkan keluaran baharu telefon pintar siri A - A1 dan A1 Plus - di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2017. Produk baharu jenama ini masih membawa DNA produk Gionee, bateri hayat panjang, di samping memberi fokus kepada kualiti gambar yang dipertingkatkan untuk swafoto.

GIONEE A1/A1plus launch event
GIONEE A1/A1plus launch event

Swafoto Hebat

Siri-A akan kekal sebagai barisan produk teras Gionee dalam pasaran luar negara dan terus memberi fokus kepada prestasi swafoto. Menampilkan kamera swafoto 20MP dan 13MP + 5MP dwikamera belakang yang hebat, A1 Plus membolehkan pengguna untuk mengambil gambar swafoto yang cerah, cantik dan kelihatan semula jadi dan dalam sebarang keadaan cahaya.

Untuk memastikan pengalaman mengambil swafoto yang hebat, denyar swafoto yang disesuaikan digunakan untuk penyebaran cahaya ke wajah dengan lebih sekata dan lembut. Kesan pencahayaan lembut mampu membuatkan kulit muka kelihatan lebih cantik, memberikan pengguna berseri dan kemerah-merahan semula jadi . Algoritma pemolekan muka bebas Gionee secara automatik mengimbas wajah pengguna dan mengenakan tetapan kecantikan yang bersesuaian.

Bateri Berkuasa Hebat

Sebagai warisan Gionee, kedua-dua A1 dan A1 Plus menampilkan bateri hayat panjang dan pengalaman penggunaan yang lancar. Penyelesaian perisian dan perkakasan bersepadu telah dibangunkan untuk menjamin peranti ini sentiasa mempunyai kuasa.

A1 Plus menggunakan bateri 4550 mAh, manakala A1 memiliki 4010 mAh, yang memberikan kuasa  secukupnya untuk memastikan  penggunaan sepanjang hari dan lebih lagi, walaupun penstriman video, permainan intensif grafik atau navigasi GPS.

Gionee menyediakan cas ultrapantas18W dan cip dwipengecasan dalam siri A supaya pengguna boleh menikmati pengalaman pengecasan yang lebih pantas, lebih selamat dan tidak membimbangkan. Telefon boleh dicaskan sepenuhnya dalam masa 2* (data Makmal). Selain itu, kit pengecas khusus dalam warna unik jenama ini direka eksklusif untuk telefon.

Pengalaman Hebat

Interaksi yang lancar antara perkakasan dan perisian membolehkan peranti siri A untuk bekerja dengan pantas dan menjimatkan kuasa. A1 Plus berfungsi menggunakan pemproses P25 MTK Helio, manakala A1 berfungsi menggunakan P10 Helio. Kedua-dua peranti adalah berdasarkan ciri-ciri Android 7.0 terkini. Menampilkan RAM 4 GB dan ROM 64 GB, kedua-duanya boleh mengendalikan pelbagai tugas, termasuk aplikasi dan permainan intensif sumber, tanpa lengah atau lat masa.

Kali ini, pemprosesan Waves Maxx Audio Gionee yang dibenam dalam siri A1 & A1 Plus melalui kerjasama dengan Waves Audio, pembangun teknologi audio DSP yang terkemuka dunia dan penerima Anugerah Teknikal GRAMMY, dilengkapi pula dengan sistem pembesar suara stereo A1 Plus, memberi satu pengalaman sonik hebat dan seakan-akan hidup kepada pengguna.

Fu Juan
+86-18926040791
fujuan@gionee.com

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170227/0861701608

 

Source: Gionee
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news