omniture

HT-SAAE Lancar Rangkaian Modul PV Kecekapan Tinggi di Tokyo

Shanghai Aerospace Automobile Electromechanical Co., Ltd.
2017-03-01 17:38 860

TOKYO, 1 March 2017 /PRNewswire/ -- Shanghai Aerospace Automobile Electromechanical Co., Ltd (HT-SAAE), pengeluar utama dunia bagi produk-produk PV solar, mempamerkan rangkaian terkini produk-produk modul berkecekapan tinggi di Tokyo pada 28 Februari.

HyperC high-efficiency mono-crystalline PV modules
HyperC high-efficiency mono-crystalline PV modules

 

Hyper Black high-efficiency poly-crystalline PV modules
Hyper Black high-efficiency poly-crystalline PV modules

 

Milky Way N-type bifacial Dual Glass 5BB modules
Milky Way N-type bifacial Dual Glass 5BB modules

 

HyperC high-efficiency mono-crystalline PV module (50 pcs)
HyperC high-efficiency mono-crystalline PV module (50 pcs)

Rangkaian produk ini termasuk modul PV monohabluran berkecekapan tinggi HyperC, modul PV polihabluran berkecekapan tinggi Hyper Black dan modul 5BB Dwikaca dwimuka jenis-N Milky Way. Pelancaran modul-modul berkecekapan tinggi ini dalam masa yang sama menunjukkan HT-SAAE telah merintis laluan baharu menerusi beberapa rangkaian pengeluaran dan menikmati tahun hebat dari segi kepelbagaian dan jumlah produk.

Rangkaian produk baharu yang dibawakan oleh HT-SAAE, Pengeluar Modul Tahap 1 BNEF, didatangkan dengan banyak ciri. Modul PV monohabluran berkecekapan tinggi HyperC dan modul PV polihabluran berkecekapan tinggi Hyper Black dicipta menggunakan teknik siri HIGHWAY yang dipertingkat. Membawakan teknolgi sel 5BB, sel anti-PID dan bahan pengkapsulan tinggi keandalan, kedua-dua produk ini didatangkan dengan rintangan siri lebih rendah, kecekapan penukaran sel lebih tinggi dan output kuasa lebih tinggi bagi setiap unit.

Siri modul PV HyperC mengguna pakai teknik PERC (sel belakang pemancar pasif) yang dibangunkan oleh HT-SAAE, memberikan kecekapan sel untuk pengeluaran besar-besaran setinggi 21.2%. Output kuasa boleh mencecah 300W dan lebih untuk modul 60 sel.

Siri modul PV Hyper Black dibuat menggunakan teknik penghirisan wayar berlian, yang dapat mengurangkan kos dengan banyak. Selain itu, kaedah tekstur nano menghasilkan penampilan keseluruhan sel yang seragam. Produk-produk tersebut juga mengguna pakai teknik punaran kimia berbantu logam (MACE), meningkatkan kecekapan sel setinggi 0.3% hingga 0.5%. Tahap kecekapan sel untuk pengeluaran besar-besaran boleh mencecah sehingga 19.8% dan output kuasa boleh mencecah 280W dan lebih bagi modul 60 sel menggunakan teknik PERC termaju.

Kedua-dua siri modul PV HyperC dan Hyper Black telah melepasi ujian gas antiammonia, ujian kabus antigaram, antihabuk dan ujian anti-PID.

Modul PV 5BB Dwikaca dwimuka jenis-N Milky Way merupakan versi naik taraf modul PV Monohabluran PERT jenis-N Dwimuka Milky Way. HT-SAAE membuat langkah berani dengan mengguna pakai teknik sel 5BB berkecekapan tinggi generasi baharu dalam bidang modul sel jenis-N, memberikan peningkatan output kuasa sebanyak 10W berbanding modul PV Milky Way generasi pertama menggunakan teknik 4BB.

HT-SAAE mengembangkan perniagaannya ke seluruh dunia beberapa tahun lalu. Menerusi kualiti yang dioptimum dan perkhidmatan yang prihatin, produk-produknya mendapat sambutan baik di beberapa negara termasuk A.S., Eropah, India, dan Jepun. Sejak tahun 2011, jumlah jualan syarikat di Jepun mencecah hampir 800MW. Bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap modul PV atas bumbung daripada pasaran global, HT-SAAE membangunkan modul PV monohabluran berkecekapan tinggi HyperC (50 keping). Ia mengguna pakai teknik PERC sebagai teknik asasnya. Dikeluarkan hanya sebanyak 50 keping modul, ia adalah agak padat dan ringan, mengurangkan beban pada bumbung, manakala nisbah panjang-kepada-lebar 2-kepada-1 boleh diletak dengan sempurna pada bumbung. Walaupun ia agak kompak, output kuasa maksimum masih mampu mencecah 250W.

"Sebagai satu-satunya perusahaan Cina milik negara yang mencapai kapasiti pengeluaran tahap GW dengan rangkaian industri PV yang komprehensif, HT-SAAE telah lama mengusahakan inovasi teknik dan produk berkecekapan tinggi agar dapat menarik minat pasaran berbeza di serata dunia," kata Ruan Zhongli, Timbalan Pengurus Besar perniagaan fotovolta HT-SAAE.

Pada tahun 2017, syarikat akan terus mengusahakan inovasi produk berkecekapan tinggi dan meninjau lebih banyak bidang baharu seperti grid berbilang, laminasi, penghirisan dan banyak lagi.

Latar Belakang HT-SAAE

Shanghai Aerospace Automobile Electromechanical Co., Ltd (HT-SAAE) ialah subsidiari milik China Aerospace Science and Technology Corporation (CASC), sebuah syarikat Fortune 500 Global. Ia ditubuhkan pada tahun 1998 dan disenarai awam dalam Bursa Saham Shanghai (Kod Saham 600151). Ia menumpukan perniagaan khususnya dalam sektor PV Tenaga Baharu, Komponen Auto dan Kegunaan Bahan Baharu. Seawal tahun 1999, HT-SAAE melancarkan penggunaan komersial teknologi fotovolta. Setakat ini, syarikat telah membangunkan rantaian bekalan industri PV yang bersepadu sepenuhnya (silikon, wafer, sel solar, modul & sistem PV) serta menyediakan lebih 3GW produk PV berkualiti terunggul untuk pasaran global. Menurut organisasi pihak ketiga yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, pada tahun 2014, HT-SAAE mengungguli kedudukan antara 10 Pembekal Modul PV Cina Terbaik dan selama bertahun-tahun syarikat diperakui sebagai Pengeluar Modul "Tahap 1" oleh Bloomberg New Energy Finance (BNEF).

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170227/0861701458-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170227/0861701458-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170227/0861701458-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170227/0861701458-d

Source: Shanghai Aerospace Automobile Electromechanical Co., Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:600151
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services