omniture

ZTE perkenal penyelesaian pengangkutan IP+Optik 5G Flexhaul pertama dalam industri

ZTE Corporation
2017-03-01 20:03 604

BARCELONA, 1 Mac 2017 /PRNewswire/ --  ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini melancarkan penyelesaian IP+Optik 5G Flexhaul pertama industri sempena Kongres Dunia Mudah Alih, Barcelona, iaitu penyelesaian bersepadu angkut hala depan dan angkut hala balik berasaskan teknologi protokol Internet (IP)+Optik.

Dengan mengguna pakai seni bina IP+Optik, penyelesaian ini menyediakan pengangkutan bersepadu bagi perkhidmatan angkut dan angkut balik 5G pada satu peranti, selain lebar jalur yang amat besar, kependaman ultra rendah dan kejuruteraan trafik berasaskan rangkaian tentuan perisian (SDN). Dijangkakan bahawa penyelesaian 5G Flexhaul ZTE dapat mengurangkan jumlah kos pemilikan (TCO) sebanyak 30 peratus berbanding penyelesaian tradisional.

Umum diketahui bahawa rangkaian 5G menyediakan pengalaman tiada tandingan buat pengguna dari segi lebar jalur, kependaman dan bilangan sambungan. Berbanding satu senario 4G, 5G menyokong pelbagai senario termasuk jalur lebar mudah alih dipertingkat (eMBB)/komunikasi jenis mesin besar (mMTC)/komunikasi ultra andal dan rendah kependaman (uRLLC), manakala penunjuk utama untuk pelbagai senario adalah berbeza dengan ketara. Oleh itu, rangkaian tradisional berhadapan dengan keperluan termasuk konfigurasi semula struktur, penaiktarafan peralatan dan peningkatan prestasi. Membangunkan rangkaian pembawa yang cekap dan menjimatkan kos agar dapat memenuhi keperluan lebar jalur yang amat besar, kependaman ultra rendah dan peralihan kepada awan (cloudification) untuk rangkaian teras serta rangkaian akses radio (RAN) dalam era 5G menjadi suatu cabaran besar yang dihadapi oleh pengendali global.

Penyelesaian 5G Flexhaul ZTE menggabungkan seni bina Flex Eternet dan IP+Optik serta menyediakan keupayaan pengangkutan saluran anjal yang amat besar untuk perkhidmatan angkut hala depan dan angkut hala balik 5G. Penyelesaian 5G Flexhaul melaksanakan aplikasi hujung-ke-hujung (E2E) bagi sinergi IP+Optik dan menyediakan perancangan tergabung, penjadualan, pengurusan dan penyelenggaraan oleh pengawal SDN. Peranti bersepadu IP+Optik digunakan untuk lapisan akses besar-besaran bagi mengurangkan kos pembinaan rangkaian dan menjimatkan ruang peralatan. Ia melaksanakan pengangkutan lebar jalur amat besar menerusi sambungan berbilang jarak gelombang antara nod-nod bersebelahan. Selain itu, dengan ciri FlexE, ia dapat mengasingkan subsaluran perkhidmatan berbeza dengan anjal bagi menyediakan sokongan satah penghantaran optimum untuk penghirisan rangkaian pembawa 5G. ZXCTN 6180H, peralatan prakomersial pengangkutan 5G yang turut dipamerkan di MWC, hanyalah setinggi 3RU dan menyokong sehingga 1T kapasiti perangkaian untuk satu cincin akses.

Selain keupayaan pengangkutan saluran yang amat besar, penyelesaian 5G Flexhaul memiliki keupayaan kependaman pengangkutan yang anjal. Belanjawan kependaman yang diperuntukkan untuk rangkaian angkut hala depan oleh rangkaian akses radio awan (C-RAN) 5G adalah kurang daripada 100us. Bagi satah penghantaran, penyelesaian 5G Flexhaul menyokong mod penghantaran pantas dan penghantaran biasa, yang boleh dipilih mengikut jenis perkhidmatan. Mod penghantaran pantas digunakan untuk perkhidmatan yang peka terhadap masa. Teknologi rangkaian peka masa (TSN) digunakan bagi mengurangkan kependaman penukaran antara nod perkhidmatan tinggi dan lebih rendah daripada 30 mikrosaat kepada beberapa mikrosaat. Nod perantaraan menggunakan teknologi pintasan optik bagi mencapai kependaman penghantaran kurang daripada 1 mikrosaat. Ia dapat memenuhi keperluan kependaman rendah 5G dengan berkesan dan memberi jaminan hebat untuk perkhidmatan baharu dan seni bina rangkaian.

Ciri peralihan kepada awan yang dirangkum dalam 5G akan menyediakan sambungan yang anjal dan bersifat merata. Penyelesaian 5G Flexhaul, berdasarkan kejuruteraan trafik berasaskan SDN, mampu menyediakan sambungan merata dengan berkesan dan mengoptimumkan trafik rangkaian secara dinamik menurut maklumat yang dikumpul oleh monitor trafik bagi memadankan kesan pasang surut rangkaian dan meningkatkan penggunaan sumber dengan ketara. 

"ZTE meneruskan usaha inovasi berterusannya bagi menyediakan penyelesaian dan produk berdaya saing kepada pengendali global. Memandangkan teknologi 5G membawakan revolusi rangkaian baharu, ZTE memberi respons secara aktif dan sangat menggalakkan penggunaan dan operasi percubaan teknologi pengangkutan 5G. ZTE telah menjalankan kajian peringkat awal dan perbincangan dengan beberapa pengendali tentang kerjasama bagi teknologi angkut hala depan dan angkut hala balik 5G. Penyelesaian 5G Flexhaul akan banyak membantu pengendali global membangunkan rangkaian pengangkutan 5G yang menuju masa depan, anjal, berkesan kos dan juga bersepadu," kata En. Zhao Fuchuan, Ketua Jurutera Penyelesaian Pengangkutan 5G ZTE.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media 

Margrete Ma

Daniel Beattie

ZTE Corporation

AxiCom

Tel: +86 755 26775207

Tel: +44 (0)20 8392 8071

Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Emel: daniel.beattie@axicom.com

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news