omniture

Pameran Canton ke-121 Buka Tirai Sekali Lagi Bawakan Perusahaan Baharu ke Persada Global

Pameran Canton
2017-03-02 04:49 803

GUANGZHOU, China, 2 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) akan membuka tirai pameran musim bunga 2017 pada 15 April di Kompleks Pameran Import dan Eksport China, pusat pameran moden terbesar di Asia, menghimpunkan jenama-jenama terkemuka dan bertaraf profesional dalam perdagangan antarabangsa, dari lebih 200 negara dan rantau untuk meneroka peluang perniagaan.

Pameran Canton ke-121 Buka Tirai Sekali Lagi Bawakan Perusahaan Baharu ke Persada Global
Pameran Canton ke-121 Buka Tirai Sekali Lagi Bawakan Perusahaan Baharu ke Persada Global

Pengusaha utama dalam perdagangan global, Pameran Canton ke-121 akan menyediakan 50 bahagian pameran bagi menganjurkan 16 kategori komoditi utama, menawarkan rangkaian produk yang pelbagai untuk pembeli, mengetengahkan industri-industri baru muncul, termasuk teknologi pintar dan bijak, tenaga baharu, bekalan untuk haiwan peliharaan, kemudahan spa luar dan banyak lagi.

Jenama-jenama terkemuka, termasuk syarikat-syarikat gergasi industri, Haier, Midea, Caterpillar, Tsurumi Pump, Coway bakal mempamerkan produk-produk terkini mereka. Patrick Smith, Pengarah Global Tanda Dagangan & Pelesenan Teknologi, Honeywell USA, berkata, di pameran bertaraf profesional ini, pengunjung boleh melihat pelbagai aplikasi dibangunkan.

Selain kumpulan pempamer dari Jerman, New Zealand, Australia, Jepun dan banyak lagi, Pameran tahun ini turut mengundang kumpulan pempamer makanan dan minuman premium dari Brazil dan UK, mewujudkan pengalaman pembelian rentas sempadan kepada pembeli.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman keseluruhan tetamu, Pameran Canton ke-121 akan menyediakan zon mengikut subkategori produk dan akan memperkenalkan panduan yang terperinci dan tersuai kepada pembeli melibatkan 25,000 syarikat yang mempamer dalam semua zon.

"Kami berharap pembeli dapat menyediakan pelan pembelian mereka dengan mudah dan menikmati perjalanan berkecekapan tinggi ke Pameran Canton," kata Liu Quandong, Timbalan Ketua Pengarah, Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri, Pameran Canton. "Kami berharap dapat bertemu rakan lama dan baharu yang berhimpun di platform yang besar ini bukan sahaja untuk merundingkan perjanjian perdagangan, tetapi juga untuk berkongsi idea di forum dan sidang kemuncak."

Jadual Pameran Canton ke-121:

Fasa I, 15-19 April

Produk elektronik dan elektrik, peralatan elektrik rumah, peralatan lampu, kenderaan dan alat ganti kenderaan, jentera, perkakasan dan peralatan, bahan-bahan bangunan dan perhiasan, produk kimia, sumber tenaga baharu dan banyak lagi.

Fasa II, 23-27 April

Barangan pengguna, cenderamata dan barangan premium, hiasan rumah dan banyak lagi.

Fasa III, 1-5 Mei

Tekstil dan pakaian, kasut, bekas dan beg, peralatan pejabat, produk rekreasi, penjagaan perubatan dan kesihatan, makanan dan banyak lagi.

Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh, yang kini mencatat sejarah selama 60 tahun sejak mula diperkenalkan pada musim bunga tahun 1957.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170228/0861701678

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news