omniture

DigiValet Lancar Operasi Amerika Utara - Lantik David Goldstone sebagai Presiden-Amerika

DigiValet
2017-03-02 12:02 589

SINGAPURA, 2 Mac 2017 /PRNewswire/ -- DigiValet, syarikat yang mencipta penyelesaian bilik tamu berasaskan tablet pertama di dunia yang digunakan oleh hotel-hotel terkemuka di serata dunia, hari ini mengumumkan pelancaran operasi-operasinya di Amerika Utara menerusi perasmian pejabatnya di New York, NY. Syarikat turut mengumumkan pelantikan veteran industri hospitaliti, David Goldstone sebagai Presiden-Amerika.

generated by system

En. Rahul Salgia, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, DigiValet mengulas, "Saya berasa gembira kerana kami berjaya menubuhkan pejabat di Amerika Utara hari ini dan turut berbesar hati atas penyertaan David Goldstone sebagai Presiden-Amerika. David menyertai DigiValet dengan rekod prestasi yang amat berjaya selama lebih dua dekad dalam industri teknologi hospitaliti dan mempunyai jaringan hubungan industri yang tiada tandingan."

"Saya amat teruja dapat menyertai DigiValet ketika syarikat melebarkan sayapnya dan berusaha untuk terus menembusi pasaran Amerika Utara tatkala jenama-jenama hospitaliti dan para pemilik hotel tercari-cari kaedah baharu untuk menarik, menggembirakan dan mengekalkan pelanggan mereka. Kebolehan DigiValet dalam menawarkan pengalaman tetamu yang bersifat transformatif dan bertaraf dunia berserta banyak faedah serentak yang lain, berikrar untuk menjadikannya sebagai rakan industri pilihan," ulas En. Goldstone.

Sebelum menyertai DigiValet, En. Goldstone berkhidmat menerusi pelbagai jawatan pengurusan kanan dalam industri ini. Beliau merupakan penerima Anugerah John Whitaker yang berprestij hasil dedikasi dan usaha inovasi beliau dalam industri perhotelan.

Latar Belakang DigiValet          

DigiValet ialah Penyelesaian Bilik Tamu berciri penuh pertama di dunia yang membolehkan tetamu hotel menggunakan perkhidmatan dalam bilik, selain perkhidmatan yang disediakan oleh hotel. Bermula dengan melaraskan suhu bilik, lampu, warna untuk mengawal TV, memilih filem menggunakan Netflix, menstrim kandungan daripada telefon pintar mereka dan memesan makanan, menempah spa, menempah meja di restoran, kesemuanya menggunakan tablet dalam bilik mahupun telefon pintar mereka.

DigiValet menyediakan hotel-hotel dengan teknologi canggih yang mampu mengubah dan menyesuaikan pengalaman dalam bilik untuk setiap tetamu, dan dalam masa yang sama mengumpul data CRM yang bernilai bagi membolehkan hotel-hotel memperibadikan penginapan tetamu. Mempunyai pejabat-pejabat dan pasukan sokongan di beberapa negara di serata dunia, DigiValet dipasang dalam lebih 12,000 bilik dan angka ini terus bertambah.

Sejak dilancarkan pada tahun 2008, DigiValet menjadi penyelesaian dalam bilik yang dipercayai oleh hotel-hotel mewah terkemuka di dunia, termasuk The Armani Hotels, St. Regis, Andaz By Hyatt, ITC Hotels, Corinthia Hotels, Sofitel SO, The Address Hotels, The Oberoi Hotels.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.digivalet.com

Maklumat Perhubungan Media:
anuradha.paraskar@digivalet.com

Source: DigiValet
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Hotels and Resorts Internet Technology Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion Personnel announcements