omniture

Ferrero - Syarikat Makanan Pertama Dunia diiktiraf Reputation bagi Penarafan 100 Syarikat Terbaik

Reputation Institute and The Ferrero Group
2017-03-02 12:24 1635

ALBA, Itali, 2 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Global RepTrak® 100 Reputation Institute telah menemui syarikat-syarikat yang mempunyai reputasi terbaik di dunia, mengesahkan Ferrero sebagai syarikat Itali terbaik dari segi reputasi bagi senarai tahun 2017.

Tahun ini, Ferrero sekali lagi menjadi syarikat pertama dalam industri makanan. Di samping itu, ia naik satu tempat dengan menduduki tempat ke-17 dalam senarai dunia, dengan mengumpul mata sebanyak 75.45.

Giovanni Ferrero, Ketua Pegawai Eksekutif Ferrero Group mengulas, "Kami berbangga atas kepercayaan yang diberikan pengguna kami di seluruh dunia yang turut disahkan tahun ini, memberi kami kedudukan – dari segi reputasi – tempat pertama di dunia sebagai syarikat makanan serta sebagai syarikat Itali. Ini merupakan satu pengesahan bahawa 'pengutamaan kualiti' adalah kunci utama kejayaan."

Model RepTrak® menilai persepsi pengguna terhadap syarikat-syarikat terbesar di dunia, berdasarkan skala yang mengambil kira tujuh dimensi: produk dan perkhidmatan, inovasi, tempat kerja, tadbir urus, tanggungjawab sosial, kepimpinan dan prestasi.

Berdasarkan lebih 170,000 penilaian yang dikumpul pada suku pertama tahun 2017, tinjauan ini merupakan kajian reputasi korporat terbesar seumpamanya, dan melibatkan penilaian perbandingan, trend mengikut kumpulan demografi dan pandangan unik melibatkan syarikat-syarikat yang paling disegani oleh pihak berkepentingan serta elemen yang mendorong kepercayaan dan tingkah laku sokongan seperti kesediaan membeli produk syarikat, mengesyorkan jenama, melabur mahupun bekerja dalam syarikat.  

Ketahui lebih lanjut di: http://www.reputationinstitute.com/thought-leadership/global-reptrak-100

Latar Belakang Ferrero  

Ferrero memulakan kisahnya di sebuah pekan kecil Alba yang terletak di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Hari ini, dengan pusing ganti disatukan melebih 10 bilion euro, Ferrero merupakan antara peneraju pasaran bagi sektor konfeksi dan merupakan Syarikat ketiga di dunia yang berada dalam pasaran konfeksi coklat.

Ferrero Group diwakili oleh lebih 41,000 kakitangan merentasi 53 negara; ia mempunyai 22 kilang pengeluaran di serata dunia, yang mana 3 daripadanya ialah sebahagian daripada Projek Keusahawanan Michele Ferrero di Afrika dan Asia. Selain itu, pada awal tahun 2015, Syarikat menubuhkan Ferrero Hazelnut Company (HCo) yang membabitkan 6 syarikat pertanian dan 8 kilang pembuatan. Produk-produk Ferrero seperti rangkaian Nutella, Ferrero Rocher, Raffaello, Tic Tac dan Kinder boleh didapati dan dijual di lebih 170 negara; produk-produk ini telah menjadi sebahagian daripada memori bersama dan kebiasaan di kebanyakan negara, yang mana produk-produk ini benar-benar disukai oleh setiap generasi dan sering dianggap sebagai ikon budaya.

Di samping itu, tanggungjawab sosial pula telah sebati dalam Ferrero. Kesegaran dan kualiti tinggi produk, pemilihan bahan-bahan mentah terbaik secara teliti, amalan pertanian yang lestari dan usaha penyelidikan serta inovasi yang berterusan merupakan beberapa elemen utama kejayaan Ferrero.  Tambahan pula, Ferrero terus melabur dalam masyarakat setempat hasil sumbangan Yayasan Ferrero, Projek Keusahawanan Michele Ferrero dan program Kinder+Sport.

Untuk maklumat lanjut layari: http://www.ferrero.com dan http://www.ferrerocsr.com

Maklumat perhubungan media untuk maklumat lanjut:
csr@ferrero.com

 

Source: Reputation Institute and The Ferrero Group
Keywords: Food/Beverages Awards