omniture

Sterlite Tech Pamer Kejayaan Perkhidmatan Bandar Pintar Pertama India di MWC, Barcelona

Sterlite Tech
2017-03-02 23:54 701

BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Perkhidmatan Pintar Bersepadu Termasuk Pengawasan IP, Pencahayaan Pintar, Siar Raya, Pengecaman Wajah, Pusat Perintah dan Wi-Fi Seluruh Bandar di Tempat Umum 

Sterlite Tech [BSE: 532374, NSE: STRTECH], peneraju teknologi global dalam infrastruktur digital lebih pintar mengumumkan pelaksanaan Perkhidmatan Bandar Pintar pertama di India untuk Kerajaan Gujarat. Sterlite Tech mengetuai rekaan, pembangunan dan pengurusan menyeluruh bandar Gandhinagar yang menjadi Ibu Kota Wi-Fi India yang pertama dengan Perkhidmatan Bandar Pintar yang berpusatkan penduduk.

Pelaksanaan yang berjaya ini mendayakan Gandhinagar dengan sambungan Wi-Fi seluruh bandar dan pemasangan subsistem Bandar Pintar bersepadu termasuk Pengawasan CCTV berasaskan IP, Pencahayaan Pintar, Pengecaman Wajah, Sistem Siar Raya, Pusat Perintah Utama dengan Meja Bantuan. Pusat panggilan 24x7 akan menangani aduan dan pertanyaan penduduk. Kesemua Perkhidmatan Bandar Pintar yang dilaksanakan di Bandar Pintar Gandhinagar boleh dikawal dan dipantau menerusi Pusat Perintah Utama. Ia akan membantu kerajaan menawarkan sambungan cekap yang berpusatkan penduduk dan perkhidmatan inovatif serta membawakan perubahan transformatif dalam kehidupan seharian penduduk.

Nikhil Jain, Pengarah Urusan - Elitecore, berkata, "Projek Perkhidmatan Bandar Pintar ialah penanda aras dalam infrastruktur digital dan membawakan pengalaman kehidupan lebih pintar kepada warga Gandhinagar. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Gandhinagar Municipal Corporation dalam mencipta infrastruktur Bandar Pintar yang mewah ini."

Kepakaran Sterlite Tech yang kukuh sebagai Penyepadu Sistem dengan projek kerajaan yang utama membolehkan amalan terbaik dalam pelaksanaan prosedur standard untuk memenuhi objektif bandar pintar. Perkhidmatan Bandar Pintar Gandhinagar, menerusi infrastruktur bandar, berjaya menangani keperluan penduduk dan memperkasakan mereka dengan akses mudah kepada maklumat masa sebenar.

Latar Belakang Sterlite Tech - Elitecore:

Jabatan Perisian Telekom Sterlite Technologies - Elitecore merupakan penyedia produk dan perkhidmatan IT global, menawarkan penyelesaian BSS pra-sepadu, paket-teras dan Wi-Fi pembawa. Elitecore mempunyai lebih 175 pelaksanaan rangkaian di seluruh dunia untuk 59 penyedia Perkhidmatan di lebih 40 negara.  Kumpulan pelanggan Elitecore yang berpuas hati termasuklah 13 daripada 30 pengendali terbaik dunia. Untuk maklumat, sila lawati http://www.elitecore.com

Latar Belakang Sterlite Technologies: 

Sterlite Technologies Ltd [BSE: 532374, NSE: STRTECH], merupakan peneraju teknologi global dalam infrastrutur digital lebih pintar. Dengan fokus penuh dalam perniagaan telekom yang membangun dan menghantar produk komunikasi optik, perkhidmatan penyepaduan sistem dan rangkaian dan penyelesaian perisian OSS/BSS. Ia memiliki rangkaian jualan di enam benua dan lebih 130 paten.


Maklumat Hubungan:
L. K. Pathak
Telefon: +91-9925-012-059
Emel: l.k.pathak@sterlite.com

Source: Sterlite Tech
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Consumer Electronics Internet Technology Trade show news