omniture

ZTE Lancar Penyelesaian Langsung VR E2E

ZTE Corporation
2017-03-03 19:57 629

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi penyelesaian langsung realiti maya (VR) hujung ke hujung (E2E) sempena Kongres Dunia Mudah Alih 2017. Dianjurkan oleh Global System for Mobile Communications Association (GSMA) di Barcelona, Sepanyol, MWC ialah pameran komunikasi tahunan yang paling berpengaruh di dunia.

Menerusi pembangunan menyeluruh jalur lebar dan 4G/5G, industri video besar kini berada dalam tempoh pembangunan yang pesat, dan VR ialah salah satu teknologinya yang utama. Menerusi pengalaman selama hampir 20 tahun dalam industri video dan usaha penyelidikan berterusan dalam teknologi video besar yang canggih, ZTE secara rasminya melancarkan penyelesaian langsung VR E2E, termasuk 4 komponen utama: penangkapan kandungan VR, rangkaian anjal, platform video premium dan kit pembangunan perisian VR (SDK)/kotak set-atas (STB).

Di MWC, ZTE mendemonstrasikan perkhidmatan penyiaran VR P30 2K berkependaman rendahnya, berasaskan rangkaian tanpa wayar dan rangkaian berwayar menerusi video berpanorama 360 darjah dan video tangkapan mudah alih yang dipersembahkan kepada pelanggan yang berkunjung melalui terminal VR, aplikasi telefon bimbit VR dan juga STB. Penyelesaian langsung VR ini memendekkan kelewatan kepada kurang 2 saat dan VR EPG6.0 baharu turut memberikan pengguna dengan pengalaman interaktif terunggul.

Penyelesaian berbilang penghantaran VR berkependaman rendah dapat mengurangkan tekanan rangkaian akses dengan berkesan dan amat mengurangkan CAPEX manakala teknologi pembungkusan dan pengekodan tepat pada masanya memastikan pengagihan kandungan yang cekap serta kualiti langsung VR. Rangkaian penghantaran kandungan (CDN) menyokong pemprosesan serempak besar, bagi memastikan pengalaman langsung VR yang stabil. Mengikut keperluan langsung VR, pengaturan khusus yang pantas dan ajal serta rangkaian lebar jalur tinggi berkependaman rendah turut menjamin kestabilan langsung VR.

Penyelesaian langsung VR E2E ZTE kini disediakan secara komersial. Senario aplikasi adalah luas dan merangkumi hiburan secara langsung, pendidikan VR, perubatan VR dan beli belah VR, membawakan pengalaman video revolusioner kepada pengguna.

Penyelesaian SDK/STB VR E2E daripada ZTE menyediakan pengalaman tontonan yang dipertingkat kepada rumah-rumah di seluruh dunia. Menyepadukan keupayaan penyahkodan VR, HC100 ZTE ialah STB termaju, yang menyepadukan CPU 4-teras super yang utama dalam industri dan GPU 5-teras bagi merealisasikan penyahkodan strim Langsung VR & VOD serta memberikan pengguna dengan pengalaman video VR yang hebat. Bahagian pasaran video besar ZTE terus mendahului dan, setakat ini, mempunyai lebih 90 kegunaan komersial dengan kapasiti sistem sebanyak 80 juta pengguna, selain lebih 100 kegunaan komersial CDN, dengan jumlah kapasiti serentak melebihi 100Tbps. Memiliki 6 juta pengguna, Jiangsu Telecom ialah satu-satunya penyedia IPTV/OTT terbesar dunia. Sewaktu teknologi VR terus meningkat maju, ZTE akan terus memperluas lebih banyak aplikasi dan model perniagaan dalam industri VR, demi menyediakan pengguna dengan pengalaman visual yang lebih jelas.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media:

Margrete Ma                                                      

Daniel Beattie

ZTE Corporation                                                

AxiCom

Tel: +86 755 26775207                                     

Tel: +44 (0)20 8392 8071

Emel: ma.gaili@zte.com.cn                             

Emel: daniel.beattie@axicom.com

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news