omniture

Quai D'Orsay Jadi Peringkat Pertengahan Festival Habano XIX

HABANOS SA
2017-03-03 20:54 558

HAVANA, 3 Mac 2017 /PRNewswire/ --

  • Jenama Quai D'Orsay jadi tumpuan, menandakan peringkat baharu dan cerah bermula dengan reka bentuk semula imej dan pelancaran dua vitola baharu   
  • Tahun ini Alianza Habanos bawakan bersama dua denominasi: Habanos dan Brandy de Jerez. The
  • Pusingan akhir Pertandingan Habanosommelier Antarabangsa bakal diadakan pada 3 Mac  

Festival Habano telah melepasi peringkat pertengahan edisi XIXnya dan meneruskan sambutannya dalam suasana yang mesra dan eksklusif dengan Habano sebagai tema umum.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8054751-mid-point-xix-habano-festival/

Semalam, Laguito menjadi lokasi untuk mengadakan Malam Penghormatan yang dikhususkan kepada Quai D'Orsay, jenama yang telah dicipta pada tahun 1973 oleh Cubatabaco, eksklusif untuk pasaran Perancis. Quai D'Orsay memulakan satu pengembaraan baharu yang mempunyai harapan yang cerah menerusi pelancaran reka bentuk baharunya, mempersembahkan dua vitola baharu dan rangkaian pengedaran antarabangsa untuk pasaran Habanos S.A. yang utama.

Para pengunjung pada majlis malam berpeluang menikmati tiga vitola jenama ini: Coronas Claro, dan No. 50 serta No. 54 baharu, dan juga menikmati vitola daripada portfolio klasiknya, Quai D'Orsay Imperiales, diubah suai semula secara eksklusif untuk majlis makan malam ini. Majlis malam ini turut membawakan kugiran muzik Cuba antarabangsa yang hebat dan koreografi daripada syarikat Maestro Santiago Alfonso.

Para pengunjung yang menyertai Festival Habano XIX juga berpeluang menikmati Alianza Habanos tradisional yang membawa bersama dua denominasi legenda: Habanos dan Brandy de Jerez yang berprestij, dari Sepanyol. Bodegas González ByassBodega Sánchez Romate Hnos.Bodegas Fundador, dan Bodegas Osborne menggandingkan brandi eksklusif mereka dengan dua Habanos yang paling dihargai: Trinidad Vigía dan Partagás Serie D No.4.

Antara aktiviti-aktiviti paling penting sempena Festival ini ialah Pertandingan Habanosommelier Antarabangsa Edisi XVI. Peserta-peserta akhir adalah seperti berikut: Andrea Balzani (Itali), Slavomir Marek Bielicki (UK) dan Felipe Rojas (Chile). Pada pusingan awal, para peserta memperlihatkan pengetahuan mereka tentang Habanos menerusi persembahan menggandingkan hasil ciptaan mereka sendiri yang perlu berbeza dan bersifat inovatif, serta mencicipi tanpa melihat Habanos dan minuman beralkohol. Pada pusingan akhir pula, peserta akan berdepan dengan cabaran memotong dan menyalakan Habano secara praktikal, serta sesi deskriptif merasa dan menggandingkan menerusi minuman beralkohol berbeza, sebagai susulan daripada penganjuran edisi luar biasa terdahulu.

Festival akan melabuhkan tirai pada Jumaat, 3 Mac menerusi Malam Gala yang dikhususkan untuk Línea 1935 eksklusif daripada jenama Montecristo. Malam ini akan turut menyaksikan majlis Anugerah Habanos dan Lelong Humidor tradisional, dengan semua kutipan akan disumbangkan kepada Sistem Kesihatan Awam Cuba.

Izaskun Martínez (Tel: +53-521-243-89) atau Cristina Andreu (Tel: +34-609-46-44-05).

generated by system

Video: 
     https://www.multivu.com/players/uk/8054751-mid-point-xix-habano-festival/

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Entertainment Tobacco New products/services