SYDNEY, 6 Mac 2017 /PRNewswire/ -- SkyPixel, komuniti fotografi udara paling popular di dunia yang beroperasi dengan kerjasama DJI, pada hari Jumaat, melancarkan pertandingan fotografi udara kebangsaan pertamanya bagi menonjolkan keindahan alam semula jadi Australia yang memukau yang dirakam daripada dron dan peralatan aerial yang lain.
Pertandingan Australia From Above, tajaan DJI dan Tourism Australia, bermatlamat untuk menginspirasikan para jurugambar aerial dari serata dunia untuk berkongsi, menikmati dan mengalami perspektif kreatif baharu Australia. Pertandingan ini bermula dari 3 Mac hingga 2 Mei dan mengundang golongan profesional serta peminat untuk berkongsi wawasan mereka terhadap negara ini. Sila layari pautan pertandingan di sini: https://www.skypixel.com/events/australia
"Australia ialah sebuah negara yang pelbagai dan memukau, bermula daripada keluasan yang menginspirasikan pada pantai putih yang bersih kepada kehebatan asli kawasan pedalaman merah yang beraneka," kata Danny Zheng, Naib Presiden Pemasaran DJI. "Peluang merakam landskap ini dari udara memberi kelebihan kepada jurugambar untuk melihat keindahan luar biasa Australia dalam cara yang serba baharu, dan kami tidak sabar-sabar untuk melihat imej-imej menarik ini daripada pencipta imej udara yang memberi inspirasi."
"Fotografi dron semakin menjadi sangat popular di Australia, dengan negara ini merupakan tempat asal semakin ramai jurugambar udara yang amat berbakat," kata Lisa Ronson, Ketua Pegawai Pemasaran, Tourism Australia. "Kemajuan teknologi membolehkan kami menceritakan kisah Australia dengan cara yang tidak dapat dilakukan sebelum ini, dan tahap penglibatan yang diperoleh sewaktu kami berkongsi beberapa klip dron yang menarik ini menerusi saluran sosial adalah begitu luar biasa. Ia benar-benar mengujakan apabila dapat menjadi sebahagian daripada pertandingan yang menyediakan platform hebat untuk generasi baharu pencipta kandungan ini bagi merakam beraneka warna, corak dan tekstur landskap Australia yang begitu pelbagai dan berkongsi semua ini dengan seluruh pelosok dunia."
Hadiah Utama pertandingan Australia from Above merangkumi pakej dron Kombo DJI Inspire 2 Premium, perjalanan selama tiga hari ke pulau Lord Howe untuk dua orang dan perjalanan selama tiga hari ke pulau Kangaroo untuk dua orang. Naib juara pula berpeluang memenangi dron DJI Phantom 4 Pro, dron Mavic Pro dan satu daripada 10 gimbal distabilkan telefon pintar pegang tangan Osmo Mobile. Penyertaan yang berjaya juga akan dipaparkan pada laman sesawang SkyPixel dan juga kepada jutaan peminat dan pengikut DJI dalam platform media sosialnya. Australia From Above disokong oleh rakan-rakan media yang bermurah hati Australian Photography, Drone Magazine dan Capture serta penaja-penaja produk yang lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pertandingan ini dan menghantar penyertaan, sila layari www.skypixel.com/events/australia.
Barisan panel hakim termasuk juri pilihan yang terdiri daripada jurugambar ternama dan individu berpengaruh.
"Saya berharap dapat melihat segala yang akan dikongsi oleh komuniti SkyPixel beberapa bulan akan datang," kata Hille, yang memenangi hadiah utama pertandingan dunia tahunan pertama SkyPixel menerusi imej seorang perenang yang berenang di luar pantai Lucky Bay di bahagian barat Australia. "Sebagai seorang warga Australia, saya menghargai keindahan tanah air saya dan saya berasa gembira apabila mendapat tahu negara saya merupakan negara pilihan untuk pertandingan kebangsaan pertama SkyPixel."
Segala foto sedia dimuat turun di pautan ini: http://bit.ly/2mhmuzJ
Sila sebutkan SkyPixel dan nama individu jurugambar untuk semua gambar yang diambil.
Latar Belakang DJI
DJI ialah peneraju global dalam membangunkan dan mencipta teknologi dron serta kamera yang inovatif untuk kegunaan peribadi dan juga profesional. DJI ditubuhkan dan dikendalikan oleh individu yang amat berminat dengan helikopter kawalan jauh serta pakar dalam bidang teknologi kawalan penerbangan dan juga kestabilan kamera. Syarikat ini dikhususkan untuk menjadikan fotografi udara dan peralatan serta platform pembikinan filem lebih mudah diakses, andal dan lebih mudah untuk digunakan oleh pencipta serta penginovasi di seluruh dunia. Operasi global DJI kini mencakupi benua Amerika, Eropah dan Asia, manakala produk dan penyelesaiannya yang revolusioner menjadi pilihan pelanggan yang berada di lebih 100 negara untuk digunakan dalam industri pembikinan filem, pembinaan, respons kecemasan, pertanian, pemuliharaan dan banyak industri lain.
Latar Belakang Tourism Australia
Tourism Australia ialah sebuah agensi Kerajaan Australia yang bertanggungjawab menarik pelancong antarabangsa ke Australia, untuk aktiviti percutian dan perniagaan. Organisasi ini bergiat aktif dalam sekitar 16 pasaran utama dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk pengiklanan, perhubungan awam (PR) dan program media, pameran perdagangan dan program industri, promosi pengguna, komunikasi dalam talian serta kajian pengguna.
Latar Belakang SkyPixel
SkyPixel (www.skypixel.com) diasaskan pada tahun 2014 dan menjadi komuniti bertaraf global yang utama untuk jurugambar aerial dan jurugambar video. Platform tersebut mempunyai lebih dua juta pengguna berdaftar dan mengehoskan beribu-ribu imej dan video udara yang dimuat naik setiap hari oleh pengguna dari serata dunia. Hasil-hasil kerja terkemuka telah menerima lebih satu juta tontonan. Pertandingan fotografi udara terbesar dunia telah dianjurkan oleh SkyPixel pada tahun 2016, menerima lebih 27,000 penyertaan dari 131 negara. Selain itu, SkyPixel turut menggalakkan kemajuan dalam komuniti pemandangan udara, menerusi bahagian pendidikan yang menampilkan pakar-pakar utama dalam bidang pengimejan udara yang memberikan panduan untuk menghasilkan fotografi udara terbaik.