omniture

G2A kini Bekerjasama Dengan 100 Pembangun dan Penerbit

G2A.com
2017-03-06 10:35 571

HONG KONG, 6 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Pasar permainan digital G2A.COM, bersama penerbit dan program sokongan pembangun G2A Direct, kini bekerjasama dengan 100 pembangun dan penerbit, termasuk Wargaming, Hi-Rez Studios, Introversion dan Superhot Team. Dilancarkan pada bulan Julai 2016, Direct membolehkan pembangun dan penerbit untuk menjual terus kepada 12 juta pelanggan G2A melalui G2A.COM.

generated by system

G2A Direct dicipta untuk menempatkan pembangun sebagai tumpuan utama dalam pasaran G2A ini. Program ini bukan sahaja membolehkan pembangun menjana pendapatan daripada jualan langsung mereka,tetapi juga daripada jualan kandungan mereka oleh pihak ketiga - sesuatu yang tidak ditawarkan oleh pasaran lain. Dengan memanfaatkan kelebihan ini, G2A Direct kini menjadi hos pelbagai gaya permainan,termasuk keluaran besar-besaran serta permainan indie dan item yang terdiri daripada mata wang dalam permainan hinggalah kepada pek permulaan edisi terhad. Wargaming, ahli terbaru Direct, tidak lama lagi akan mengeluarkan empat pek permulaan G2A yang eksklusif untuk World of Tanks termasuk Amerika, Soviet, Jerman, dan veteran, serta Master of Orion Collector's Edition dan Hybrid Wars.

Bergandingan dengan Direct membolehkan pembangun mahupun penerbit untuk memahami dan menggunakan pasaran sebagai alat pemerolehan pengguna dan jualan yang hebat. Direct memberikan pembangun akses kepada audiens baru (12 juta orang) melalui inisiatif termasuk temu bual dan paparan istimewa yang disiarkan di YouTube dan laman web berita G2A sendiri,selain permainan promosi permainan pilihan harian yang biasa, melalui jualan Direct dua kali seminggu, dan pos media sosial. Melalui Direct, pembangun juga boleh mengawal inventori mereka sepenuhnya dan boleh membuat pertanyaan kepada Pangkalan Data G2A untuk menyemak sekiranya kekunci kini tersenarai di G2A, atau telah dijual di G2A sebelum ini, memberikan pembangun kedua-dua akses penuh dan sokongan G2A.

Mariusz Mirek, Pakar Jualan Ke Luar bagi G2A Direct,teruja menantikan kejayaan masa hadapan yang boleh dibawa oleh Direct: "G2A Direct telah jelas membuktikan bahawa G2A merupakan sebahagian penting dalam industri permainan, dan model pasaran itu bukan sahaja untuk pelanggan kami, tetapi juga boleh diterima pakai oleh pencipta kandungan. Kami berbangga menerima kesemua 100 pembangun ini sebagai sahabat serta rakan kongsi, dan yakin bahawa bersama-sama, kami akan terus dapat memberikan sesuatu yang bernilai kepada berjuta-juta pengguna.

Sebahagian daripada nilai yang dimaksudkan adalah produk terbaharu Direct: G2A Deal. Program ganjaran Deal, ciptaan bersama pembangun untuk pelanggan G2A, menawarkan permainan yang boleh dipilih sendiri, kod diskaun, serta lebih ganjaran untuk harga langganan yang rendah. G2A Deal keluaran pertama termasuk permainan CI seperti Lords of the Fallen, Syberia l dan 2 daripada Microïds, Dirt 3 daripada Codemasters, dan SUPERHOT daripada Superhot Team.

G2A.COM memasukkan rakan-rakan baru kepada Direct setiap hari, dan sudah pasti meneruskan usahanya  menyokong kedua-dua pembangun besar dan kecil.

Latar Belakang G2A Direct:

Program G2A Direct menempatkan pembangun dan penerbit sebagai tumpuan utama dalam pasar yang melayani lebih 12 juta pelanggan.

Pembangun dan penerbit yang menjadi sebahagian daripada program ini menikmati:

1.  Bahagian pendapatan sebanyak 89.2% daripada jualan kod permainan melalui G2A Direct

2.  Pilihan untuk menambah Bayaran Pembangun sehingga 10% kepada jualan pihak ketiga

3.  Keupayaan membuat pertanyaan kepada Pangkalan Data G2A untuk menyemak sama ada kekunci kini tersenarai di G2A atau sudah dijual di G2A sebelum ini

4.  Pengurus akaun khusus disediakan dalam waktu bekerja (CET)

5.  Ruang hadapan kedai yang disesuaikan sepenuhnya

6.  Ruang hadapan kedai yang mempamerkan pautan ke saluran media sosial pembangun atau penerbit

7.  Mempamerkan tawaran pembangun di ruang istimewa MENDAHULUI tawaran daripada penjual pihak ketiga

8.  Panel pengguna yang menyediakan kawalan inventori sepenuhnya, kawalan harga serta sejarah jualan

9.  Potensi untuk memasarkan bersama prajualan dan tawaran istimewa menggunakan alat bantuan jualan G2A yang kerap digunakan seperti mel, pos media sosial dan di laman dalaman inventori

10. Akses kepada salah satu daripada audiens permainan yang paling dinamik, muda lagi unik di dunia 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ppr@g2a.com, atau pasukan Direct G2A di developers@g2a.com.

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology Licensing/marketing agreements New products/services