omniture

HEAVENSAKE - Persembahan Kesedaran Khayalan Lebih Baik di American Cathedral di Paris

HEAVENSAKE
2017-03-06 21:09 501

PARIS, 6 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Gambar-gambar Parti Disediakan DI SINI - Kredit Dave Benett Getty

Tanggal 3 Mac 2017, sempena Minggu Fesyen Paris, menyaksikan persembahan kesedaran 'Khayalan Lebih Baik' ('A Better High') HEAVENSAKE bersama sejumlah golongan elit global di American Cathedral di Paris. Pemerintahan bertiga antara para pengasas, iaitu Carl Hirschmann, Benjamin Eymère dan Etienne Russo mengundang rakan-rakan dan teman kreatif untuk menyertai mereka bagi meraikan pelancaran ekspresi kedua HEAVENSAKE: Junmai Ginjo menerusi pengalaman malam menggunakan pelbagai deria termasuk persembahan muzik yang dibawakan oleh DJ Black Coffee dari Afrika Selatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan Agoria serta persembahan secara langsung daripada pemain drum Jepun Yamato. Turut digabungkan ke dalam seluruh pengalaman tersebut merupakan "persembahan kesedaran Saat Akhir" penting melibatkan lebih 1,000 tetamu yang hadir ke acara tersebut. Pada jam 11.45 malam, kesemua hadirin memakai topeng pencemaran berwarna hitam yang dihadiahkan sebagai satu gabungan persembahan seni demi meningkatkan kesedaran terhadap Perubahan Iklim yang mendesak. Ekspresi memberi impak itu dirakamkan oleh jurugambar orang ramai yang ikonik Massimo Vitali, yang diangkat setinggi 5 meter ke udara bagi merangkumkan skala, kedalaman dan graviti seluruh persembahan tersebut. Imej tersebut dilatari oleh hiasan tengah pokok bonsai palsu bersaiz 3 meter yang menggamit perhatian, diterangi dan digantung di atas altar tengah, demi memberi penghormatan kepada warisan Jepun dan keperluan segera untuk menangani isu global yang berlaku masa kini. Para tetamu terus menikmati persembahan dinamik yang meraikan bidang silang budaya bermula daripada muzik kontemporari kepada ekspresi artistik. Malam tersebut merangkumkan etos HEAVENSAKE, terus meneroka perkara baharu, mengubah persepsi dan mengasyikkan tetamu sambil menyajikan pengalaman menarik menikmati sake.

generated by system

Nota untuk Editor:

  • HEAVENSAKE dijual secara eksklusif melalui laman e-dagang HEAVENSAKE WWW.HEAVENSAKE.COM yang dilancarkan pada 3 Mac 2017
  • HEAVENSAKE Junmai Daiginjo
    - GBP90.00
    - 720ml
  • HEAVENSAKE Junmai Ginjo
    - GBP45.00
    - 720ml

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Gabby Wickham, gabby@wickerwood.com, +44(0)7766-688890 atau
Patrick Ellerington, Patrick@wickerwood.com, +44(0)7986-501980

Sumber: HEAVENSAKE

Source: HEAVENSAKE
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Fashion Music