omniture

XCMG pamer barisan produk terkenal di CONEXPO-CON/AGG, tingkatkan penyetempatan produk demi capaian global selanjutnya

XCMG
2017-03-06 21:49 472

LAS VEGAS, 6 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera pembinaan utama global, XCMG akan membawakan 14 produk terkenal dan teknologi terkini ke CONEXPO-CON/AGG 2017, mulai 7-11 Mac di Las Vegas, AS.

Sebagai salah satu daripada tiga pameran perdagangan industri pembinaan terulung, selain Bauma dan Intermat, CONEXPO-CON/AGG dijangka akan menarik 3,800 pempamer dan 125,000 pengunjung profesional. XCMG akan mendemonstrasikan lima mesin pengorek, tiga kren, tiga penggelek jalan, satu pemuat beroda dan satu pelantar penggerudian berputar di kawasan luar ruang pameran Gold Lot bernombor G1000.

Seluruh barisan produk yang bakal dipamerkan di CONEXPO-CON/AGG ialah siri serba baharu yang dilancarkan secara eksklusif untuk pasaran Amerika Utara yang memenuhi piawaian emisi Tahap 4, di samping menjamin prestasi yang kukuh dan kecekapan operasi.

"XCMG dengan rasminya melancarkan program AS pada tahun 2012 dengan melabur terhadap bakat dan sumber bahan bagi mencipta produk untuk pasaran AS di tempat mereka sendiri, kini jurutera AS bekerjasama dengan pereka produk dari kedua-dua negara bagi membangunkan peralatan jentera generasi baharu yang menyasarkan pasaran Amerika Utara," kata Wang Min, pengerusi XCMG.

Antara produk yang bakal dipamerkan di CONEXPO-CON/AGG, ialah transmisi hidrodinamik automatik sepenuhnya pemuat beroda XC949 yang membolehkan kenderaan beradaptasi dengan pelbagai persekitaran kerja dan dapat mengurangkan anjakan kejutan, manakala mesin pengorek yang baru diperkenal dikuasakan oleh enjin pengecasan turbo suntikan bahan api mekanikal yang lebih andal dan menjimatkan tenaga.

XCMG pertama kali menembusi pasaran AS pada tahun 1990-an, sejak itu, produk-produk syarikat telah berkhidmat dalam pelbagai projek infrastruktur di AS. Kini, XCMG mengendalikan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan di AS yang mengkhusus dalam reka bentuk produk dan peningkatan kebolehsesuaian, yang telah berjaya membangunkan lebih 20 model dalam lima kategori utama, eksklusif untuk pasaran Amerika Utara.

"AS merupakan pasaran yang bernilai tinggi untuk XCMG sewaktu syarikat melebarkan sayap ke peringkat dunia. Kami percaya penyetempatan merupakan kunci bagi mencapai kejayaan dalam setiap pasaran serantau dan kami yakin, melalui pelaburan yang dibuat terhadap bakat dan sumber, kami mampu menembusi pasaran Amerika Utara dengan lancar," kata Wang.

Latar Belakang XCMG:

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah perniagaan selama 73 tahun. Kini, ia mengungguli kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini mengeksport ke lebih 177 negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Keywords: Auto Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Trade show news