omniture

ZTE Corporation Capai Penyelesaian dengan Pihak Berkuasa A.S.

ZTE Corporation
2017-03-08 21:16 737

SHENZHEN, China, 8 Mac 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ) hari ini mengumumkan ia telah memeterai satu penyelesaian global dengan kerajaan A.S. berhubung tingkah laku terdahulu berkaitan dengan kawalan dan sekatan eksport A.S. Walaupun perjanjian dengan OFAC berkuat kuasa serta merta, perjanjian dengan DOJ masih menunggu kelulusan daripada Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Utara Texas. Begitu juga, kelulusan Mahkamah terhadap perjanjian DOJ merupakan satu prasyarat sebelum BIS mengeluarkan Perintah penyelesaiannya.

Sebagai sebahagian daripada resolusi tersebut, ZTE bersetuju terhadap penalti jenayah dan sivil sebanyak $892,360,064, dan penalti tambahan sebanyak $300,000,000 kepada BIS yang akan digantung dalam tempoh tujuh tahun dengan syarat syarikat mematuhi syarat-syarat dalam perjanjian dengan BIS dan ZTE akan terus bekerjasama dengan pemantau dan juruaudit pematuhan bebas.

"ZTE mengakui kesilapan yang telah dibuat, mengambil tanggunjawab terhadap kesilapan itu, dan kekal komited terhadap perubahan positif dalam syarikat," kata Dr. Zhao Xianming, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Corporation. "Memulakan prosedur berfokuskan pematuhan dan membuat perubahan kakitangan yang ketara menjadi keutamaan tertinggi dalam syarikat. Kami mendapat banyak pengajaran daripada pengalaman ini dan akan meneruskan usaha kami untuk menjadi model kecemerlangan pematuhan dan pengurusan eksport. Kami komited terhadap ZTE baharu, yang patuh, teratur dan boleh dipercayai."

Dr. Zhao dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Corporation pada April 2016 dengan mandat untuk memimpin ZTE baharu dengan program pematuhan eksport yang terbaik dalam kelasnya.

"Perjanjian yang dicapai membolehkan kami untuk bergerak ke hadapan dalam kedudukan yang lebih kukuh berbanding sebelum ini," sambung Dr. Zhao. "Kami berterima kasih kepada semua pelanggan, rakan kongsi, kakitangan dan pihak berkepentingan yang sentiasa setia bersama kami sepanjang tempoh yang sukar ini. Menerusi perjanjian yang dicapai ini dan program pematuhan kami yang kukuh, kami dengan penuh yakin dapat mengembangkan perniagaan kami dengan pihak pembekal, terus menyediakan penyelesaian teknologi inovatif kepada rakan kongsi kami dan melaksanakan strategi pertumbuhan kami sebagai ZTE baharu."

"ZTE telah memperlihatkan kemajuan besar dalam mewujudkan program pematuhan bertaraf dunia dan saya berharap dapat bekerjasama dengan individu lain dalam barisan kepimpinan syarikat untuk terus membangunkan dan meningkatkan operasi serta proses kami," kata Matt Bell, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Pematuhan Eksport pada November 2016. "Kami sedang menubuhkan pasukan profesional pematuhan berpengalaman global dan latihan pematuhan kami telah diperkukuh dan diperkuat pada setiap peringkat syarikat. Kami terus menilai dan menambah baik dasar serta prosedur untuk mengikuti perkembangan landskap pengawalseliaan yang sentiasa berubah-ubah dan berusaha memperkukuh kelebihan perniagaan strategik yang dimiliki oleh program pematuhan kukuh dalam pasaran. Golongan profesional perundangan dan pematuhan global kami akan terus bekerjasama untuk mengenal pasti risiko dalam syarikat dan terus meningkatkan keberkesanan seluruh program pematuhan kami."

Di bawah kepimpinan Dr. Zhao, ZTE kekal fokus untuk menambah baik prosedur dan kawalannya serta terus mewujudkan budaya pematuhan yang kukuh dalam seluruh organisasi. Beberapa bulan kebelakangan ini, syarikat telah melabur dalam reformasi yang meluas bagi mewujudkan program pematuhan eksport utama termasuk tindakan berikut:

  • Ketua Pegawai Eksekutif dan Kepimpinan Baharu Syarikat. ZTE melantik Dr. Zhao sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif dan membuat perubahan besar-besaran terhadap pasukan pengurusan kanan, kesemuanya telah diberi mandat untuk memimpin ZTE baharu dengan program pematuhan eksport yang terbaik dalam kategorinya.
  • Jawatankuasa Pematuhan Baharu. ZTE menubuhkan Jawatankuasa Pematuhan dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif yang mempunyai kuasa dan bidang kuasa untuk mengubah dengan ketara dasar dan prosedur syarikat, dan menyediakan pengawasan sokongan yang lebih hebat untuk inisiatif pematuhan ini.  
  • Penyusunan Semula Jabatan Perundangan dan Pematuhan. ZTE mengeluarkan pematuhan daripada tanggungjawab jabatan perundangan dan mewujudkan jabatan pematuhan dengan pertambahan jumlah pekerja untuk mewujudkan program pematuhan dengan kebebasan mutlak.  
  • Peguam A.S. Baharu Dilantik Ketua Pegawai Pematuhan Eksport. Ketua Pegawai Pematuhan Eksport baharu, peguam A.S. Matt Bell, dipertanggungjawabkan untuk memantau pembangunan berterusan dan penambahbaikan program pematuhan eksport global. En. Bell mempunyai pengalaman membangunkan dan meningkatkan program pematuhan untuk syarikat-syarikat multinasional utama sepanjang kerjaya beliau.
  • Manual Pematuhan Kawalan Eksport Lanjutan. ZTE mengeluarkan Manual Pematuhan Kawalan Eksport baharu yang diwujudkan bersempena dengan penilaian oleh BIS untuk menyediakan panduan lebih terperinci kepada kakitangan. Kini, ZTE memerlukan Perjanjian Komitmen Pematuhan tahunan daripada semua kakitangannya.
  • Instrumen dan Proses Automatik Baharu. ZTE melaksanakan instrumen pengautomatan perisian yang memeriksa penghantaran daripada ZTE Corporation dan subsidiari tertentu untuk obligasi kawalan eksport. Sistem ini digunakan bagi menentukan item yang tertakluk pada Peraturan Pentadbiran Eksport (EAR), membuat sekatan dan pemeriksaan pihak disekat bagi transaksi tersebut, dan menahan penghantaran yang memerlukan analisis klasifikasi terperinci, permohonan pengecualian lesen, atau permohonan lesen jika perlu. ZTE terus membuat pelaburan besar dalam pengautomatan bagi memperkenalkan kaedah ini kepada subsidiari di seluruh dunia.
  • Latihan Kawalan Eksport Global. ZTE melatih lebih 45,000 kakitangan mengenai kawalan eksport dan sekatan undang-undang, dan dasar syarikat pada tahun 2016. ZTE meneruskan latihan kesedaran umum ini pada tahun 2017, di samping turut memperkenalkan lebih banyak latihan bersasaran untuk fungsi-fungsi kritikal seperti jualan, perolehan, R&D dan rantaian bekalan.

BIS akan mencadangkan agar ZTE dikeluarkan daripada senarai Entiti, tertakluk pada kelulusan mahkamah bagi perjanjian DOJ, pengemukaan rayuan dan pengeluaran Perintah penyelesaian BIS ini.

"ZTE telah mewujudkan perkongsian kukuh dengan banyak pembekal A.S. yang menyokong hampir 130,000 pekerjaan berteknologi tinggi," tekan Dr. Zhao. "Digandingkan dengan usaha terkini untuk menyelaraskan operasi dan kepimpinan inovatif kami terhadap 5G, ZTE akan mempunyai kedudukan yang baik dari segi prestasi positif secara keseluruhan. Syarikat menganggarkan pertumbuhan berterusan dan pengembangan perniagaan selama beberapa tahun akan datang sewaktu kami terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi kami di seluruh dunia."

Latar Belakang ZTE Corporation

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam, manakala produk dan penyelesaiannya dijual kepada lebih 500 pengendali kira-kira di 160 negara. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, Syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. ZTE mengkhususkan sebahagian besar daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media:

Margrete Ma
ZTE Corporation
ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Legal issues