omniture

Penerima Nobel Jules A. Hoffmann Bekerjasama dengan Infinitus Teroka Potensi Peranan TCM dalam Pengaturan Imun

LKK Health Products Group
2017-03-09 05:17 612

GUANGZHOU, China, 9 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Infinitus (China) Company Limited, ahli LKK Health Products Group ("LKKHPG"), menandatangani surat hasrat dengan Profesor Jules A. Hoffmann, pemenang anugerah Nobel dalam bidang fisiologi atau perubatan, berhubung peranan yang beliau mainkan sebagai perunding Infinitus. Infinitus akan memeterai kerjasama strategik jangka panjang dengan Profesor Hoffmann dan rakan-rakan beliau daripada makmal CNRS (Pusat Kebangsaan untuk Penyelidikan Saintifik) di Strasbourg, Perancis, dan akan meneruskan kerjasama erat dalam sistem model imun semula jadi yang mantap bagi meluaskan pemahaman terhadap Perubatan Cina Tradisional ("TCM"), iaitu aktiviti antivirus dan keimunan usus dll., daripada TCM dan untuk membantu aplikasi penyelidikan asas terhadap produk kesihatan herba Cina.

Profesor Jules A. Hoffmann dan rakan-rakan beliau mengunjungi Pusat R&D Infinitus setelah majlis menandatangani perjanjian
Profesor Jules A. Hoffmann dan rakan-rakan beliau mengunjungi Pusat R&D Infinitus setelah majlis menandatangani perjanjian

Profesor Hoffmann mendedikasikan hidup beliau terhadap penyelidikan keimunan semula jadi. Beliau dan rakan-rakan menemui peranan reseptor transmembran Toll, dalam mengesan mikroorganisme patogen. Penemuan prinsip utama ini menyediakan asas untuk memahami pengaktifan tindak balas imun adaptif oleh keimunan semula jadi dan membuka laluan baharu dalam usaha pencegahan dan rawatan penyakit utama berkaitan keimunan. 

Profesor Hoffmann mengulas tentang perkongsian ini dan berkata: "keberkesanan ubat herba Cina kian mendapat perhatian pada masa kini. Peranan pentingnya dalam pengaturan imun menjadi minat akademik global, yang memerlukan pembangunan penyelidikan asas dalam bidang ini. Menerusi pencapaian penting dan kekukuhan mantap dalam segmen penyelidikan dan pembangunan (R&D), Infinitus muncul sebagai rakan kongsi ideal untuk usaha sedemikian."

Infinitus telah mengkhusus untuk menyediakan orang awam dengan produk dan perkhidmatan kesihatan herba Cina berkualiti tinggi selama lebih 20 tahun. Awal tahun 1994, Infinitus membawakan produk kompaun polisakarida pertamanya, Infinitus Health Tonic, yang bertindak untuk mengatur keimunan badan manusia dan mempunyai bahagian pasaran utama di China hingga kini. Pada tahun 2012, Infinitus melancarkan kompaun polisakarida Polysac™, yang mendapat paten daripada China dan Amerika, dan ini mengukuhkan lagi kedudukannya dalam penyelidikan keimunan ubat-ubatan herba Cina.  

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG berkata: "Kerjasama ini akan mengukuhkan lagi keupayaan R&D Infinitus terhadap pengaturan imun dengan TCM, yang membolehkan pengguna mendapat manfaat melalui produk kesihatan herba Cina berkualiti tinggi dengan lebih kesan luar biasa."

Ketahui lebih lanjut tentang LKKHPG: www.lkkhpg.com 
Ikuti kami melalui FaceBook:
 https://www.facebook.com/lkkhpg

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170308/0861702037

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Joint ventures