omniture

Pemberitahuan Strim Langsung Media: Pelancaran Program Vivid Sydney 2017 bakal Distrim Secara Langsung pada 10.30 pagi, Selasa 14 Mac 2017 (AEST)

Destination NSW
2017-03-09 09:00 884

SYDNEY, 9 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Program rasmi Vivid Sydney 2017 akan diumumkan dalam acara media eksklusif di Muzium Seni Kontemporari Australia (MCA) dan distrim secara langsung melalui http://www.vividsydney.com/media-centre pada hari Selasa 14 Mac 2017.

Pelabuhan Sydney di Vivid Sydney 2016 kredit Destination NSW
Pelabuhan Sydney di Vivid Sydney 2016 kredit Destination NSW

Penerbit Eksekutif, Pengarah Kreatif dan Kurator Vivid Sydney akan mengumumkan barisan acara tahun 2017 termasuk penceramah tempatan dan antarabangsa, persembahan muzik, pemasangan cahaya dan unjuran ikon, serta presint yang akan ditampilkan sempena acara tahun ini.

Vivid Sydney, festival cahaya, muzik dan idea terbesar dunia, akan berlangsung selama 23 malam mulai hari Jumaat 26 Mei -- Sabtu 17 Jun 2017.

Vivid Sydney dimiliki, diurus dan diterbitkan oleh Destination NSW, agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan Negeri. Acara ini yang kini memasuki tahun kesembilan, memainkan peranan penting dalam memperkukuh Sydney sebagai hab industri kreatif di rantau Asia Pasifik. Tahun lalu, rekod seramai 2.31 juta orang telah mengunjungi acara ini dari serata dunia.

Bahan-bahan Media sedia dimuat turun termasuk:

  • Program Vivid Sydney 2017 penuh disediakan mulai jam 11.00 pagi hari Selasa 14 Mac 2017 di sini.
  • Siaran media, imej pegun resolusi tinggi dan kandungan video kualiti siaran sedia dimuat turun di sini.

Strim langsung boleh dikongsi melalui Facebook dengan menyiarkan/berkongsi alamat ini: www.vividsydney.com/media-centre.

HUBUNGAN MEDIA:

Katie Lettice, Red Agency
M: +61 0405 470 925
E: katie.lettice@redagency.com.au atau vivid@redagency.com.au 

Jessica Parry, Destination NSW
M: +61 0439 143 566
E: jessica.parry@dnsw.com.au

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170307/8521701456

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Leisure/Travel/Hotels Travel Broadcast feed announcements