omniture

AWE2017 - Tumpuan Masa Depan

China Household Electrical Appliances Association
2017-03-09 11:00 625

SHANGHAI, 9 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Pada 9 Mac 2017, Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai akan menjadi tuan rumah AWE 2017 (Ekspo Perkakasan dan Barangan Elektronik Dunia), yang dianjurkan oleh CHEAA. Lebih 700 syarikat pempamer, ekosistem silang sektor dan industri inovatif serta pelbagai aktiviti secara langsung pastinya akan menggamit perhatian dunia.

Anggaran menunjukkan AWE 2017 akan mengalu-alukan lebih 200,000 pengunjung, dengan jumlah pendaftaran pengunjung luar negara meningkat dengan mendadak. Lapan dewan pameran di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai yang akan menempatkan AWE 2017 ialah Dewan W1 - W5, E1 - E2 dan N1.

Dewan N1 mempamerkan lima jenama utama di bawah Haier Group termasuk Haier, Casarte, Leader, GE dan Fisher & Paykel. Ruang pameran Haier berjumlah melebihi 10,000 meter persegi.

Di dewan W1, zon pameran Midea di sini memenuhi ruang berkeluasan hampir 3,500 meter persegi. Jenama-jenama seperti Hisense, Galanz, Meling, dan Aucma juga boleh didapati di sini.

Di dewan W2, Samsung, LG, Sharp, Skyworth, TCL, Whaley, Konka, PPTV, CANtv, JD.COM, EcoLite, Daewoo, Kohler, Huajie Imi dan jenama-jenama lain mempamerkan produk-produk blokbuster mereka bagi tahun ini. Sementara itu, Huawei bersedia memperkenalkan set lengkap penyelesaian kediaman pintar HiLink.

Dewan W3 menempatkan jenama-jenama barangan putih dan alat-alat ganti yang terkenal di dunia. Antara jenama ini, Bosch, Siemens, Panasonics, Whirlpool, Hitachi dan jenama-jenama isi rumah lain turut mempamer produk mereka.

Dewan W4 merangkumkan perkakasan bersaiz kecil, peralatan mencuci, penjagaan peribadi, barangan elektronik penjagaan kesihatan dan juga alat pemanas. Jenama-jenama Cina dan luar negara yang terkenal seperti Supor, Jiuyang, Karcher, Ecovacs, Vitamix, Laurastar, Lexy, ASD, Tiger, VS dan BaByliss akan dipamerkan di sini.

Dewan W5 mempamerkan jenama termasuk 3M, Canature, Westinghouse, Viomi, Yairz, Ozner, AirProce, Alikes, Emate, K Clean, ABB, antaranya. Terdapat juga Gree dan barisan penuh produk jenama yang merangkumi seluruh rantaian industri di sini.

Dewan E1 merupakan Dewan Perkakasan Dapur. Sebahagian daripada jenama yang dipamerkan termasuk A.O. Smith, Fotile, Robam, Vatti, DE&E, Vanward, Macro, dan Sakura.

Dewan E2 merupakan Dewan Taman Teknologi dan Kediaman Pintar. Taman Teknologi menggabungkan enam segmen utama bagi perjalanan pintar, hiburan pintar, perabot rumah pintar, kesihatan pintar, kepintaran buatan dan penampilan sulung global, serta realiti maya, realiti tambahan, kepintaran buatan dan pengalaman pintar yang lain. RoboMasters, pertandingan robot terunggul dunia, turut berlangsung di sini. Intel, DJI, Tesla, Hit Tech, Machtalk, Roobo dan syarikat-syarikat lain bakal membawakan produk paling mengikuti perkembangan dan terkini serta pengalaman teknologi tinggi paling unik.

Cara.wang
+86-10-67093609
cara.wang@cheaa.com 

Source: China Household Electrical Appliances Association
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news