omniture

Pemacu Voltan Sederhana (MVD) Berkecekapan Tinggi Delta Tingkat Penjimatan Tenaga sehingga 54% bagi Loji Pembakaran Sampah di Taiwan

Delta
2017-03-09 17:20 506

TAIPEI, Taiwan, 9 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Delta, peneraju global bagi penyelesaian pengurusan kuasa dan haba, hari ini mengumumkan teknologi pemacu voltan sederhana (MVD) miliknya berjaya memberi penjimatan tenaga tahunan untuk tiga buah motor (ID Fan) penyedut hawa di loji pembakaran sampah di Taiwan yang mencecah penjimatan sehingga 54%. Nisbah peningkatan penjimatan yang mengagumkan itu, dicapai dengan pengawalan kelajuan putaran motor yang diperlukan yang dihasilkan oleh tiga unit pemacu siri MVD1000 dari Delta, memberikan penjimatan penggunaan tenaga elektrik tahunan kira-kira 1.7 juta kWh bagi unit yang pertama dipasang dan tempoh pembayaran pulangan untuk pelaburan kurang satu tahun.

Victor Cheng, Pengurus Besar Power System Business Group (PSBG) di Delta berkata, "Delta memanfaatkan keahlian utamanya dalam barangan elektronik berkuasa tinggi dan komitmennya terhadap inovasi berasaskan R&D demi untuk menjadi satu-satunya pengeluar utama MVD berjenama canggih di Taiwan kerana sektor industri ini merupakan salah satu daripada bidang yang paling banyak menggunakan tenaga di dunia, oleh yang demikian, penting dalam usaha mencapai emisi karbon yang lebih rendah. Kami berbesar hati melihat usaha sedemikan membuahkan hasil dan berharap dapat menggalakkan pengawalan kecekapan tenaga dalam spektrum aplikasi yang luas dalam bidang metalurgi, semen, penjanaan kuasa, perlombongan dan minyak & gas menerusi teknologi MVD kami."

Siri MVD1000 Delta mempunyai kualiti kuasa input sehingga 97% kecekapan tenaga, pengubahan input berbilang denyut/pulse dan pengawal PID sudah terbina didalam bagi meningkatkan produktiviti dan penjimatan tenaga dalam 3.3~11kV motor yang beroperasi untuk indutri kipas penyedut dan pam, berbanding peredam atau kawalan injap konvensional yang agak tidak cekap. Tekanan lebih rendah pada motor yang terhasil daripada kawalan kelajuan pengunaan tenaga juga dapat meningkatkan jangka hayat peralatan utama dan juga mengurangkan tempoh perbaikan serta  penyelenggaraan. Delta turut menawarkan perkhidmatan nilai tambah yang boleh membantu pelanggan menilai ROI serta membuat anggaran penjimatan tenaga sebelum menyepaduan sistem sebenar.

Lokasi-lokasi lain di Taiwan baru-baru ini memperolehi banyak manfaat yang relevan daripada pemasangan siri MVD1000 Delta. Kilang pembuatan semen mengalami sehingga 51% penjimatan tenaga melalui pengawalan kelajuan motor dalam kipas penyejuk ID tanur berputar, manakala sebuah lapangan terbang antarabangsa melaksanakan penyelesaian MVD semua-dalam-satu padat/kompak yang dapat mengurangkan harmonik input dalam peralatan penyejuk bagi sistem penyaman udara.

Jurucakap Delta:

Jesse Chou, Penolong Kanan Naib Presiden
Tel: +886-2-87972088 Samb. 5520

Maklumat Perhubungan Media:

Komunikasi Korporat
Thomas Chang, Pengurus Kanan
Tel: 886-2-8797-2088  Samb: 5511  
Tel. Bimbit: +886-955-217-311
E-Mel: 
thomas.chang@deltaww.com

Source: Delta
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology HVAC Machinery Oil/Energy