omniture

Dugout -- Platform Bola Sepak Unggul buat Peminat -- Lancar Aplikasi Pertama Seumpamanya

Dugout.com
2017-03-10 19:24 781

LONDON, 10 Mac 2017/PRNewswire/ --

Dugout, platform digital pertama dunia, disokong oleh kelab-kelab dan para pemain terhebat, hari ini melancarkan aplikasi pertama seumpamanya daripada syarikat ini – memberikan peminat bola sepak dengan akses belakang tabir yang tiada tandingan dan kandungan eksklusif terus kepada telefon bimbit dan peranti tablet mereka.

generated by system

generated by system

generated by system

Pelancaran aplikasi ini adalah ekoran kejayaan pengenalan Dugout.com pada akhir November 2016, yang telahpun menyaksikan penyertaan lebih 8 juta pengguna dalam platform, 13 juta paparan halaman dan 37 kelab menghasilkan halaman mereka sendiri – termasuk sembilan kelab terhebat di dunia.

Senarai rakan kongsi yang menarik ini melibatkan A.C. Milan, Arsenal F.C., Chelsea F.C., FC Barcelona, FC Bayern Munich, Juventus, Liverpool FC, Manchester City FC, Paris Saint-Germain dan Real Madrid CF, selain lebih 100 pemain bola sepak yang paling tersohor di dunia.

Presiden Dugout, Elliot Richardson, mengulas:

"Dugout dibangunkan untuk peminat bola sepak di serata dunia – menyediakan tempat terunggul untuk meneroka dan mengakses kelab-kelab dan para pemain terhebat di dunia. Pelancaran aplikasi tersebut adalah saat yang amat penting buat kami kerana kini kami mengetahui para pengguna kami mengakses platform melalui telefon bimbit mereka, dan ini bermakna, kami dapat mula memberikan mereka pengalaman yang lebih hebat, lebih baik dan lebih diperibadikan – dengan jumlah kandungan eksklusif dan asli yang tiada tandingan, dihasilkan oleh kelab-kelab dan para pemain terhebat di dunia yang bekerjasama dengan Dugout dan tidak boleh didapati di tempat lain, percuma sepenuhnya.

Selain kelab-kelab dan para pemain, Dugout bekerjasama dengan individu berpengaruh dan legenda sukan bola sepak terkemuka bagi mencipta halaman profil mereka sendiri dan menghasilkan kandungan eksklusif untuk pengguna Dugout.

85% daripada audiens Dugout kini mengakses platform melalui peranti mudah alih mereka, maka pelancaran aplikasi ialah peringkat penting dalam pembangunan syarikat. Tersedia di App Store dan Google Play, aplikasi ini menyediakan pelbagai ciri baharu termasuk keupayaan untuk peminat mencipta pengalaman peribadi mereka sendiri dengan memilih kelab-kelab dan para pemain untuk diikuti: rakaman video vertikal oleh para pemain melalui telefon bimbit mereka; galeri imej yang mengagumkan; dan fungsi antara muka pengguna baharu untuk menjadikan navigasi dan penemuan kandungan suatu yang ringkas dan bermanfaat.

Turut dilancarkan hari ini ialah pek Pelekat iMessage eksklusif untuk iPhone dan iPad. Tambahan yang menyeronokkan kepada rangkaian produk Dugout bererti peminat bola sepak berpeluang menghantar lebih sedozen pelekat ketika berbual atau melapisinya di bahagian atas foto dalam iMessage.

Kelab-kelab yang telahpun menyertai Dugout ialah: A.C. Milan, Arsenal F.C., AS Monaco FC, A.S. Roma, Atlético Madrid, Barcelona Sporting Club, Bologna FC 1909, C.D. Leganes, Chelsea F.C., Club America, Crystal Palace F.C., Everton F.C., FC Barcelona, FC Basel 1893, FC Bayern Munich, FC Porto, Galatasary S.K., GNK Dinamo Zagreb, Heart of Midlothian FC, F.C. Internazionale Milano, Juventus, Liverpool FC, Maccabi Haifa FC, Manchester City FC, Manchester City Women FC, Olympique De Marseille, Paris Saint-Germain, RCD Espanyol, Real Madrid CF, Santos FC, SC Corinthians Paulista, Southampton FC, Stoke City FC, Sunderland AFC, Swansea City AFC, Tottenham Hotspur, West Ham United.

Setiap kelab dan pemain mempunyai profil khusus Dugout untuk memuat naik kandungan dan berinteraksi dengan peminat, dan selain itu Dugout bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi ini untuk menghasilkan kandungan asli yang berkualiti tinggi. Kandungan ini mengandungi video-video daripada kelab-kelab eksklusif untuk Dugout sebelum video-video dikongsi dengan seluruh pelosok dunia, gaya hidup dan maklumat terkini peribadi daripada pemain, serta siri video asli yang memaparkan kemahiran dan helah bermain bola daripada para pemain yang tidak dapat disaksikan selain melalui Dugout.

Trend mengikuti berbilang kelab -- secara purata, 4.6 kelab bagi setiap orang – didedahkan dalam tinjauan terhadap 25 negara sukan bola sepak utama. Kajian ini juga mendapati peminat kini "menyokong" pemain individu, bermakna bintang-bintang ini membantu memperluas kumpulan peminat global bagi setiap pasukan yang mereka sertai sepanjang kerjaya mereka.

Pada peringkat awal, aplikasi Dugout disediakan dalam lapan bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman, Bahasa Itali, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Catalan, Bahasa Portugis serta Bahasa Indonesia, dan banyak lagi akan ditambah beberapa bulan akan datang.

NOTA UNTUK EDITOR 

Untuk maklumat lanjut dan permintaan untuk menemu bual, sila hubungi Pejabat Akhbar Dugout: dugoutpressoffice@freuds.com / +44 203 003 6613

Source: Dugout.com
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Sports New products/services