omniture

Sitecore(R) Umum Pemenang Asia bagi Anugerah Pengalaman Sitecore 2016

PT Bank Central Asia dan Minor Hotels masing-masing dinobat pemenang kategori Strategi Kandungan dan Inovasi Digital Terbaik
Sitecore Singapore
2017-03-11 00:57 706

SINGAPURA, 11 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Sitecore®, peneraju global bagi pengurusan pengalaman pelanggan, hari ini mengumumkan senarai lengkap barisan pemenang Anugerah Pengalaman Sitecore 2016. Setiap tahun, Anugerah Pengalaman Sitecore mengiktiraf para pelanggan Sitecore dan rakan-rakan kongsi mereka yang menunjukkan dengan selengkapnya sejauh mana penyelesaian Sitecore memberikan pengalaman luar biasa kepada pelanggan dan organisasi mereka sendiri.

Kategori-kategori untuk anugerah 2016 ialah:

  • Strategi Kandungan Terbaik: Pemenang anugerah Strategi Kandungan terbaik menonjolkan strategi pemasaran kandungan digital yang mengubah laman sesawang sesebuah organisasi daripada berfokuskan syarikat kepada berfokuskan pelanggan. Pemenang tahun ini, PT Bank Central Asia Tbk, menunjukkan strategi kandungan diterajui persona, kajian dan proses perancangan yang membawa kepada penciptaan persona dan kandungan, serta sejauh mana kandungan dibawakan melalui saluran yang berkaitan. Melalui Sitecore, PT Bank Central Asia Tbk berjaya membangunkan keupayaan menganalisis pada profil pengunjung laman sesawang, membolehkan bank membuat pelarasan dan meningkatkan strategi pemasarannya agar dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik.
  • Inovasi Digital: Anugerah Inovasi Digital menonjolkan pasukan-pasukan pemasaran yang telah membangunkan persekitaran dalam talian yang benar-benar berfokuskan pelanggan melalui Sitecore® Experience Platform™. Pemenang tahun ini, Minor Hotels, menerobos sempadan segala yang mungkin dilaksanakan dalam talian; menyediakan laman yang benar-benar unik dan bermanfaat yang direka khusus untuk kumpulan sasaran yang terdiri daripada pelancong perniagaan dan percutian. Dengan reka bentuk sesawang responsif yang memukau dan pendekatan berfokuskan pengguna, AVANI Hotels & Resorts baharu direka untuk memudahkan proses tempahan melalui perjalanan pengguna yang lancar dan meningkatkan penglibatan pengguna dalam laman sesawang. Para hakim sedia maklum bahawa kajian yang terlibat dalam merancang dan mereka projek serta fungsi Sitecore adalah penting untuk kejayaan Minor Hotels.

Layari http://www.sitecore.net/Sitecore-experience-awards untuk mendapatkan senarai lengkap para pemenang Anugerah Pengalaman Sitecore 2016 di serata dunia.

"Kami berasa teruja dengan kehadiran para pemenang Anugerah Pengalaman Sitecore tahun ini," kata Scott Anderson, Ketua Pegawai Pemasaran, Sitecore. "Kualiti inovasi, kepimpinan pemikiran dan pemikiran yang berfokuskan pelanggan adalah yang terbaik setakat ini dan kami gembira melihat sejauh mana para pemenang pada masa depan akan memanfaatkan kuasa sebenar pemasaran berkonteks."

Latar Belakang Anugerah Pengalaman

Anugerah Pengalaman Sitecore merupakan pertandingan antarabangsa yang diadakan setiap tahun. Pemenang dipilih dalam beberapa kategori dalam setiap rantau. Senarai pencalonan adalah berdasarkan maklumat daripada rakan kongsi, pelanggan, pihak media, juruanalisis, serta rakan sejawat. Calon diminta menghantar penyertaan yang menggariskan bagaimana mereka menggunakan Sitecore untuk menghasilkan pengalaman luar biasa dengan rasa tersendiri bagi setiap pelanggan dan mencipta lingkungan jenama yang hebat merentasi setiap saluran lalu memberikan hasil perniagaan besar. Para pemenang menunjukkan daya kreativiti dalam paparan, penyepaduan dengan sumber dan aplikasi data beraneka, kemampuan untuk mendidik, memaklumkan, dan menggalakkan tindakan, serta pengalaman pengguna keseluruhan yang menarik.

Layari www.sitecore.net/Sitecore-experience-awards untuk mengetahui lebih lanjut tentang anugerah dan cara menyertai.

Latar Belakang Sitecore  

Sitecore ialah peneraju global bagi perisian pengurusan pengalaman yang membolehkan pemasaran konteks. Sitecore® Experience Platform™ mengurus bahan, membekalkan kepintaran berkonteks, mengautomasikan komunikasi dan mendayakan perdagangan tersuai khusus, mengikut skala. Ia memperkasakan pemasar untuk menyediakan kandungan dalam konteks bagaimana pelanggan melibatkan diri dengan jenama mereka, merentasi setiap saluran pada masa sebenar – sebelum, ketika dan selepas jualan. Lebih 4,900 jenama - termasuk American Express, Carnival Cruise Lines, easyJet, dan L'Oreal --  mempercayai Sitecore untuk pemasaran konteks bagi menyampaikan interaksi tersuai khusus yang menggembirakan audiens, membina kesetiaan, dan memacu hasil.

Maklumat Perhubungan Media
Jacintha Ng
+65 6361 0250
Sitecore@hoffman.com

Sitecore dan Own the Experience merupakan tanda dagangan berdaftar Sitecore Corporation A/S di AS serta negara-negara lain. Semua nama jenama lain, nama produk, atau tanda dagangan adalah kepunyaan pemilik masing-masing. Sitecore berhak untuk menukar produk dan tawaran perkhidmatan, serta spesifikasi dan harga pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.  

© 2017 Sitecore Corporation A/S. Semua hakcipta terpelihara.  

Logo  - http://photos.prnasia.com/prnh/20170309/8521701546LOGO

Source: Sitecore Singapore
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Awards