LOS ANGELES, 13 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Airborne Wireless Network (OTCQB: ABWN) ("Syarikat"), dengan sukacitanya mengumumkan ia telah menandatangani Memorandum Persefahaman ("MOU") dengan syarikat sampingan Pusat Aeroangkasa Jerman (DLR), ViaLight. Menurut MOU tersebut, kedua-dua syarikat akan meneroka usaha penyepaduan sistem komunikasi berasaskan laser dengan sistem jalur lebar bawaan udara yang disiratkan sepenuhnya Infinitus Super Highway™ yang dipertimbangkan Syarikat, bagi meningkatkan dan memaksimumkan kelajuan data melangkaui rangkaian sedia ada masa kini.
Jason T. de Mos, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan dan Pematuhan Penerbangan Syarikat berkata, "Kami percaya setelah dibangunkan, sistem hibrid kami, digabungkan dengan talian radio tradisional dengan laser mampu memberikan sokongan bawaan udara dengan kapasiti amat luas yang dapat menawarkan lebar jalur yang belum pernah disediakan sebelum ini pada kos yang munasabah. Visi kami adalah penggabungan kawalan frekuensi radio untuk mengesan pesawat dengan tepat dalam jaringan, dan keupayaan untuk beralih antara laser dan frekuensi radio bagi tujuan komunikasi data, membolehkan sistem kami yang dipertimbangkan ini beroperasi dengan jayanya dalam keadaan cuaca yang buruk, justeru menawarkan yang terbaik untuk kedua-duanya."
Laser adalah 100% selamat daripada sekatan, serta pemintasan. Ia kekal tersembunyi disebabkan oleh kecapahan alur sempitnya. Sistem komunikasi laser hibrid yang dicadangkan akan memanfaatkan cahaya laser yang selamat untuk mata bagi menghantar data untuk komunikasi jarak ultra jauh. Sistem lebar jalur tinggi yang dicadangkan ini menjadikannya tidak dapat dicapai oleh mana-mana teknologi yang bersaing pada masa kini.
Latar Belakang ViaLight
ViaLight mempunyai pengalaman komunikasi laser yang luas selama lebih 15 tahun untuk senario komunikasi titik-ke-titik di atas tanah, di udara dan juga di angkasa. ViaLight berjaya menggunakan terminal lasernya pada jet pejuang Tornado, membuat penerbangan dengan kelajuan melebihi 750km/j. Teknologinya menawarkan komunikasi kadar data ultra tinggi merentasi jarak yang luas, dan dalam masa yang sama mempunyai kecekapan kuasa yang tinggi serta selamat.
Latar Belakang Airborne Wireless Network
Syarikat ini berhasrat untuk mewujudkan rangkaian tanpa wayar bawaan udara jalur lebar berkelajuan tinggi dengan menghubungkan pesawat komersial yang sedang dalam penerbangan. Dijangkakan bahawa setiap pesawat yang mengambil bahagian dalam rangkaian ini akan bertindak sebagai pengulang bawaan udara atau penghala, menghantar dan menerima isyarat jalur lebar daripada satu pesawat ke pesawat yang lain dan mewujudkan lebuhraya digital di ruang angkasa. Syarikat ini berharap agar rangkaian ini menjadi saluran internet jalur lebar yang berkelajuan tinggi untuk meningkatkan liputan keterhubungan. Syarikat tidak berhasrat untuk menyediakan liputan pelanggan runcit kepada pengguna akhir, tetapi, sebaliknya, bertindak sebagai pengangkut borong dengan pelanggan sasaran, seperti penyedia perkhidmatan internet dan syarikat-syarikat telefon.
Kini, keterhubungan di dunia dapat dicapai dengan menggunakan kabel dasar laut, gentian darat dan satelit. Syarikat percaya bahawa lebuh raya digital bawaan udara Syarikat boleh menjadi penyelesaian untuk mengisi kelompongan keterhubungan dunia. Sebaik sahaja rangkaian ini dibangunkan dan dilaksanakan sepenuhnya, kegunaannya hampir tiada batasan. Rangkaian Syarikat ini, setelah siap dibangunkan, mampu menyediakan keterhubungan berkelajuan tinggi ke kawasan luar bandar, negara-negara kepulauan, kapal-kapal di laut, pelantar minyak dengan kos yang rendah, selain fungsi keterhubungan kepada pesawat komersial dan persendirian yang sedang dalam penerbangan.
Untuk maklumat lanjut sila lihat: www.airbornewirelessnetwork.com
Notis Berhubung Kenyataan Jangkaan:
Siaran ini mengandungi "kenyataan jangkaan" mengikut pengertian peruntukan perlindungan selamat Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian Amerika Syarikat 1995. Kenyataan-kenyataan ini adalah berdasarkan kepercayaan dan jangkaan semasa berhubung pengurusan syarikat dan tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan yang penting. Sekiranya andaian tersirat terbukti tidak tepat atau ketidaktentuan berlaku, keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan.
Risiko dan ketidaktentuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ketersediaan modal; ketidakpastian yang wujud berkaitan pembangunan produk atau teknologi baharu dan beroperasi sebagai syarikat pada peringkat pembangunan; kebolehan kami untuk mengumpul dana tambahan yang akan kami perlukan untuk meneruskan rancangan pembangunan perniagaan dan produk; kemampuan kami untuk membangunkan dan mengkomersialkan produk berdasarkan platform teknologi kami; persaingan dalam industri tempat kami beroperasi dan pasarkan; keadaan umum industri; faktor-faktor ekonomi umum; kesan peraturan industri; kemajuan teknologi; produk dan paten baharu yang dicapai oleh pesaing; kesukaran atau kelewatan pembuatan; pergantungan terhadap keberkesanan paten syarikat; dan pendedahan terhadap litigasi, termasuk litigasi paten, dan/atau tindakan kawal selia.
Hubungi:
info@airbornewirelessnetwork.com
805-583-4302