omniture

Pereka Ikonik Manfred Thierry Mugler Bergandingan Dengan Editor Arkitek Jean-Paul Cassia Luaskan Pengaruh Kreatif!

+Cassia
2017-03-13 20:00 576

NEW YORK, 13 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Jean-Paul Cassia dengan bangganya mengumumkan kerjasamanya dengan salah seorang pencipta reka bentuk yang paling berpengaruh dalam abad ke-21 ini: Manfred Thierry Mugler.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8059951-thierry-mugler-teams-up-jean-paul-cassia/

Jean-Paul Cassia dan Manfred Thierry Mugler telah memutuskan untuk mewujudkan satu perkongsian reka bentuk istimewa untuk hartanah  bertujuan mencipta projek dan destinasi yang menggabungkan kehebatan kreatif Manfred dengan keupayaan Jean-Paul mengilham dan menjayakan projek-projek terbilang.

Bersedia untuk mewujudkan hotel butik dan kediaman yang luar biasa di bawah jenama istimewa "MUGLER HOTELS, RESORTS & RESIDENCES", perkongsian ini akan memanfaatkan bakat Manfred dan pengalaman cemerlang sebagai pengarah Perancis, pereka fesyen, jurugambar, pencipta wangian dan pereka pentas & kostum untuk persembahan dalam reka bentuk istimewa yang menawarkan nilai luar biasa kepada pemaju hartanah, tetamu, penduduk mahupun pelabur.

Projek Hospitaliti & Kediaman Pelbagai Guna di bawah hartanah istimewa "MUGLER HOTELS, RESORTS & RESIDENCES" akan banyak dipengaruhi oleh keupayaan terbukti Manfred mewujudkan persekitaran yang membangkitkan imaginasi dan fantasi kepada orang ramai. Di kesemua MUGLER HOTELS, RESORTS & RESIDENCES, orang ramai akan dapat mengakses muzik, hiburan dan lokasi sosio-budaya yang diilhamkan oleh pengalaman unik Manfred dalam industri hiburan.

Bercakap mengenai peranan baharu sebagai  Pencetus Konsep & Pengarah Kreatif:

"Saya menggunakan fesyen sebanyak mungkin untuk mengekspresi diri saya. Tetapi pada satu ketika, ia tidak mencukupi. Mereka bentuk hotel, projek-projek kediaman dan hiburan adalah lanjutan asal daripada minat saya. Saya gembira dapat berganding bersama Jean-Paul dan saya kagum dengan hasil kerja dan pendekatan beliau dalam reka bentuk. Kami berhasrat untuk mewujudkan projek yang membawa cerita unik, yang  menawarkan lebih nilai kepada Pemaju dan yang terutama, dapat menginspirasi dan menaikkan semangat manusia. "

Jean-Paul Cassia mengulas:

"Saya amat gembira dapat bekerjasama dengan Manfred. Pengalamannya yang cemerlang  serta pendekatan yang berwawasan dalam  reka bentuk melengkapi sepenuhnya apa yang saya cari selama ini untuk hasil kerja saya:  keupayaan untuk membawakan satu cerita hebat yang menepati zaman kita dan dapat mengilhamkan projek yang betul-betul menampilkan kelainan,  membawakan pengalaman bermakna dan bernilai.  Berupaya mentransformasikan pendekatan reka bentuk Manfred yang sukar diciplak ke dalam seni bina dan reka bentuk dalaman kontemporari yang abadi dan mampan akan menjadi satu pengalaman yang paling menyeronokkan. "

LATAR BELAKANG +Cassia 

+ Cassia adalah perunding reka bentuk berjenama tempahan khas yang menawarkan rundingan reka bentuk yang banyak meraih anugerah reka bentuk dalam seni bina, reka bentuk dalaman, penjenamaan dan pemasaran untuk pemaju yang arif menilai trend yang dapat  memacu evolusi hartanah hari ini.

PERTANYAAN

Untuk pertanyaan pemaju sila hubungi: MUGLER.projects@cassia.global

Untuk pertanyaan akhbar sila hubungi: MUGLER.press@cassia.global

Pengurus En. Mugler: jb.rougeot@me.com 
    

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/476839/Cassia_Mugler_Partnership.jpg)
Video: https://www.multivu.com/players/uk/8059951-thierry-mugler-teams-up-jean-paul-cassia/

Source: +Cassia
Keywords: Art Entertainment Fashion