omniture

Nexen Tire Perbaharui Laman Sesawang Global

Nexen Tire perbaharui laman sesawangnya untuk berkhidmat sebagai hab kandungan dan tingkatkan keupayaan digital
Nexen Tire
2017-03-14 13:17 722

SEOUL, Korea Selatan, 14 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar global yang terkemuka, mengumumkan pelancaran laman sesawang global yang direka bentuk semula, dibangunkan dengan mengutamakan aspek digital.

Nexen Tire Perbaharui Laman Sesawang Globalnya
Nexen Tire Perbaharui Laman Sesawang Globalnya

Melalui laman sesawang yang diperbaharui itu, para pengunjung berpeluang mengakses pelbagai maklumat tentang Nexen Tire seperti produk, perkhidmatan, maklumat mengenai tayar secara umum, berita & kempen serta maklumat korporat dengan cara yang lebih mesra digital. Para pengunjung di serata dunia juga dapat menikmati kandungan Nexen Tire yang telah dimuat naik ke Facebook, YouTube, mahupun pelbagai blog, dan berkongsi kandungan daripada laman sesawang dengan platform media sosial yang lain.

"Laman sesawang yang diperbaharui itu, berperanan sebagai saluran pemasaran digital utama Nexen Tire, menyediakan begitu banyak kandungan mengenai pencapaian penting oleh syarikat dengan cara yang lebih menarik untuk berhubung dengan pelanggan global," kata Nexen Tire.

Selain itu, laman sesawang ini membolehkan pelanggan membandingkan dengan mudah ciri-ciri antara produk melalui tab "fungsi Petunjuk Prestasi Utama".

Laman sesawang yang direka dengan antara muka pengguna yang responsif dioptimumkan untuk pelbagai peranti digital seperti komputer peribadi (PC), telefon bimbit dan tablet. Kebolehcapaian web juga ditingkatkan oleh pengoptimuman enjin gelintar, menjadikannya lebih mudah untuk menavigasi maklumat.

"Dalam usaha untuk lebih mendekati pelanggan melalui saluran digital, kami akan terus berinteraksi dengan mereka melalui saluran media sosial dan perkhidmatan mel, serta laman sesawang korporat."

Maklumat lanjut tentang laman sesawang Nexen Tire yang diperbaharui disediakan dalam bahasa Inggeris dan Korea, boleh diakses melalui alamat berikut: www.nexentire.com.

Latar Belakang Nexen Tire 

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, merupakan pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 390 pengedar yang berada dalam 140 negara seluruh dunia (setakat Disember 2016) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan dengan menggunakan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat turut memfokus kepada pengeluaran tayar UHP, yang berasaskan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara di seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat mendapat gelaran 'grand slam' setelah merangkul 4 anugerah rekaan terpenting dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nexentire.com.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170313/8521701614

Source: Nexen Tire
Keywords: Auto Computer/Electronics Internet Technology Transportation Web Site New products/services