omniture

Majlis Tandatangan Perjanjian Kerjasama antara KOOCAN dan MGTV bakal Berlangsung di Beijing

KOOCAN
2017-03-16 06:18 495

BEIJING, 16 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Majlis penandatanganan antara KOOCAN dan MGTV akan berlangsung di Sofitel Wanda Beijing pada 20 Mac 2017. Terdapat ramai golongan elit teknologi dalam majlis tersebut. MGTV dan CIBN akan mengadakan perbincangan mendalam dengan para eksekutif KOOCAN. Rakan media turut diundang ke majlis tersebut.

KOOCAN ialah jenama perkhidmatan video luar negara milik penuh KOOCAN TECHNOLOGY LIMITED. KOOCAN dikhususkan untuk menyediakan Perkhidmatan Hiburan yang komprehensif dan bertaraf profesional kepada pengguna Cina luar negara dan membolehkan mereka menikmati drama-drama TV Cina asli. Slogan kami adalah "Segala yang anda inginkan". Bagi menyebarkan budaya filem dan televisyen Cina serta memahami suara pengguna, produk-produk dihasilkan agar menjadi perkhidmatan yang benar-benar terbaik untuk pengguna kami. KOOCAN menggunakan Internet, melalui lelaran kandungan berterusan demi menyediakan pengguna dengan rangkaian penuh perkhidmatan video dan juga platform hiburan video profesional. Ia membolehkan setiap pengguna KOOCAN menikmati produk baharu serta pengalaman hiburan terunggul.

Produk-produk KOOCAN merangkumi KOOCAN TV BOX dan KOOCAN APP, iaitu dua pembawa kandungan. KOOCAN telah berkembang pesat sejak mula ditubuhkan. KOOCAN juga telah melengkapkan pendaftaran dan digunakan di 30 negara serata dunia. Setakat ini, bilangan pengguna luar negara berdaftar telah mencecah 100,000 orang, dan kami turut mempunyai 20,000 pengguna aktif. KOOCAN ialah jenama perkhidmatan hiburan video Internet anda yang dipercayai.

Jalinan kerjasama dengan projek luar negara MGTV ini menonjolkan sepenuhnya kedudukan produk KOOCAN, menekankan platform perkhidmatan kandungan video berkualiti terbaik untuk pengguna Cina luar negara. KOOCAN akan berganding baharu dengan MGTV, komited untuk menetapkan penanda aras industri, demi mewujudkan "ketangkasan KOOCAN, perkhidmatan KOOCAN dan visi KOOCAN."

Pada masa depan, KOOCAN akan terus mencari pelbagai jenis platform perkhidmatan kandungan bagi menjalin kerjasama rangkaian penuh. Pasukan kami akan menjadi lebih cekap, dan untuk mengukuhkan daya saing dalam industri. Kami akan meluaskan ruang untuk tujuan pembangunan. Kami percaya perkhidmatan berkualiti tinggi dan kandungan yang cemerlang akan membawa KOOCAN ke peringkat tertinggi dalam industri hiburan filem dan televisyen luar negara.

Untuk maklumat lanjut dan muat turun aplikasi "KOOCAN" atau cari Langganan WeChat untuk "KOOCAN888".

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Alex Wang
Tel: +86-159-8988-0508
alex@koocan.com

Source: KOOCAN
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Television Corporate Expansion Licensing/marketing agreements New products/services