SHANGHAI, 16 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Data terkini menunjukkan lebih 41 juta peniaga dan lebih 2 juta ATM mencakupi 160 negara dan rantau menerima kad UnionPay. Lebih 10 juta peniaga dalam talian yang berpangkalan di luar tanah besar China menyokong kaedah Pembayaran Dalam Talian UnionPay.
UnionPay International menawarkan perkhidmatan pembayaran kepada pelancong Cina dan pengembara dunia. Sewaktu meningkatkan fungsi penerimaannya, UnionPay International mengambil kira kecenderungan dan tabiat pembayaran pelanggan luar negara, menyediakan perkhidmatan pembayaran yang selamat dan mudah untuk pelbagai kumpulan pemegang kad.
Melakar "Peta Penggunaan Global" untuk pemegang kad
Kini, UnionPay telah merealisasikan 100% penerimaan di Hong Kong, Macau, Mongolia, Cuba dan UAE. Di bahagian Timur Laut dan Asia Tenggara, lebih 70% peniaga menerima UnionPay. Di AS, lebih 80% peniaga menerima kad kredit UnionPay, manakala separuh daripada peniaga yang menerima kad-kad bank di Eropah menerima UnionPay.
Dengan lebih 70 juta kad UnionPay dikeluarkan di 40 negara dan rantau, lebih banyak jenis peniaga menerima kad UnionPay. Peniaga-peniaga ini bukan sahaja melibatkan kedai-kedai bebas cukai, pusat-pusat membeli belah dan hotel-hotel, tetapi juga membabitkan restoran terkenal, pusat hiburan dan pengangkutan awam. Sebagai contoh, di Singapura, para pemegang kad boleh membayar rmenggunakan kad UnionPay di pasar raya, panggung wayang, stesen minyak dan dalam teksi.
UnionPay turut diterima oleh lebih 10 juta peniaga dalam talian yang berpangkalan di luar tanah besar China. Para peniaga ini bukan sahaja memenuhi kehendak beli belah rentas sempadan para pemegang kad, bahkan turut menyediakan perkhidmatan berciri menerusi tempahan tiket penerbangan dan bayaran tuisyen.
Bangunkan rangkaian penerimaan elegan
Kini, UnionPay International terus berusaha menambah baik rangkaian penerimaannya. Pertama sekali, ia terus meluaskan kesan penerimaannya dan mempelbagaikan senario penggunaan kad. Kedua, ia membangunkan daerah perniagaan utama di luar tanah besar China dan mengoptimumkan pengalaman penggunaan kad. Ketiga, ia mempercepatkan perpindahan cip rangkaian penerimaannya dan menggalakkan pengeluar untuk mengeluarkan kad cip UnionPay. Keempat, ia memperkenalkan QuickPass mudah alih UnionPay bagi memenuhi kehendak pembeli terhadap perkhidmatan pembayaran yang anjal serta selamat.
Setakat ini, UnionPay International telah membangunkan 90 daerah perniagaan utama di AS, Kanada, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand. Di daerah-daerah ini, liputan peniaga UnionPay mencecah lebih 70%, logo UnionPay mudah ditemui dan keistimewaan eksklusif turut ditawarkan untuk pemegang kad UnionPay.
Selain itu, lebih 400,000 terminal POS dalam pasaran-pasaran seperti Hong Kong, Macau, Taiwan, Singapura, Australia, UAE dan Kanada menerima QuickPass mudah alih. Para pelanggan boleh membayar menggunakan kad cip UnionPay dengan tanda "QuickPass" dan telefon pintar didayakan QuickPass di terminal-terminal ini.