omniture

DERMALOG Identification Systems: Biometrik Berbilang Sediakan Keselamatan Maksimum

Dermalog Identification Systems GmbH
2017-03-16 18:00 824

HANOVER, Jerman, 16 Mac 2017 /PRNewswire/ --

CeBIT 2017 - Cegah penipuan identiti dengan penyelesaian DERMALOG "Buatan Jerman"

Sebagai salah satu pelopor dalam pembangunan produk biometrik, Sistem Pengenalan DERMALOG telah mencorak teknologi keselamatan moden dunia. Syarikat biometrik terbesar Jerman telah membekalkan perkhidmatan kepada negara-negara dan kerajaan-kerajaan seluruh dunia menerusi sejarah korporat yang dicatat selama lebih 20 tahun. Mulai 20 – 24 Mac, DERMALOG mempamerkan kegunaan dan kombinasi yang boleh dibuat bagi penyelesaian biometrik yang berbeza. (Dewan 6, Gerai Pameran J39)

generated by system

generated by system

Para saintis DERMALOG terus berusaha membangunkan Sistem Pengenalan Biometrik. Penonjolan Pengecaman Cap Jari, Pengecaman Muka dan Pengecaman Iris dapat dilaksanakan di sini. Ketepatan dan kelajuan algoritma ini dioptimumkan secara berterusan – agar mampu mengenal pasti individu dalam pangkalan data yang luas. Gabungan penggunaan dalam satu projek, penyelesaian berbilang biometrik memberi sumbangan penting terhadap isu penipuan identiti.

"ABIS (Sistem Pengenalan Biometrik Automatik) berbilang mod kami menggabungkan beberapa kaedah biometrik," kata pengasas dan pengarah urusan DERMALOG, Gunther Mull. ABIS ialah pakej perisian yang boleh disuaikan sepenuhnya. Ia menyediakan kebolehan memadan, menyimpan atau memproses ciri-ciri yang diperoleh, dikenali sebagai templat biometrik. Sebagai penyedia berbilang biometrik, DERMALOG mampu menghubungkan, contohnya Pengecaman Cap Jari dengan Pengecaman Muka.

Sistem Kad ID Kebangsaan yang lengkap, Kad ID untuk organisasi Sistem Kesihatan, pasport dan Sistem Kawalan Sempadan hanyalah sebahagian daripada kemungkinannya. Selain itu, Penyiasatan Jenayah, Pelarian dan Pendaftaran Pengundi, perniagaan perbankan serta sistem bayaran dapat ditingkatkan ke tahap yang tinggi menerusi penyelesaian biometrik oleh DERMALOG. Turut merangkumkan perkakas pengimbas portfolio produk "Peneraju Inovasi Biometrik" menyediakan penyelesaian tetap dan mudah alih.

"Keperluan khusus ekoran situasi keselamatan dan keadaan tempatan adalah aktiviti harian kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif DERMALOG, Gunther Mull. "DERMALOG sebagai pengeluar, pembekal dan Penyepadu Sistem mampu melaksanakan penyelesaian dengan amat pantas, walaupun untuk projek-projek sedia ada. "Penyelesaian Siap Guna" kami bersifat andal, intuitif untuk dikendalikan dan paling penting, pantas serta selamat."

Maklumat lanjut tentang produk dan penyelesaian biometrik inovatif daripada DERMALOG disediakan di http://www.dermalog.com.

- Silang rujukan: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) -

Maklumat perhubungan akhbar:
DERMALOG Identification Systems GmbH
Jan Runzheimer
Hubungan Akhbar
Mittelweg 120
20148 Hamburg
Jerman
Tel: +49(40)413227-0
Faks: +49(40)413227-89
Emel: info@dermalog.com

Sumber: Dermalog Identification Systems GmbH

Source: Dermalog Identification Systems GmbH
Related Links:
Keywords: Biometrics Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news