omniture

RCI Alu-alukan Lebih 170 Pusat Peranginan Baharu pada 2016

RCI
2017-03-17 08:00 663

Syarikat pertukaran percutian utama tambah lebih 65 hartanah pada suku keempat 2016 ke dalam rangkaian globalnya dengan lebih 4,300 pusat peranginan bersekutu

SINGAPURA, 17 Mac 2017 /PRNewswire/ -- RCI, peneraju global bagi pertukaran percutian dan merupakan sebahagian daripada rangkaian jenama Wyndham Worldwide (NYSE: WYN), menambah lebih 170 pusat peranginan bersekutu baharu ke dalam rangkaian pertukarannya pada tahun 2016. Penambahan ini, termasuk beberapa pusat peranginan yang masih dalam proses pembinaan, mencakupi setiap benua yang mempunyai penduduk.

 

"Kami berbangga dengan kuantiti dan kualiti hartanah yang kami masukkan ke dalam rangkaian pertukaran RCI® tahun ini," kata Gordon Gurnik, presiden, RCI. "Menerusi jalinan kerjasama dengan jenama-jenama terunggul dalam sektor hospitaliti, kami berpeluang menawarkan 3.8 juta ahli langganan kami dengan dunia pengalaman bagi membantu mereka merancang percutian impian mereka."

RCI menyaksikan pertumbuhan luar biasa di Amerika Latin pada tahun 2016, dengan 60 pusat peranginan baharu ditambah ke seluruh rantau itu. Khususnya, Grand Velas Los Cabos di Cabo San Lucas, Mexico, ialah pusat peranginan yang indah, menyediakan tiga kolam renang tepi pantai bersebelahan Laut Cortez. Dengan pelbagai aktiviti rekreasi disediakan untuk golongan dewasa, kanak-kanak dan remaja, pusat peranginan ini dapat memenuhi keperluan semua peringkat usia, memberikan percutian pelbagai generasi yang menyeronokkan.

Rantau Asia Pasifik juga menyaksikan pembangunan yang agak besar dengan hampir 30 pusat peranginan ditambah secara kolektif. Salah satu daripada tiga pusat peranginan yang ditambah ke dalam rangkaian oleh Cest le vie Resort Izumigo, Hotel Ambient Izukogen Annex di Wilayah Shizuoka, Jepun, yang terletak di kawasan pusat peranginan yang terkenal dengan onsen (mata air panas semula jadi), garis pantai yang indah dan pemandangan indah Gunung Fuji. Para tetamu juga mendapat akses kepada mata air panas di tapak yang berada dalam pusat peranginan ini.

Di Eropah, terdapat juga sejumlah tambahan hebat dalam rangkaian gabungan RCI. Salah satu daripadanya termasuk My House Holiday Village di Mugla, Turki, yang menyediakan batu-batu menarik dan vila-vila stuko yang terletak di sepanjang laluan lereng bukit yang menghadap Laut Aegean. Dengan musim panas dan musim sejuk yang sederhana dan cerah, pusat peranginan ini dapat menarik pelbagai pengunjung dengan gabungan eklektik sejarah, budaya dan iklim Mediterranean yang panas dan lembap.

Program The Registry Collection®, program pertukaran mewah RCI, mengalu-alukan Tonopalo Private Residence Club, hartanah pinggir tasik yang indah dan unik, terletak di tepian Tasik Tahoe yang megah di Tahoe Vista, California, Amerika Syarikat. Pusat peranginan ini mempunyai pantai berpasir sejauh 270 kaki dan merupakan tempat sempurna buat penggemar gunung dan pantai untuk bermain, bermain ski yang terletak berdekatan, meluncur papan salji, berbasikal dan mendaki serta menjalani aktiviti-aktiviti di tasik seperti berkayak, papan kayuh (paddleboarding) dan berlayar yang terletak hanya di luar penginapan tetamu. Para tetamu boleh menikmati semua kemudahan rekreasi yang ditawarkan oleh Tasik Lahoe dengan kediaman tiga hingga empat bilik tidur, dapur, balkoni dengan pemandangan tasik serta keselesaan lain di rumah.

Untuk maklumat lanjut, layari RCI.com atau RCIAffiliates.com.

Latar Belakang RCI
RCI ialah peneraju dunia bagi pertukaran percutian yang melibatkan lebih 4,300 pusat peranginan bersekutu di lebih 110 negara. RCI merintis konsep pertukaran percutian pada tahun 1974, menawarkan ahli-ahlinya dengan kefleksibelan dan kepelbagaian yang lebih baik untuk pengalaman pemilikan percutian mereka. Hari ini, melalui program RCI Weeks® iaitu sistem pertukaran mengikut minggu, dan program RCI Points®, iaitu sistem pertukaran mengikut mata peringkat global yang pertama dalam industri, RCI menyediakan pilihan percutian yang fleksibel kepada 3.8 juta ahli RCI yang melanggan setiap tahun. Program pertukaran mewah RCI, The Registry Collection®, merupakan program terbesar di dunia yang melibatkan kira-kira 200 hartanah bersekutu, sama ada boleh diakses sebagai pertukaran atau masih dalam proses pembangunan di enam benua. RCI merupakan sebahagian daripada kumpulan jenama Wyndham Destination Network dan Wyndham Worldwide (NYSE: WYN). Untuk maklumat tambahan sila lawati pusat media kami atau rciaffiliates.com. RCI juga boleh ditemui melalui Facebook, YouTube dan juga Twitter.

Maklumat Perhubungan Media:

Steven Alessandrini
Steven.Alessandrini@rci.com
+1-(973)-753-8278

Valerie Oppelaar
Valerie.Oppelaar@rci.com 
+1-(973)-753-7474

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141219/8521407668LOGO

Source: RCI
Related Stocks:
NYSE:WYN
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion New products/services