omniture

Tempat Fesyen Bertemu Teknologi: Pameran Perabot Antarabangsa China ke-39 Bermula di Guangzhou

Pameran Perabot Antarabangsa Cina
2017-03-20 09:33 719

GUANGZHOU, China, 20 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China ke-39 (Guangzhou) (CIFF) dengan rasminya dibuka di Kompleks Pameran Import & Eksport China & Ekspo PWTC dari 18 Mac – 31 Mac 2017, dan dijangka menerima lebih 170,000 profesional dari lebih 190 buah negara. Bertemakan "Kehidupan Lebih Baik, Kerja Lebih Baik", pameran tahun ini membawakan 3900 pempamer dari lebih 30 buah negara yang memaparkan perabot moden, hiasan dan tekstil rumah, perabot luar rumah dan produk santai, perabot pejabat, perabot hotel dan juga bahan-bahan perabot.

Perabot Rumah: Rumah Berkualiti, Kehidupan Berkualiti

Seksyen Perabot Rumah membawakan perabot rumah pintar baharu, perabot boleh tukar, pembentukan semula rumah dan perabot neo-Cina dari jenama terkemuka seperti Ashley, Natuzzi, M&D.

Selain itu, CIFF tahun ini menunjukkan citarasa dan gaya hidupnya yang unik dengan mempamerkan pelbagai susun atur dekorasi rumah dan tekstil. Diamond Star, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat, akan mempamerkan lebih dari 1000 produk baharu selepas keluaran pertamanya di Amerika Utara.

Ruang Luar & Santai: Tafsiran Baharu

Bertumpu kepada idea "Jangan Terburu-buru & Nikmati Hari yang Indah", seksyen ruang luar & santai menonjolkan rantaian industri yang lengkap termasuk bahan, rekaan suai tempah, produk berfungsi dan aksesori dari perusahaan-perusahaan terkemuka seperti Meiyaxin, Marstone, Seren, ISOTOP, dan Yalees Textile.

Pejabat Pintar: Pejabat Pintar, Kerja Pintar

Pameran Pejabat mempamerkan topik bergaya perabot yang mementingkan kesihatan dan perabot pejabat pintar, menyerlahkan barangan moden dengan kontur ringkas lagi padat dan sistem teknologi pintar. Jenama ternama Quama membina persekitaran kerja yang elegan dengan menggunakan kurang bahan dan perincian yang lebih lembut.

Teknologi pintar juga akan membuat penampilan dalam seksyen mesin dan bahan mentah. Biesse, pemimpin dalam kerja kayu, menyediakan rangkaian yang menyeluruh untuk perkakas pembuatan bermula dengan perisian rekaan hinggalah kepada alat memotong dan gerudi. Sementara itu, penonton boleh juga melihat siri Armour daripada Kolity dan jalan gelangsar tersembunyi HQ2 dan HQ3 daripada SACA Precision Manufacturing.

"Buat masa ini, CIFF menyediakan satu siri forum sebagai tambahan kepada ciri pameran kami untuk menawarkan peluang tambahan kepada penonton mengikuti pasaran dinamik," kata jawatankuasa CIFF, "Kami berharap semua pelawat akan mendapat pengalaman berguna di pameran ini."

Sila layari: http://www.ciff-gz.com/

Latar Belakang CIFF

CIFF ke-39 (Guangzhou) yang merupakan pameran perabot yang pertama dan terbesar di China akan dianjurkan oleh China National Furniture Association, China Foreign Trade Center (Group), Guangdong Furniture Association, Hong Kong Furniture & Decoration Trade Association dan dihoskan oleh China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp. 

Source: Pameran Perabot Antarabangsa Cina
Keywords: Banking/Financial Service Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news