omniture

Program The Registry Collection (R) Perluas Rangkaian dan Kembangkan Manfaat di Asia

RCI
2017-03-21 08:00 541

SINGAPURA, 21 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Program The Registry Collection®, program pertukaran kemewahan terbesar di dunia telah mengumumkan beberapa pembangunan baharu di pasaran Asia. Jenama ini telah menambah hartanah gabungan baharu, Rakan Niaga Collection baharu dan mengembangkan perkhidmatan pekerja rencam kepada ahli di Asia.

Pada penghujung 2016, destinasi baharu telah ditambah ke dalam program pertukaran melalui gabungan dengan hartanah Grand Gili Kembali Vacation Club di Lombok, Indonesia. Apabila siap pada September 2017, hartanah ini termasuk 13 vila dengan akses ke pantai pasir putih yang cantik dan perairan yang berwarna firus di kawasan Gili Air, Indonesia. Program The Registry Collection kini bermegah dengan 10 hartanah gabungan mewah di rantau Asia Pasifik.

Akhir bulan lalu, ahli program The Registry Collection di Asia menerima akses kepada perkhidmatan pekerja rencam perjalanan VIP serantau dikendalikan daripada Sydney, Australia. Perkhidmatan pekerja rencam dalam perjalanan ini boleh didapati 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, untuk membantu ahli merancang dan menempah perkhidmatan pelancongan tambahan yang membantu untuk meningkatkan mana-mana perjalanan, sama ada mereka melancong dengan The Registry Collection ataupun tidak. Perkhidmatan ini boleh didapati dalam bahasa Inggeris, Cina dan Jepun.

Akhir sekali, The Registry Collection baru-baru ini mengumumkan bahawa City Discovery telah ditambah sebagai Rakan Niaga Collection untuk memberikan ahli diskaun istimewa dan akses ke tempat-tempat menarik dan acara tempatan. City Discovery ialah peneraju dalam industri aktiviti dan pelancongan dan menawarkan katalog dengan pilihan yang meluas untuk aktiviti khusus dan lawatan berpandu persendirian. Tawarannya global, merangkumi destinasi popular di lebih daripada 110 negara termasuk Singapura, Bali, Tokyo, Beijing, dan Bandar Ho Chi Minh.

"Rantau Asia mempunyai potensi yang besar untuk pasaran pemilikan percutian mewah," kata Gregg Anderson, naib presiden global program The Registry Collection. "Dengan pilihan destinasi baharu kami, perkhidmatan pekerja rencam baharu, dan Rakan Niaga Collection baharu, kami terus menambah nilai kepada keahlian di Asia, yang akhirnya menambah nilai kepada produk yang ditawarkan gabungan kami. Kami teruja untuk melihat masa depan rantau ini. "

Untuk maklumat lanjut, kunjungi TheRegistryCollection.com.

Latar Belakang program The Registry Collection®

Program The Registry Collection® ialah program pertukaran mewah terbesar di dunia, dengan lebih kurang 200 hartanah gabungan yang sama ada boleh diakses untuk pertukaran atau sedang dibangunkan. Daripada hotel kondominium dan bahagian resort terkemuka kepada kelab kediaman persendirian dan bahagian kapal layar, program The Registry Collection menyediakan ahli mereka dengan akses kepada rangkaian elit hartanah percutian terbaik destinasi utama di dunia, dan juga perkhidmatan pekerja rencam pelancongan yang boleh didapati 24 jam sehari. Program The Registry Collection ditawarkan oleh RCI, peneraju dunia dalam pertukaran percutian dan sebahagian daripada kumpulan jenama Wyndham Worldwide (NYSE: WYN). Untuk maklumat lanjut lawati pusat media atau TheRegistryCollection.com. Anda juga boleh menjumpai The Registry Collection di Facebook dan Instagram.

Hubungan Media:

Pejabat A.S.:
Catherine Reynolds
Catherine.Reynolds@rci.com
+1-973-753-4662

Pejabat Singapura:
Tania Sim
Tania.Sim@rci.com
+65-64122128

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170202/8521700609LOGO

Source: RCI
Related Stocks:
NYSE:WYN
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services