omniture

Canselor Jerman Kunjungi DERMALOG

Dermalog Identification Systems GmbH
2017-03-21 20:35 521

HANOVER, Jerman, 21 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Sempena CeBIT tahun ini, Canselor Dr. Angela Merkel mengunjungi pengeluar biometrik yang berpangkalan di Hamburg, DERMALOG. Canselor mengunjungi gerai pameran DERMALOG bersama-sama Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe. Tahun ini, Jepun merupakan negara rakan kongsi CeBIT. Bertempat di syarikat biometrik terbesar di Jerman, kedua-dua pemimpin kerajaan tersebut dapat melihat tiga biometrik paling penting yang digunakan: pengecaman cap jari, wajah dan iris, selain sistem biometrik berbilang daripada DERMALOG.

generated by system

Kata laluan dan Nombor PIN telahpun digantikan dengan sistem biometrik - contohnya menggunakan cap jari. Biometrik mudah digunakan dan pengguna tidak lagi perlu mengingati sebarang kata laluan yang menjengkelkan. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DERMALOG Günther Mull memperkenalkan pengimbas cap jari terkini dan "Liveness Detection" kepada tetamu negara. Teknologi ini membantu membanteras penipuan dan menjadikan pengenalan biometrik lebih selamat.

Selain itu, para pengunjung berpeluang melihat sejenis Pengimbas Semua-dalam-Satu baharu, yang mampu merakam cap jari, pasport, tiket dan dokumen lain menggunakan permukaan pengimbas yang sama. Tiada lagi keperluan terhadap peranti berbeza, memandangkan VF1 baharu mampu mengimbas semuanya menggunakan permukaan yang sama. Pengimbas baharu tersebut sesuai untuk ePagar dan Kios, selain pejabat pendaftaran negara dan bank, dan boleh juga digunakan untuk mengakses acara mahupun arena. Memandangkan Sukan Olimpik akan datang bakal berlangsung di Tokyo, Jepun, Perdana Menteri Shinzo Abe memperlihatkan minat yang tinggi terhadap peranti VF1 baharu dan juga jenis unit biometrik mudah alih baharu.

Semasa kunjungan beliau, Canselor melihat dengan dekat Pengimbas Jari ZF1 DERMALOG, yang merupakan sebahagian daripada kelengkapan di pejabat pendaftaran negara Jerman, selain Pengimbas Cap Jari LF10 yang digunakan bagi tujuan pendaftaran pelarian di Jerman sejak tahun lalu. Selain itu, beliau turut ditunjukkan dengan AFIS MASA SEBENAR DERMALOG, yang membolehkan setiap individu ditemui dalam masa tiga saat walaupun dalam pangkalan data yang amat luas.

Menerusi sejenis kios biometrik baharu dua pengunjung berpangkat tinggi ini ditunjukkan bagaimana sistem biometrik berbilang berfungsi. Ini merupakan kombinasi jenis biometrik berbeza seperti wajah dan cap jari. Hanya sekiranya dua atau lebih biometrik adalah sama, akses akan diberikan. Sistem biometrik berbilang digunakan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan.

Sistem biometrik DERMALOG "Buatan Jerman" dan digunakan di lebih 220 pemasangan kerajaan secara besar-besaran dan banyak bank di 83 negara, khususnya untuk mengelakkan penipuan dan pembayaran berganda. Di Filipina, sistem biometrik DERMALOG mencegah berlakunya pengundi berganda. Sistem syarikat selanjutnya digunakan bagi tujuan Kawalan Sempadan dan untuk mengeluarkan passport serta Kad Pengenalan Diri (ID) – apabila diperlukan untuk mencegah berlakunya identiti berganda atau palsu.

Maklumat perhubungan akhbar:
DERMALOG Identification Systems GmbH
Jan Runzheimer
Hubungan Akhbar
Mittelweg 120
20148 Hamburg
Jerman
Tel: +49(40)413227-0
Faks: +49(40)413227-89
Emel: info@dermalog.com

Source: Dermalog Identification Systems GmbH
Keywords: Biometrics Health Care/Hospital Trade show news