BASINGSTOKE, England, 22 Mac 2017 /PRNewswire/ --
Kajian menunjukkan pengguna harapkan pengalaman bebas tunai yang amat lancar menggunakan teknologi mudah alih
91% pengunjung taman tema dan pusat peranginan Jepun dan Malaysia ingin memintas barisan dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit bagi membeli pas laluan pantas dengan slot masa khusus. 89% ingin menggunakan aplikasi untuk membeli tiket masuk mereka dan mendapat kebenaran masuk, hasil dapatan daripada kajian Omnico.
Dapatan tersebut merupakan Barometer Taman Tema Jepun dan Malaysia Omnico pertama yang setiap satunya meninjau harapan daripada 500 pengunjung terkini ke tempat-tempat tarikan utama di negara-negara ini.
"Keputusan ini menunjukkan para pengunjung inginkan aplikasi mudah alih bagi menjadikan kunjungan ke taman tema dan pusat peranginan suatu yang lebih mudah dan menyeronokkan," kata Mel Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif, Omnico Group. "Aplikasi ini adalah penting untuk kehidupan ramai orang dan mereka mengharapkan pengendali taman tema menggunakannya untuk mengelakkan segala susah payah seperti membayar dengan wang tunai atau beratur."
"Sebagai contoh, 85% ingin memutuskan tempat menjamu selera di taman tema menggunakan aplikasi bagi melihat tempat makan dengan tempoh menunggu paling singkat. 63% daripada setiap negara juga ingin menerima tawaran peribadi dan diskaun melalui telefon mereka, mengikut lokasi mereka berada."
Tinjauan tersebut menunjukkan tempahan awal hotel, tiket, tempat menjamu selera, spa dan juga barang dagangan juga merupakan keutamaan jelas dalam kebanyakan pengunjung. 88% ingin membuat pratempahan pas permainan laluan pantas mereka, sebagai contoh, manakala 96% pengunjung Malaysia dan 83% pengunjung Jepun ingin menempah hotel lebih awal. Para tetamu juga ingin menggunakan gelang tangan tanpa tunai prabayar bagi tujuan kemudahan, walaupun angka tersebut adalah jauh lebih tinggi di Malaysia (85%), berbanding di Jepun (61%).
Para pengunjung juga mengharapkan teknologi baharu seperti Realiti Maya dan Realiti Diperkukuh mahupun robot digunakan di taman-taman tema. 70% pengunjung Malaysia berharap dapat melihat pengalaman atau panduan VR dalam tempoh tiga tahun akan datang, berbanding 53% responden Jepun. 42% pengunjung Malaysia dan satu perempat daripada pengunjung Jepun (25%) berharap pembantu digital peribadi jenis Siri disediakan di taman-taman tema masa depan.
"Pelaburan dalam teknologi yang betul kini penting untuk pengendali taman tema," kata Taylor. "Para pengunjung inginkan pengalaman tunggal, terhubung dan mudah merangkumi kemasukan, permainan dan tarikan, kedai dan juga restoran. Para pengendali di Jepun dan Malaysia boleh melihat daripada tinjauan kami bagaimana untuk bersaing dengan berkesan dan memaksimumkan pulangan."
Latar Belakang Omnico:
Teknologi berasaskan Awan daripada Omnico memperkasakan POS dan penyelesaian penglibatan pelanggan dalam sektor-sektor peruncitan, destinasi dan hospitaliti.
Laporan penuh -http://themeparkch.omnicogroup.com/