omniture

Nexen Tire Anjur '2017 Purple Summit, Manchester' untuk Rakan Niaga Seluruh Dunia

Nexen Tire
2017-03-22 09:30 769

 

  • Bersama rakan niaga global serata dunia, Nexen Tire menjalin hubungan lebih kukuh
  • Akan terus manfaatkan kempen 'Purple Summit' untuk terus rancakkan pemasaran perkongsian perniagaan

SEOUL, Korea Selatan, 22 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar global yang terkemuka, mengadakan '2017 Purple Summit, Manchester,' bagi menunjukkan komitmennya terhadap rakan kongsi seluruh dunia.

Nexen Tire Anjur ‘2017 Purple Summit, Manchester’ untuk Rakan Niaga Seluruh Dunia
Nexen Tire Anjur ‘2017 Purple Summit, Manchester’ untuk Rakan Niaga Seluruh Dunia

Menerusi nama 'Purple Summit' – satu kempen pemasaran bersepadu Nexen Tire -- Nexen Tire mula menganjurkan 'Purple Summit' sebagai usaha untuk memupuk dan mengeratkan hubungannya dengan rakan niaga seluruh dunia dan mengukuhkan kedudukan syarikat dalam pasaran global. Tahun ini, rakan niaga bernilai yang terpilih dari 34 negara menghadiri acara ini.

Bersama-sama rakan niaga dari seluruh dunia, Nexen Tire telah menyusun pelbagai aktiviti menarik. Para hadiri berpeluang membina asas bagi menjalin hubungan yang kukuh dalam kalangan rakan-rakan niaga menerusi majlis makan malam yang santai, diikuti dengan persidangan yang menekankan aktiviti-aktiviti pemasaran global Nexen Tire yang mengujakan serta produk-produk berkualiti tinggi di Akademi Bola Sepak Manchester City, diikuti dengan perlawanan bola sepak yang menarik antara Manchester City F.C. dan Liverpool F.C. di Stadium Etihad, stadium utama Manchester City F.C..

Perlawanan ini dianjurkan sebagai 'acara hari perlawanan penaja istimewa', dihoskan oleh Nexen Tire, yang merupakan penaja utama kelab ini untuk musim kedua. Ia merupakan perlawanan penting yang diadakan sejurus selepas Nexen Tire dan Manchester city F.C. mengumumkan penajaan untuk penjenamaan jersi pertama bersejarah EPL pada lengan baju, menawarkan hubungan yang lebih kukuh. Semasa separuh masa perlawanan, Cabaran Kemahiran Nexen Tire diadakan yang membolehkan para peminat menjaringkan bola menerusi tayar Nexen bagi mendapatkan hadiah istimewa.

"Kami berasa bangga dapat menganjurkan '2017 Purple Summit, Manchester' untuk rakan niaga dan pelanggan kami di seluruh dunia, selain menjalin hubungan perniagaan yang lebih erat untuk tempoh jangka panjang," kata Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire. "Kami akan kekal komited untuk melabur dan memperluas perkongsian kami dengan rakan-rakan kongsi kami serta pelanggan di seluruh dunia."

Latar Belakang Nexen Tire  

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, merupakan pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 390 pengedar yang berada dalam 140 negara seluruh dunia (setakat Disember 2016) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan dengan menggunakan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat turut fokus kepada pengeluaran tayar UHP, yang berasaskan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara di seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat mendapat gelaran 'grand slam' setelah merangkul 4 anugerah rekaan terpenting dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nexentire.com.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170320/8521701828

Source: Nexen Tire
Keywords: Auto Sporting Events Sports Transportation Trade show news