omniture

Pertumbuhan Anaplan berterusan dengan lebih 75% peningkatan hasil langganan tahunan berbanding tahun sebelumnya

Anaplan
2017-03-22 21:00 752

Penyedia platform perancangan utama tambah 250 pelanggan baharu dan berkembang ke dalam pasaran baharu, termasuk Jepun dan China  

SAN FRANCISCO, 22 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Anaplan, penyedia platform utama yang memacu era baharu perancangan terhubung, hari ini mengumumkan keputusan tahun fiskal 2017, termasuk pencapaian lebih 75 peratus pertumbuhan hasil langganan tahunan berbanding tahun sebelumnya dan jumlah hasil sebanyak $120 juta.

Anaplan
Anaplan

"Para pelanggan perusahaan dan rakan kongsi Anaplan menerima wawasan perancangan terhubung kami untuk mentransformasi perancangan perniagaan dan melaksanakannya dalam pasaran yang semakin dinamik," kata Frank Calderoni, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Anaplan. "Kami terus mendapat permintaan kukuh terhadap platform perancangan kami yang membantu pelanggan kami menghubungkan perancangan dengan proses membuat keputusan dalam setiap segmen perniagaan. Anaplan memberikan keputusan sangat mantap sepanjang tahun lalu melalui pelaksanaan tekal dalam seluruh syarikat, mengukuhkan kedudukan kami untuk mencapai pertumbuhan hasil yang berterusan."

Anaplan mengalu-alukan lebih 250 pelanggan baharu, termasuk American Airlines, Anheuser-Busch, dan Merck menjadikan kumpulan pelanggannya berjumlah melebihi 660 pelanggan yang berada di lebih 40 negara. Anaplan turut membuka pejabat jualan tambahan di Jepun dan China dan memperluaskan kehadiran pembangunan UKnya di tengah-tengah London.  

Kimberly-Clark, syarikat penjagaan peribadi multinasional Amerika dan pengguna awal platform Anaplan, terus memperluas penggunaan penyelesaiannya pada peringkat global. "Kami telah bekerjasama dengan Anaplan selama beberapa tahun, memperkenalkan penyelesaian tersebut bagi menghubungkan puluhan proses perancangan dalam perniagaan kami, bermula daripada kewangan, sumber manusia hinggalah operasi," kata Jim Miranda, Pengurus Perancangan Tenaga Kerja, Kimberly-Clark. 

Circle K, rangkaian kedai serbaneka antarabangsa, baru-baru ini mengguna pakai Anaplan untuk menyelaraskan dan menghubungkan proses-proses teras dalam rantaian bekalan bahan apinya. "Matlamat Circle K adalah untuk memastikan rantaian bekalan kami adalah bertaraf dunia, dan dengan itu, kami memerlukan kaedah berkesan untuk membuat keputusan pada masa sebenar dan berpandangan jauh. Dengan hanya satu platform, kami dapat memantau prestasi, membuat ramalan dan mengurus senario," kata Magnus Tägtström, Pengarah Kanan Bahagian Pengoptimuman Rantaian Bekalan, Bahan Api Global, Circle K.

Anaplan dipilih sebagai peneraju bagi pengurusan prestasi perusahaan dalam laporan1 Forrester Wave™ 2016, yang memetik "strategi syarikat yang dijelaskan dengan baik untuk melaksanakan teknologi inovatif." Naib Presiden dan Ketua Penganalisis Forrester Paul D. Hamerman menulis, "Anaplan adalah yang terbaik untuk syarikat-syarikat yang mempunyai kes penggunaan perancangan dan pemodelan yang agak rumit dan berintensifkan data dalam kewangan, jualan, pemasaran, operasi dan sumber manusia merentasi pelbagai industri."

Acara kemuncak tahun 2016 yang lain termasuk:

Hub17, acara terunggul daripada Anaplan yang membolehkan para ejen dan pemimpin perancangan perubahan mengetahui tentang era baharu perancangan terhubung, bakal diadakan pada 27–29 Mac di Teater Masonic dan Fairmont Hotel di San Francisco. Para hadirin berpeluang untuk terlibat dalam lebih 120 sesi mendalam dan mendengar ucapan daripada para pemikir seluruh perspektif seperti Dr. Mae Jemison, wanita berkulit gelap pertama ke angkasa. Untuk mendaftar Hub17 dan melihat senarai penuh penceramah, layari laman sesawang Hub17.

1. Forrester "The Forrester Wave™: Enterprise Performance Management 2016 Q4 2016" oleh Paul Hamerman, 6 Oktober 2016.
2. Gartner "Magic Quadrant for Strategic Corporate Performance Management Solutions" oleh Chris Iervolino dan John Van Decker, 31 Mei 2016.
3. Gartner "Magic Quadrant for Sales Performance Management" oleh Tad Travis, 21 Januari 2016

Latar Belakang Anaplan
Anaplan kini memacu era baharu perancangan terhubung. Organisasi-organisasi bersaiz besar dan pesat berkembang menggunakan platform awan Anaplan dalam setiap fungsi perniagaan bagi membuat keputusan termaklum selain memacu proses perancangan yang lebih pantas dan lebih berkesan. Anaplan turut memberi sokongan, latihan dan khidmat nasihat transformasi perancangan. Anaplan ialah sebuah syarikat milik persendirian yang berpangkalan di San Francisco dan memiliki 16 pejabat dan lebih 150 rakan kongsi pakar di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari anaplan.com.

Penafian Gartner
Gartner tidak mengendorskan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam terbitan penyelidikannya, dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penarafan tertinggi atau penetapan lain. Terbitan penyelidikan Gartner mengandungi pendapat daripada organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, secara tersurat atau tersirat, berhubung penyelidikan ini, termasuk mana-mana jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/428852/Anaplan_Logo.jpg

 

Source: Anaplan
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources Licensing/marketing agreements Trade show news