omniture

Frederic Lafargue Memenangi Anugerah Foto Terbaik Tahun 2017 di Anugerah Foto Istanbul Anadolu Agency kali ke-3

Anadolu Agency
2017-03-27 09:00 469

ISTANBUL, 27 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Diambil oleh jurugambar Frederic Lafargue untuk Paris Match, sebuah imej yang hebat yang memaparkan kesukaran melarikan diri daripada Daesh, telah terpilih sebagai Gambar Terbaik Tahun 2017 oleh juri antarabangsa Anugerah Foto Istanbul kali ke-3.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8068351-lafargue-frederic-wins-photo-award-2017/

generated by system

Gambar itu yang diberi tajuk "Escaping Daesh" memaparkan perjalanan yang menakutkan bagi seorang wanita hamil yang mempertaruhkan nyawanya mengharungi keadaan yang amat memeritkan, dalam usaha untuk tiba ke tempat selamat, dari sebuah daerah berhampiran Mosul yang dikelilingi oleh kumpulan pengganas Daesh.

Aris Messinis memenangi hadiah tempat pertama bagi Kisah Berita yang dilaporkannya untuk AFP. Adam Pretty menerima anugerah Solo Sukan manakala Patrick Smith mendapat tempat pertama bagi Kisah Sukan. Mary Gelman mendapat anugerah Kisah Potret tetapi tiada gambar yang diiktiraf layak oleh para juri untuk memenangi kategori Solo Potret. Kemal Jufri memenangi tempat pertama untuk Kisah Alam & Alam Sekitar dan Johny Miller memenangi tempat pertama untuk Solo Alam & Alam Sekitar. Juri menganugerahkan Anugerah Jurugambar Muda kepada Hosam Salem, seorang jurugambar bebas yang bertapak di Gaza. Untuk ringkasan keseluruhan kesemua pemenang, sila lawati: http://istanbulphotoawards.com/Default.aspx

Gambar-gambar tersebut diadili oleh barisan juri professional antarabangsa di Cappadocia ada 19-22 Mac 2017. Turkish Airlines adalah merupakan Penaja Rasmi Penerbangan bagi pertandingan ini. Agensi Kerjasama dan Koordinasi Turki (TIKA) turut sama mendokong acara itu.

Juri 2017  

Kembali sebagai sidang juri ialah Pengarah Pusat Fotografi Shanghai, Liu Heung Shing, Perunding Media, Georges De Keerle, Pengarah Pembangunan Perniagaan Foto AFP, Michel Scotto, Ketua Editor Berita Visual Anadolu Agency, Ahmet Sel, dan Editor Fotografi Anadolu Agency, Firat Yurdakul.

Juri-juri lain termasuklah: Editor Digital bagi berita mingguan Paris Match Marion Mertens, Wartawan Foto agensi NOOR Yuri Kozyrev, jurugambar Getty Images Cameron Spencer, dan Liza Factor, seorang kurator yang terkenal dengan karya-karya multimedia beliau.

Untuk maklumat lanjut berkaitan para juri, sila lawati http://istanbulphotoawards.com/Jury.aspx

Yuri Kozyrev berkata, "Saya sangat gembira, berpuas hati dan bangga kerana gambar ini menjadi pemenang. Saya merasakan ia amat penting untuk mengingatkan semua tentang apa yang sedang berlaku di Iraq. Saya masih ingat semasa saya melihat gambar ini pada muka hadapan NYT. Saya sungguh kagum kerana dia berada di sana tepat pada masa dan tempatnya dan pada ketika itu, tidak ramai pelarian yang melarikan diri. Selepas itu kita menyaksikan ribuan orang cuba melarikan diri. Saya merasakan ada suatu rasa keintiman. Cara gambar ini diambil adalah sesuatu yang berbeza dengan apa yang kita saksikan selepas itu. Jurugambar ini telah berjaya merakamkan sesuatu yang penting lebih awal lagi. Beliau menunjukkan kepada kita, petanda pertama bagi permasalahan itu. Bagi saya, ianya bukan klisé. Ia adalah suatu detik yang mengagumkan."

Hadiah tunai berjumlah US$133,000

Pertandingan ini menganugerahkan hadiah kepada 22 jurugambar dari 17 negara. Pemenang Gambar Terbaik Tahunan menerima hadiah tunai US$10,000 dan pemenang hadiah pertama bagi kesemua kategori menerima hadiah tunai US$8,000. Pemenang tempat kedua menerima hadiah tunai US$5,000, manakala pemenang tempat ketiga mendapat US$3,000. Pemenang Jurugambar Muda juga turut menerima US$3,000.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pertandingan tersebut, sila lawati http://istanbulphotoawards.com/

Pautan 

Twitter: https://twitter.com/IstPhotoAwards 
Facebook: https://www.facebook.com/IstanbulPhotoAwards?ref=hl 
Instagram: istanbulphotoawards 
Hubungi:Esra Kireçci, +90-530-067-5957 istanbulphoto@aa.com.tr

Sumber: Anadolu Agency

Source: Anadolu Agency
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service Awards