omniture

ICIS Tingkat Penanda Aras Gas Eropah dengan Pelancaran Kontrak Dolar AS

ICIS
2017-03-28 04:42 672

LONDON, 28 Mac 2017 /PRNewswire/ -- ICIS, penyedia risikan harga dan pasaran utama untuk sektor tenaga, bahan kimia dan baja global, memperluas cakupan pasaran gas Eropahnya, menjadikan rangkaian penilaian gas UK dan benua Eropah miliknya tersedia dalam nilai dolar AS.

Maklumat harga tambahan memperlihatkan perkaitan yang semakin meningkat bagi hab-hab gas Eropah untuk peserta di kedua-dua Amerika Utara dan Asia. Hubungan fizikal yang semakin berkembang antara pasaran gas serantau menunjukkan terdapatnya keperluan yang semakin meningkat terhadap harga andal yang boleh dibandingkan di seluruh dunia.

Dengan jumlah sehingga 66 juta tan kapasiti eksport LNG yang dijadual bakal beroperasi dari AS menjelang akhir tahun 2020 dan jangkaan bahawa Eropah akan menjadi suatu destinasi utama, penilaian hab gas NBP dan TTF ICIS adalah rujukan harga yang bernilai untuk rakan niaga fizikal dan kewangan. 

"Kargo-kargo LNG AS telahpun diletakkan harga dan dilindung nilai melalui dua hab gas utama Eropah, tanpa mengira sama ada kapasitinya dihantar ke Eropah," kata Ben Wetherall, ketua bahagian gas di ICIS. "Ia merupakan satu trend yang akan berterusan memandangkan lebih banyak LNG didatangkan dari Amerika Utara."

Penilaian dan indeks harga bebas yang diterbitkan oleh ICIS adalah beberapa penanda aras yang paling banyak didagangkan dan dirujuk merentasi pasaran gas Eropah, membolehkan para peserta mengurus risiko dengan yakin.

ICIS menilai 35 kontrak hadapan untuk kedua-dua hab NBP dan TTF. NBP didagangkan dalam peni setiap terma manakala TTF dilunaskan dalam nilai euro bagi setiap megawatt-jam. Kontrak-kontrak ini kini disediakan dalam nilai dolar AS bagi setiap juta unit termal British.

Para pelanggan European Spot Gas Markets (ESGM) dan LNG Markets Daily (LMD) akan mendapat akses kepada kontrak-kontrak ini melalui FTP dan harga-harga utama turut dipaparkan dalam PDF harian.

Latar Belakang ICIS   

ICIS ialah agensi pelaporan harga bebas yang menumpu pada pasaran tenaga, petrokimia dan baja global, dan kami telah menguasai pasaran kuasa elektrik UK yang kompleks hampir selama dua dekad. Setiap hari, kami menilai kontrak kuasa elektrik untuk lebih 40 tempoh penyerahan berbeza hanya untuk pasaran UK sahaja. Analisis dan data yang kami berikan digunakan secara meluas sebagai harga rujukan dalam kontrak tenaga. Matlamat kami adalah untuk memberikan syarikat-syarikat dalam pasaran komoditi global dengan kelebihan daya saing dengan menyediakan data harga dipercayai, berita bernilai tinggi, analisis dan perundingan bebas, yang membolehkan pelanggan kami membuat keputusan perdagangan dan perancangan yang lebih bermaklumat. Memiliki kakitangan global seramai lebih 800 orang, ICIS mempunyai kakitangan yang ditempatkan di Houston, Washington, New York, London, Montpellier, Dusseldorf, Karlsruhe, Milan, Mumbai, Singapura, Guangzhou, Beijing, Shanghai, Yantai, Tokyo dan Perth. ICIS ialah satu divisyen dalam Reed Business Information, sebahagian daripada Reed Elsevier Plc.

Memiliki kakitangan global seramai lebih 800 orang, ICIS mempunyai kakitangan yang ditempatkan di Houston, Washington, New York, London, Montpellier, Dusseldorf, Karlsruhe, Milan, Mumbai, Singapura, Guangzhou, Beijing, Shanghai, Yantai, Tokyo dan Perth. ICIS ialah satu divisyen dalam Reed Business Information, sebahagian daripada Reed Elsevier Plc.

https://www.icis.com/

Latar Belakang Reed Business Information  

Reed Business Information menyediakan maklumat, analisis dan data kepada golongan profesional perniagaan seluruh dunia. Produk dan perkhidmatan global kami yang kukuh memperoleh kedudukan utama dalam pasaran merentasi pelbagai sektor industri termasuk perbankan, petrokimia dan penerbangan yang membolehkan kami membantu pelanggan membuat keputusan strategik yang penting setiap hari. RBI adalah sebahagian daripada RELX Group, penyedia maklumat dan analisis utama dunia untuk pelanggan profesional merentasi industri. http://www.reedbusiness.com

Latar Belakang RELX Group 

RELX Group ialah penyedia maklumat dan analisis utama dunia untuk pelanggan profesional dan perniagaan merentasi industri. Kumpulan ini berkhidmat kepada pelanggan di lebih 180 negara dan mempunyai pejabat hampir di 40 negara. Ia menggaji kira-kira 30,000 kakitangan yang separuh daripada mereka ditempatkan di Amerika Utara. RELX PLC ialah syarikat pegangan tersenarai di London yang memiliki 52.9% daripada RELX Group. RELX NV ialah syarikat pegangan tersenarai di Amsterdam yang memiliki 47.1% daripada RELX Group. Saham ini didagangkan dalam Bursa Saham London, Amsterdam dan New York menerusi simbol saham berikut: London: REL; Amsterdam: REN; New York: RELX dan RENX. Jumlah permodalan pasaran adalah kira-kira 31.0bn GBP / 35.9bn Euro / 38.7bn USDhttp://www.relx.com

Untuk pertanyaan media, hubungi:
Ben Wetherall
Ketua Bahagian Gas
ICIS 
T: +44(0)20-7911-1786
Ben.Wetherall@icis.com

 

Source: ICIS
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Oil/Energy Utilities New products/services