omniture

Permulaan Yang Baik, Perintis Terpesona di Prapelancaran Oud Essentials di Malaysia

Oud Essentials
2017-03-28 09:00 537

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Membawakan bahan luar biasa dan ajaib iaitu minyak Oud 100% asli dan organik kepada pasaran penjagaan kulit dunia, Oud Essentials mengadakan prapelancaran rangkaian produk mereka untuk kumpulan pakar industri terpilih.

generated by system

generated by system

Kisah Oud Essentials bermula sejak beribu-ribu tahun lalu, memanfaatkan bahan-bahan paling berharga dalam alam semulajadi untuk rangkaian produk penjagaan kulit dan aksesori buat pertama kalinya, menerusi prospek dan hasrat yang jelas untuk merevolusikan industri yang begitu berdaya saing ini.

Ditonjolkan dalam setiap produk(item) bagi rangkaian Oud asli Oud Essentials – diperoleh secara berterusan(mampan) dan dihasilkan secara beretika daripada ladang-ladang pokok Aquilaria di Asia Tenggara, dan ditapis dengan sempurna di kilang penapisan khusus yang dimiliki dan diurus oleh salah sebuah syarikat bersekutu Oud Essentials. Dengan memberikan penghormatan kepada alam sekitar dan masyarakat yang tinggal dan bekerja di dalam dan sekitar ladang, Oud Essentials boleh berbangga dengan tahap penyepaduan vertikal dan kesedaran sosial yang diterapkan untuk menjadi penanda aras industri.

"Kami tidak mengharapkan permulaan yang lebih baik," kata Anthony Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Oud Essentials, Asia-Pasifik. "Reaksi pengunjung dan tetamu kami terhadap kisah dan produk kami mengatasi jangkaan saya. Kami membawa mereka menjelajah kawasan ladang, agar mereka boleh melihat dari mana asalnya Oud dan cara kami menghasilkannya, dan kemudian membawa mereka ke pejabat kami di Kuala Lumpur bagi memperkenalkan mereka dengan produk kami. Dewasa kini, semakin banyak orang yang mementingkan kesedaran terhadap alam sekitar dan asal usul yang diketahui terhadap produk yang mereka gunakan, dan kami menunjukkan kepada mereka setiap langkah dalam proses tersebut. Dengan hanya menyaksikan reaksi mereka membuat kami berasa amat bangga, dan benar-benar yakin bahawa kami sedang mengusahakan sesuatu yang amat istimewa."

Syarikat yang berpusat (berpangkalan) di Switzerland, beribu pejabat di Geneva, bakal dilancarkan tidak lama lagi di Asia, sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan globalnya yang bercita-cita tinggi, dan pengunjung yang mengunjungi hub (hab) Asia Oud Essentials dan pejabat sokongan di Kuala Lumpur disediakan (disajikan) dengan ceramah bermaklumat dan memberi gambaran jelas daripada kakitangan utama syarikat.

Jean-Marc Dufat, Ketua Pegawai Eksekutif Oud Essentials – Eropah, pakar dalam bidang farmasi perubatan (galen) dan individu berwawasan di sebalik jenama ini, menjelaskan sejauh mana kisah tersebut tercetus dan bagaimana minat beliau terhadap Oud telah memudahkan proses tersebut, manakala Vienna Lee Wien Chian membawa kesemua pengunjung melihat unsur-unsur konstituen dan komposisi dalam rangkaian produk yang bakal 'mengubah wajah bidang penjagaan kulit'.

"Saya telah lama memikirkan untuk melakukan sesuatu seperti ini sejak hampir beberapa tahun lamanya," kata Dufat, "dan ia memerlukan banyak usaha penyelidikan dan pembangunan. Kini, saya berasa amat gembira dengan kedudukan kami dalam usaha membawakan Oud kepada lebih ramai khalayak, dan saya yakin rangkaian produk kami akan mencetuskan 'perubahan' dalam pasaran. Itulah yang ingin kami lakukan; mengubah sesuatu; membuatkan orang ramai lebih sedar dan peka dengan persekitaran mereka selain kesihatan peribadi mereka. Kami berusaha memenuhi keperluan kumpulan pelanggan baharu – mereka yang memahami kisah kami dan menghargai apa yang kami cuba lakukan."

Kesemua pengunjung dan tetamu pada acara selama tiga hari itu mengesahkan bahawa mereka gembira dengan kedua-dua organisasi dan layanan yang diberikan kepada mereka oleh pasukan Oud Essentials.

"Saya amat terpesona dengan kisah ini," kata Sam Ortega, salah seorang pengunjung dari Filipina dan orang dalam industri yang berpengalaman. "Saya berasa amat kagum dengan produk ini dan saya suka dengan apa yang Oud Essentials cuba bawakan untuk mengubah keadaan dalam industri – dari segi apa yang mereka hasilkan, selain cara mereka berhasrat untuk menjual produk mereka. Saya sudah lama tidak berasa teruja seperti ini tentang suatu jenama baharu, namun menjadi sesuatu yang berbeza pada zaman ini adalah sesuatu yang baik, dan amat tepat pada masanya. Terdapat banyak syarikat dan produk di luar sana yang memberikan segala jenis dakwaan dan jaminan, namun saya berpendapat Oud Essentials adalah tawaran sebenar."

Regenerating Serum, Dual-Phase Oil, Eye Serum, Oud Blanc daripada Oud Essentials – krim pemutih mewah - dan Oud Bracelets, akan mula disediakan beberapa minggu akan datang, sewaktu jenama baharu dan inovatif ini bersiap sedia untuk muncul bagi 'mengubah wajah bidang penjagaan kulit' dalam pasaran global.

Oud Essentials

Jenama baru (baharu), wajah baru (baharu) dan nama baru (baharu) dalam industri penjagaan kulit global, Oud Essentials meningkatkan ciri-ciri dan kualiti luar biasa gaharu dan minyak Oud menerusi rangkaian produk yang dihasilkan untuk menjadi sebahagian daripada regimen penjagaan kulit dan satu pendekatan terhadap gaya hidup sihat yang menghayati sebuah kisah pembuatannya selama beribu-ribu tahun lama.

Menerusi produk sebenar untuk individu sebenar dalam dunia sebenar, rangkaian produk penjagaan kulit Oud Essentials, berserta barangan kemas direka indah dan campuran semulajadi (semula jadi) yang dirumuskan untuk menggalakkan kesejahteraan rohani dan fizikal, mewujudkan (merangkumi) perintis semangat inovasi dan daya kreativiti (yang rintis), dengan memberi penghormatan terhadap alam sekitar, komuniti(masyarakat), dan konsep pemeliharaan (kelestarian) yang kini mempunyai kepentingan buat kita semua.

Kesemua Oud yang digunakan dalam rangkaian produk Oud Essentials diperoleh secara mampan, dihasilkan secara beretika dan mendapat kelulusan dan pensijilan penuh daripada CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Terancam).

Source: Oud Essentials
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics New products/services