omniture

Pacific Mutual Jangka Peluang Pertumbuhan Besar Dalam Pasaran Pelaburan Patuh Syariah

Pacific Mutual Fund Bhd
2017-03-28 11:58 543

PETALING JAYA, Malaysia, 28 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Dalam satu kenyataan hari ini, Pacific Mutual Fund Bhd, sebuah syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group, dengan sumber dalaman untuk mengurus kedua-dua pelaburan tempatan dan global untuk para pelanggannya,  mengatakan bahawa permintaan bagi dana patuh Syariah dijangka mengatasi tawaran, berdasarkan peluang pertumbuhan yang amat besar.

Teh Chi-cheun, Chief Executive Officer & Executive Director, Pacific Mutual Fund Bhd
Teh Chi-cheun, Chief Executive Officer & Executive Director, Pacific Mutual Fund Bhd

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Pacific Mutual, Teh Chi-cheun , "Di peringkat global, wujud suatu universe pelaburan patuh Syariah yang amatlah luas, terutamanya dalam sektor-sektor seperti sektor barangan pengguna utama, teknologi, logistik dan tenaga. Sektor makanan HALAL dijangka berkembang pada kadar tahunan 8.5% bagi tempoh tahun 2015-2021 (sumber: State of Global Islamic 2016/2017). Kenaikan dalam bilangan penduduk dan peningkatan kesedaran terhadap pelaburan patuh Shariah juga akan mempunyai impak yang besar dalam pertumbuhan aset dana patuh Syariah."

Menyedari potensi pertumbuhan sektor pelaburan patuh Syariah global, Pacific Mutual meneruskan misinya yang menggalakkan daya inovasi dengan melancarkan dana patuh Syariah global dengan peruntukan aset dinamik dan fleksibel yang pertama di Malaysia (sumber: Lipper for Investment Management, 8 Mac 2017).

Dengan pelancaran Pacific Dynamic Global Islamic Fund, pelabur kini mempunyai akses kepada kelas-kelas aset patuh Syariah global - ekuiti dan sukuk (pelaburan pendapatan tetap). Peruntukan aset Dana ini yang dinamik dan fleksibel, iaitu antara 0% hingga 100% dalam mana-mana kategori aset, bukan sahaja membolehkan ia berpotensi mengaut keuntungan dari turun naik pasaran, tetapi kombinasi ekuiti dan pelaburan pendapatan tetap juga mengurangkan turun naik prestasi portfolio keseluruhan.

Pacific Dynamic Global Islamic Fund bermatlamat untuk menyediakan pertumbuhan modal dan pendapatan dalam tempoh sederhana hingga panjang dengan melabur dalam saham-saham global yang patuh Syariah, sukuk dan instrumen pasaran wang Islam, termasuk exchange traded funds (ETF) patuh Syariah dan skim pelaburan kolektif (CIS) patuh Syariah. Harga tawaran awal Pacific Dynamic Global Islamic Fund ialah RM0.5000 seunit semasa tempoh tawaran permulaan dari 28 Mac 2017 hingga 17 April 2017. Pacific Dynamic Global Islamic Fund adalah diedarkan di seluruh negara di semua cawangan dan pejabat agensi Pacific Mutual.

PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada akhir bulan Mac 2017, Pacific Mutual mengurus RM1.5 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pacificmutual.com.my

HUBUNGAN MEDIA:

Cindy Leong 03 – 7725 9877 sambungan 173 cindy@pacificmutual.com.my

Cindy Thean 03 – 7725 9877 sambungan 148 cthean@pacificmutual.com.my

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170328/8521702036

Source: Pacific Mutual Fund Bhd
Keywords: Banking/Financial Service