omniture

Reka Bentuk Ferrari untuk Jam Tangan Hublot Sambut Ulang Tahun Ferrari ke-70 - Hublot Techframe

Hublot
2017-03-29 05:53 981

Baselworld, BASEL, Switzerland, 29 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Bagi menyambut ulang tahun ke-70 Ferrari, jenama Itali dan rakan kongsinya Hublot membawakan koleksi asli baharu. Terhasil daripada pendekatan yang sama digunakan untuk mereka bentuk kereta di Pusat Reka Bentuk Ferrari dan menggabungkan kepakaran pembuatan jam tangan Hublot, Techframe Ferrari 70 years Tourbillon Chronograph membuka lembaran baharu untuk jalinan kerjasama yang menyatukan Hublot dan Ferrari. Techframe Ferrari 70 Years disediakan dalam tiga versi - King Gold, PEEK Carbon, dan Titanium – setiap satunya dihasilkan sebanyak 70 utas edisi terhad. Ia ditakdirkan menjadi item pengumpul.  

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Direka bentuk oleh Ferrari, ditukang dengan mahir oleh Hublot. Ini merupakan prinsip yang kekal untuk reka bentuk ini dan menyempurnakan Techframe Ferrari 70 Years Tourbillon Chronograph baharu. Usaha berpasukan ini bermula dengan Ferrari di Maranello dan berakhir di Nyon bersama Hublot. Ia merupakan rangkaian koleksi Hublot yang bertujuan untuk menawarkan jam tangan yang bertapak kukuh dalam sifat utama Ferrari – menggabungkan kekuatan, prestasi dan ketangkasan – sambil dihasilkan dan disempurnakan oleh hasil pembuatan Hublot. Gabungan sempurna antara dunia automotif dan pembuatan jam tangan.

Pendekatan Reka Bentuk Ferrari  

Dihasilkan dan direka bentuk oleh Ferrari, di bawah kepimpinan Ketua Reka Bentuk Flavio Manzoni, Techframe Ferrari 70 Years Tourbillon Chronograph baharu umpama salah sebuah kereta super yang dibuat di Maranello. Ada alasan yang baik untuk itu: jam tangan ini direka bentuk oleh Ferrari menerusi proses kreatif yang serupa, sama seperti yang digunakan untuk mencipta sebuah kereta sport baharu. Titik mula untuk para pereka adalah gerakan Hublot – "enjin" pada jam tangan tersebut – yang melaluinya mereka menciptanya dengan bebas sebagai casis berprestasi tinggi. Seperti sebuah kereta Ferrari, struktur kekisinya – yang bersifat unik dalam dunia pembuatan jam tangan – menawarkan kekuatan maksimum untuk berat minimum.

"Penggayaan Techframe Ferrari 70 Years Tourbillon Chronograph menekankan prestasi jam tangan tersebut dan tiada komponen yang wujud secara kebetulan," jelas Flavio Manzoni. Oleh itu, struktur hitam pada bahagian dail memegang pembilang kronograf dan menawarkan kebolehbacaan yang sangat baik. Mahkota jarum pukul 4 – ditimbulkan oleh sisipan Titanium PVD hitam dihiasi dengan Kuda Terlompat-lompat – mengurangkan saiz jam tangan kepada tahap saiz sebaik mungkin, dan meningkatkan rupanya yang bersifat aerodinamik. Akhir sekali, butang tekan berwarna mereka diletakkan secara strategik bagi memudahkan penggunaannya – walaupun ketika memandu – dan menjadikan reka bentuk yang lebih ergonomik.

Telahpun menjadi item pengumpul 

Hasil daripada jalinan kerjasama yang kukuh dan unik antara pereka kereta dan pengeluar bagi pembuatan jam tangan mewah, Techframe Ferrari yang anggun menandakan satu era baharu dalam perkongsian antara Ferrari dan Hublot. Dihasilkan dalam tiga versi - King Gold, PEEK Carbon, dan Titanium - setiap satunya yang dihasilkan sebanyak 70 utas edisi terhad, jam tangan baharu ini telahpun menjadi item pengumpul.

Pautan untuk muat turun gambar-gambar HR terkini: http://j.mp/2nmsBQT

Pautan untuk muat turun video: http://bit.ly/2ns3fnV

https://www.youtube.com/watch?v=7OnNADGaAho 


HUBLOT INTERNATIONAL
Switzerland 
www.hublot.com
T +41-(0)22-990-90-00

Perhubungan Media Antarabangsa
Annabelle Galley
a.galley@hublot.ch

Source: Hublot
Keywords: Auto Jewelry Mining/Metals Precious Metals Transportation New products/services